Written by AbangNara | March 6th, 2018

Foto kredit : feministing.com

Keganasan dan penderaan seksual sering berlaku terhadap wanita. Beberapa fakta dan statistik dari Women’s Aid Organisation (WAO) yang anda perlu tahu. Berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia, sebanyak 57,519 kes keganasan terhadap wanita diterima oleh balai-balai polis di Malaysia sejak tahun 2010 sehingga Mac 2017.

Antaranya kes keganasan rumah tangga dan kes jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang membabitkan wanita sebagai mangsa seperti kes-kes pencabulan, kesengsaraan, rogol dan kesalahan luar biasa.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Chew Mei Fun, sejumlah 23,212 kes (40 peratus) adalah kes keganasan rumah tangga yang membabitkan wanita sebagai mangsa sementara 28,365 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dari 2010 hingga 2016.

Sumber :  www.themalaymailonline.com

Foto kredit : http://unfoundationblog.org

Pada tahun 2016 sahaja, 5,796 laporan diterima Polis Diraja Malaysia dari mangsa keganasan rumah tangga, 1,698 laporan dari mangsa rogol, 253 laporan dari mangsa gangguan seksual dari keluarga dan 1526 laporan diterima dari mangsa yang menerima penghinaan.

Hasil kajian oleh KANITA, USM mendapati bahawa 1 daripada 9 wanita yang pernah berpasangan di Malaysia pernah mengalami keganasan rumah tangga.  Jadi, kami nak kongsikan beberapa situasi keganasan dan penderaan seksual yang kita boleh laporkan jika kita menjadi mangsa.

1) Dipukul di khalayak ramai dan suasana sepi

Banyak kejadian berlaku, bermula dengan pergaduhan kecil ia berlarutan dengan pukul memukul. Tidak kira di khalayak ramai ataupun di tempat sepi dari pandangan awam seperti di rumah.

2) Dihimpit di kawasan sesak seperti dalam train

Dikawasan sesak, mereka mengambil kesempatan menghimpit, mencubit, menyentuh dan bergesel dengan kita.

Foto kredit : http://www.thejakartapost.com

3) Diganggu dengan aksi tidak senonoh

Antaranya menjelir lidah, membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang, memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah.

4) Diganggu dan diajak berbual lucah di dalam teksi atau perkhidmatan berbayar yang lain.

5) Diperkosa oleh mereka yang dikenali

Kes diperkosa seperti kenalan, kawan dan saudara-mara sering disorok kerana risau memalukan mereka.

Sempena Hari Wanita, HERMO akan melancarkan kempen amal “Make Your Own Rules” dengan kerjasama Pertubuhan Bantuan Wanita, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan hak-hak wanita dan secara khusus membantu wanita yang menjadi mangsa dalam keganasan rumahtangga.

Melalui kempen ini, kami berharap dapat mengingatkan masyarakat tidak lupa untuk membantu orang lain. RM1 daripada hasil jualan sepanjang kempen berlangsung, akan disumbangkan kepada Projek CSR.

HERMO berbesar hati menawarkan beberapa promosi menarik. Antaranya, beli 3 dapat PERCUMA 8 (tawaran 1 hari, terhad 250 set sahaja). Selain itu, pameran produk bibir bermula pada harga RM9.90 (untuk semua produk bibir) dan semua produk harga kurang dari RM38 (bermula 5 Mac 2018, 10 pagi hingga 8 Mac 2018, 9.59 pagi).

HERMO juga menjemput beberapa rakan perniagaan untuk menyertai sebagai rakan kongsi amal mereka seperti Digi, XIXILI, Klairs, Bioderma dan NIVEA.

Foto kredit : http://saudigazette.com.sa

Harapan kami agar kempen ini dapat menarik perhatian wanita Malaysia dalam isu “Mengapa keganasan rumah tangga penting untuk diketahui?”. Hari Wanita Kebangsaan adalah hari yang penting untuk terus bermotivasi.

Foto kredit : http://unfoundationblog.org

Kami berharap ia akan memotivasikan wanita, menyatukan rakan, rakan sekerja dan seluruh masyarakat untuk berfikir serta bertindak. Jika anda memerlukan bantuan, berikut adalah nombor untuk dihubungi:

Polis – 03-2031 9999 / 03-2266 3333

Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) – 03-7956 3488

TINA (SMS / Whatsapp line) +6018 988 8058 (24 jam)

Talian Helpline (Semua Tindakan Wanita) – 03-7877 0224

Selamat Hari Wanita !

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to 5 Situasi Keganasan Dan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Yang Dipandang Remeh. Wajib Baca!

  1. Jaja Zaleha says:

    Kasihan pada wanita sebagai kaum yang lemah.. :( Apapun, wanita kena bangkit dan mempertahankan hak-hak masing2, insyaAllah

    0

    0
  2. bodoping says:

    habis tu perempuan pakai seksi2.. dedah aset sana sini.. pakai ketat2.. buat live tayamh aset .. tu bukan gangguan seksual pada lelaki?

    0

    1
  3. bunga lalang says:

    perempuan ni pon ade baik ade yg jahat…sama je la

    1

    0

Leave a Comment

Optional