5 Cara Berjimat Shopping Secara Online Yang Wajib Anda Tahu. Rugi Banyak Kalau Tak Baca!

Hiburan

5 Cara Berjimat Shopping Secara Online Yang Wajib Anda Tahu. Rugi Banyak Kalau Tak Baca!

Semakin hari, semakin banyak laman website untuk membeli-belah secara online. Paling menarik apabila membeli-belah secara online semasa musim promosi sebab boleh jimat banyak.

Advertisement

Tetapi bagaimana cara berjimat semasa membeli belah secara online kalau tiada musim promosi?

Haaaa.. Ini kami nak share.

1. Membeli Semasa Bukan Hari Bekerja

Hari tidak bekerja adalah hari yang terbaik untuk membeli secara online. Kebanyakkan website jualan mengalami kemerosotan jualan pada hari bekerja. Jadi mereka akan melakukan promosi singkat untuk meningkatkan jualan mereka pada hari tidak bekerja.

Jadi pilih la bukan hari bekerja untuk membeli secara online!

2. Pusat Pembelian Online China

Kalau kita tergolong dalam kalangan yang sangat teliti, nak manfaatkan harga rendah dan dalam masa yang sama penyelesaian yang lebih mudah, boleh membuat pembelian di kedai online barangan China.

Betul! Antara platform e-dagang gergasi yang menjual barangan China adalah Aliexpress dan Gearbest. Dari pakaian, barang dapur, barangan elektronik dan apa-apa sahaja yang ada dalam kepala kita, semua ada.

Tetapi ada kelemahan untuk pembelian di e-dagang gergasi ini. Tempoh untuk mendapatkan barang yang dibeli agak lama. Paling awal 2 minggu dan paling lama lebih dari tiga bulan.

3. Flash Sale / Deal Sale

Jika menunggu lama menakutkan kita, cara terbaik adalah membuat pembelian online di web e-dagang tempatan. Laman-laman web tempatan sering melakukan promosi Flash Sale atau Deal Sale secara bermusim. Sebagai contoh, promosi musim cuti sekolah, Promosi Hari Ibu, Promosi Hari Raya Cina, Hari Kekasih dan lain-lain.

Kami kongsi satu tip, sekiranya anda berniat nak beli Komputer, boleh beli di bulan Ogos dan September kerana terdapat banyak sale untuk Komputer di Lazada atau 11street.

Tip : Sekiranya ada barangan yang anda minat semasa flash sale / deal sale, pastikan search dahulu nama barangan di web tersebut, mana tahu yang bukan dibawah flash sale lagi murah. Kan? Jadilah pembeli yang bijak. :)

4. Jualan Penghabisan

Setiap kali hujung tahun atau awal tahun, pasti akan ada jualan penghabisan baju-baju seperti di web Zalora dan tidak kurang juga barangan-barangan lain seperti barangan elektronik seperti set TV,  radio dan lain-lain barangan rumah di Lazada.

Berapa banyak diskaun jualan penghabisan? Untuk barangan lama ada yang mencapai diskaun sehingga 90%! Memang rugi kalau tak grab promosi jualan penghabisan.

Berapa banyak diskaun jualan penghabisan? Untuk barangan lama ada yang mencapai diskaun sehingga 90%! Memang rugi kalau tak grab promosi jualan penghabisan.

5. Program Royalti

Bila program royalti melalui pengedali mudah alih (mobile) memang sukar untuk percaya kerana mereka pasti tidak akan membayar. Tetapi di beberapa kedai dalam talian mereka merubah menjadikan ia faedah kepada pembeli.

Sebagai contoh, kedai pakaian Malaysia, Zilingo menawarkan 10% dari setiap pembelian akan dimasukkan dalam akaun ahli. Wang yang dikumpul mungkin mampu untuk cover separuh daripada nilai barangan yang kita nak beli kemudian. Untung? Semestinya menguntungkan.

Tetapi selepas mendaftar sebagai ahli, kita akan dapat pesanan promosi dari semasa ke semasa. Jadi pastikan membuat perbandingan samaada 10% lebih berbaloi atau promosi kod promosi lebih berbaloi. Supaya kita mendapat lebih manfaat!

Membeli secara online, perlu bijak. Kadangkala kita nak berjimat tetapi silap langkah kita terlebih bayar.

Menunggu hari promosi sehingga 90% adalah pilihan yang tepat. Seperti Black Friday yang merupakan jualan paling besar secara tahunan. Yang lain seperti Cyber Monday, Chinese New Year pada bulan Januari dan Februari.

Tip : Suka membeli menggunakan Aplikasi di handset? Jangan lupa download Aplikasi Picodi sebelum membeli di Lazada, Zalora, 11street, Shopee dan lain lain untuk nikmati lebih diskaun. Boleh cek web kegemaran anda ada dalam Picodi atau tak. Klik-> Di sini.

Selamat shopping!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...