(5 GAMBAR)Juruterbang Kacak Australia Curi Perhatian Dalam Misi Pencarian MH370

Trending

(5 GAMBAR)Juruterbang Kacak Australia Curi Perhatian Dalam Misi Pencarian MH370

Haih, memang beruntung jadi orang kacak.

Kalau sebelum ini seorang wartawan kacak dari Jepun menjadi sensasi di Thailand semasa musim pilihanraya, seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Australia yang terlibat dalam operasi pencarian jet Malaysia Airlines menjadi sensasi internet apabila pemerhati online memuji penampilannya yang kacak.

Advertisement

article-2587384-1C80A20F00000578-252_634x492

Leftenan Penerbangan Russel Adams ditemubual oleh stesen televisyen Australia tentang peranannya dalam pencarian kapal terbang yang hilang itu–tetapi komen online lebih banyak memuji kekacakan beliau.

Antara komen yang diberikan:

Bukan niat melencong dari topik kehilangan MH370, tetapi Leftenan Russell Adams seorang yang ‘hot’. Di negara lain dia pasti menjadi seorang model. Di Australia dia jadi juruterbang saja.

Adams ialah salah seorang anggota tentera yang terlibat selepas Perancis mengemukakan data satelit terbaru semalam yang menunjukkan objek yang berkemungkinan merupakan serpihan jet MAS yang hilang, sewaktu mereka yang terlibat meneruskan usaha untuk mencari di kawasan Lautan Hindi yang paling terpencil. Mereka sedang mencari satu pelet kayu yang besar kemungkinan ialah petunjuk penting yang akan merungkaikan kehilangan yang dianggap antara misteri penerbangan yang terbesar di dunia.

article-2587384-1C779FE600000578-927_634x476

Leftenan Adams memberitahu para wartawan di pangkalan tentera di mana kapal terbang berlepas dan mendarat:-

Pencarian hari ini mengecewakan kerana ada awan berdekatan permukaan laut dan ada masanya jet kami diselaputi awan secara keseluruhan.

Tidak ada apa-apa yang menarik perhatian dijumpai, katanya, sambil menambah yang pencarian yang dilakukan ialah berbaloi kerana:-

Kami mungkin terbang 10 kali dan tak jumpa apa-apa, namun siapa tahu pada penerbangan yang ke-11 kami jumpa sesuatu dan dapat berikan jawapan kepada seseorang.

Kita ada peluang yang besar jika keadaan cuaca sekarang kekal. Kami sangat berharap akan jumpa sesuatu dalam masa terdekat.

Maklumat terbaru yang diberikan kepada kerajaan Malaysia oleh Perancis dimajukan kepada pasukan pencari di Australia menunjukkan ‘objek-objek berpotensi’ di kawasan lautan yang sama di mana gambar satelit terdahulu tentang objek yang sama dikeluarkan oleh kerajaan Australia dan China, seperti yang diberitahu oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam satu kenyataan.

article-2587384-1C7777DE00000578-849_634x447

article-2587384-1C83103900000578-758_634x497

Penerbangan 370 telah hilang di kawasan Teluk Thailand pada 8 Mac bersama 239 orang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan satu usaha multinasional pencarian kapal terbang tersebut setakat ini masih belum membuahkan hasil.

article-2587384-1C717A2300000578-423_634x415

Laporan asal: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2587384/Australian-pilot-leading-search-missing-Malaysian-airliner-internet-sensation-labelled-hottie.html#ixzz2wpoHegue

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...