5 Tabiat Buruk Rakyat Malaysia Yang Biasa Kita Jumpa.

Hiburan

5 Tabiat Buruk Rakyat Malaysia Yang Biasa Kita Jumpa.

Malaysia kaya dengan kepelbagaian kaum, makanan dan budaya. Rakyat Malaysia juga memang terkenal dengan sikap baik hati, peramah dan suka membantu.

image

Advertisement

Tapi sedar tak sebenarnya ada beberapa tabiat buruk yang kita sebagai rakyat Malaysia selalu buat tapi mungkin tak sedar.

Jadi kami nak senaraikan 5 tabiat buruk rakyat Malaysia yang mungkin kita pernah lakukan dan sebenarnya patut ditinggalkan.

1. Pemandu biadap

Kesesakan lalu lintas selalu buat kita marah masa memandu kan? Bukan itu saja, sikap pemandu lain yang tak berhemah seperti tiak bagi signal semasa keluar simpang, langgar lampu isyarat atau memotong di laluan kecemasan pon boleh ganggu emosi kita. Apa lagi kita pon naik marah lah! Kita kenalah ikut peraturan dan yang paling penting tak menyusahkan orang lain ketika berada di atas jalan raya.

2. Cuba panggil elok-elok!

Pernah tak kalau di kedai makan ada yang panggil pelayan dengan cara bersiul? atau anda tengah berjalan tiba-tiba ada yang besiul nak mengorat? Biasanya kaum wanita la mangsa kan? Sebenarnya boleh je nak panggil pelayan tu dengan panggilan yang lebih sopan, orang lain pon manusia ada hati dan perasaan tau.

3. Potong barisan

Yang ni memang kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Bukan sahaja ketika ingin membuat bayaran di kaunter atau ingin keluarkan wang di ATM, waktu tengah kesesakan lalu lintas juga ada yang nak memotong.Cuba belajar sabar, bak kata pepatah biar lambat asal selamat. Nanti sampai lah turn awak tu.

4. ‘Cop’ Parking

Ini tabiat yang paling tak munasabah. Ada yang sanggup berdiri di dalam kotak parking semata-mata nak cop parking tu. Tak baik tau! Tempat letak kereta khas untuk meletakkan kereta bukan untuk manusia berdiri di dalamnya.

5. Nak lepak ke main phone?

Mesti anda pernah lalui situasi bila ajak kawan-kawan lepak tapi semua sibuk main telefon bimbit kan? Sebenarnya masa jumpa ini lah banyak perkara yang kita boleh kongsi dan ceritakan. Tapi kalau semua sibuk dengan telefon bimbit, macam mana nak bercerita kan?

Jadi sempena bulan Ogos ini , apa kata kita ubah semua sikap buruk dan jadikan diri kita lebih baik dengan mengamalkan sikap-sikap positif dan murni.

Oleh itu #WatsonsMalaysia sempena #NationalDay membawakan kepada anda 5 video #SayangiMalaysia yang anda wajib tonton supaya dapat belajar dan dapatkan 5 benda yang boleh bantu anda untuk jadi rakyat Malaysia yang lebih baik.

Ikuti laman FB Watsons Malaysia dan ingat, baik sama-sama, sama-sama baik. Jadilah rakyat Malaysia #KonfirmGood dengan Watsons.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...