5 Cara Sempoi Untuk Tunjukkan Kasih Sayang Anda Kepada Si Dia

Hiburan

5 Cara Sempoi Untuk Tunjukkan Kasih Sayang Anda Kepada Si Dia

Abang Nara percaya semua pembaca BeautifulNara pastinya ada si dia yang istimewa. Mungkin si dia itu adalah isteri/suami tersayang, mak ayah tercinta, anak-anak yang comel atau pun pakwe/makwe anda. Bila dah ada “somebody special” ini, sekali sekala nak juga tunjukkan betapa kita menyayangi dan mencintai mereka kan?

Advertisement

Setiap orang ada cara berbeza untuk menunjukkan kasih sayang mereka. Ada yang bagi bunga ros merah 3 kuntum sebagai simbolik “I LOVE YOU”, ada yang hadiahkan beg tangan, ada yang belikan kereta dan ada juga yang tak buat apa-apa. Hari ini Abang Nara nak kongsikan 4 cara sempoi untuk show your love to that someone special. Amboi speaking London pulak!!!

PERHATIAN: Semua cara ini memerlukan anda memuatturun applikasi MyDigi. Pastikan korang download dulu di Apple Store atau Google Play Store.

1. Belanja si dia dengan makanan kegemarannya

Wife Abang Nara ni memang suka sangat makan muffin Kenny. Di applikasi MyDigi, korang tekan bahagian “MyDigi Rewards”. Sekarang ini tengah ada promotion muffin Kenny Rogers pada harga RM1.49 sahaja. Jangan lupa untuk tekan “This Is A Gift” supaya si dia boleh menerima kejutan ini. Tapi maklumlah Abang Nara pun tengah teringin nak makan, jadi terpaksalah Abang Nara makan dulu. Hehe..

P.S: Jangan lupa untuk pastikan si dia mempunyai applikasi MyDigi jugak. Kalau tak ada, paksa diorang install. Baru senang korang nak wat surprise camnie!!!

2. Bayarkan bil telefon si dia

Ini adalah teknik paling power sekiranya anda tengah mengorat seseorang. Confirm si dia akan jatuh cinta dengan anda punya. Dalam applikasi MyDigi tue, ada pilihan “Digi Share”. Korang boleh letak nombor telefon si dia dan bila bil keluar, terus bayarkan. Mesti si dia akan terkejut dan bertanya “eh sapa yang bayarkan bil tepon aku nie?”. Time tue anda pun muncul dan berkata “I dah bayarkan dah hari tue guna app MyDigi. Saja je ada duit lebih sikit bulan nie”. Confirm saham naik 1000%. Kebabom!!!

3. Transfer kredit kat adik korang yang gila main game online tue

Zaman sekarang nie memang budak-budak suka main online game kat smartphone diorang. Mobile Legends lah, Arena of Valor lah. Itu belum kira YouTube tengok kartun lagi. Kredit mengalir macam air terjun. Sekali sekala apa salahnya jadi abang/kakak yang baik dengan menghadiahkan adik-adik korang kredit. Transfer je menerusi Digi Share di applikasi MyDigi. Adik-adik happy, anda pula dapat puji-pujian. Win-win situation.

4. Hadiahkan ganjaran untuk diri sendiri (dan juga orang tersayang)

Dalam menunjukkan kasih sayang kepada orang lain, jangan sesekali lupa untuk menghadiahkan diri anda sendiri dengan ganjaran yang sepatutnya. Tak payah susah-susah nak pergi spa ke, mandi pantai ke, tidur kat hotel 5 bintang ke. Cukup dengan menjemput si dia/rakan-rakan menggunakan applikasi MyDigi sahaja. Menerusi “Invite & Earn” anda dan that special someone (kedua-duanya) akan menerima hadiah misteri yang sangat-sangat awesome!!!

Senang je cara untuk anda dan si dia mendapat hadiah misteri menerusi applikasi MyDigi ini. First thing first anda kenalah mempunyai applikasi MyDigi (boleh download di Apple Store & Google Play Store).

Kemudian anda kena invite si dia untuk turut sama menggunakan applikasi MyDigi menerusi “referall code” anda. Abang Nara sertakan link untuk mengetahui cara cara “Invite & Earn”

Senang je kan? Selamat menggembirakan hati si dia!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...