5 Benda Yang Wajib Dilakukan Sempena Aidilfitri Tahun Ini

Hiburan

5 Benda Yang Wajib Dilakukan Sempena Aidilfitri Tahun Ini

Akhirnya, Ramadhan yang dinanti-nanti tiba jua. Macam mana dengan puasa korang? Ada yang dah ponteng ke? Ish,ish,ish. Dah besar dah takkan puasa pun tak boleh cukup sebulan kan? Pejam celik pejam celik, tup-tup dah sebulan kita berpuasa dan Syawal pun menjelma. Mesti anda semua excited nak balik kampung berhari raya tahun ini dan menyambut Hari Raya Aidilfitri kan?

balik raya

jalan jem macam nie pun sanggup dirempuh asalkan dapat beraya di kampung

Abang Nara Insya Allah tahun ini akan beraya di Melaka, kampung sebelah isteri tercinta. Untuk memastikan Aidilfitri di kampung tahun ini lebih meriah, lebih ceria dan lebih gembira, Abang Nara dan isteri dah siapkan senarai beberapa perkara yang akan kami lakukan sepanjang Syawal ini. Panjang lebar senarainya. Nak kongsi satu persatu memang sampai raya haji tak habis. Jadi izinkan Abang Nara kongsikan 5 perkara yang confirm kami akan lakukan untuk meriahkan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

Advertisement

1. Pakai baju raya sedondon
baju raya sedondonTahun lepas tema kami sekeluarga ialah warna biru seperti di atas. Tahun ini kalau tak silap temanya warna gold. Fuh!!! Tak sabar nak tunggu baju raya kitaorang siap. Confirm kami akan nampak extra hensem, extra cun dan extra bergaya di pagi raya kelak.

2. Main bunga api
pizza hutTiada apa yang lebih menggembirakan dan menceriakan hati mak bapak selain melihat keletah anak-anak bermain bunga api di malam raya. Seronok tengok diorang berlari sana-sini sambil tangan memegang bunga api. Mak ayah pula sambil memantau anak bermain bunga api, sambil berborak dengan sanak saudara. Bersembang tanya khabar, berpeluk-pelukan dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa serta mengambil gambar untuk dijadikan memori.

3. Makan Pizza Hut Loaded Pockets

pizza hut loaded packets

tengok tue dia punya isi, memang puas hati sangat-sangat

Ok secara jujur, pada mulanya Pizza Hut Loaded Pockets ini memang tidak termasuk di dalam senarai benda-benda wajib yang Abang Nara ingin lakukan sempena hari raya kelak. Akan tetapi, baru-baru ini Abang Nara telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Pizza Hut Loaded Pockets di Pavilion KL yang turut sama dihadiri pelakon jelita, Nur Fathia.

loaded packjet

amboi Fathia mulut sampai termuncung-muncung tak sabar nak makan Pizza Hut Loaded Pockets

loaded packjet

sekali tengok pun dah tau betapa lazatnya Pizza Hut Loaded Pockets ini

Dengan cebisan ayam bersos manis berempah, bawang, lada benggala, nenas dengan keju cheddar di kerak berinti ayam dan cendawan berkeju, Pizza Hut Loaded Pockets ini memang membangkitkan selera makan sesiapa sahaja. Ketika Abang Nara menyuapnya ke dalam mulut buat pertama kali, memang terdiam dibuatnya. Lazat sangat-sangat. Abang Nara dan semua tetamu yang hadir tak dapat berhenti merasai kesedapan menu terbaru dari Pizza Hut ini.

loaded packets

Ya Allah bulan-bulan puasa nie memang mencabar keimanan sungguh Pizza Hut Loaded Pockets ini)

Untuk makluman, kesedapan Loaded Pockets ini hanya boleh dinikmati secara “dine in” sahaja bermula 11 Mei sehinga 21 Julai 2017 ini. Tak boleh nak “delivery”. Jadi Ramadhan dan Aidilfitri ini adalah masa terbaik untuk mengajak kaum keluarga, kawan-kawan dan saudara-mara ke Pizza Hut untuk mencuba Loaded Pockets. Confirm semua orang akan gembira dan berpuas hati dapat merasai kelazatan menu terbaru Pizza Hut ini.

loaded pockets

masing-masing dah tak peduli dah dengan keadaan sekeliling. Hanya kelazatan Pizza Hut Loaded Pockets sahaja bermain di minda

Tengah-tengah syok makan tue, Abang Nara terdengar seseorang berkata “Loaded Pockets nie kalau kita makan beramai-ramai time malam raya sedap jugak gak kan?”. Ya Allah genius sungguh kata-kata manusia misteri itu. Terus Abang Nara dapat idea dan Whatsapp isteri tercinta suruh masukkan Pizza Hut Loaded Pockets ini ke dalam list “benda wajib dilakukan ketika balik berhari raya di kampung” kelak.

loaded packets

amboi bukan Fathia je yang excited, boss-boss Pizza Hut pun dah tak sabar nak mencuba kelazatan Loaded Pockets ini

Abang Nara dah boleh bayangkan keseronokan berborak sambil mulut masing-masing menyuap Pizza Hut Loaded Pockets di Pizza Hut. Confirm makcik pakcik, sepupu sepapat, anak-anak saudara semuanya akan gembira dan paling penting, kekenyangan menjamu selera. Yang pasti, Abang Nara nak ajak seisi keluarga untuk mencuba Loaded Pockets ini sebagai juadah berbuka puasa. Baunya sahaja dah cukup untuk membuka selera sesiapa sahaja. Sesuai sangat dengan taglinenya “ juadah beraneka memikat selera di bulan mulia”. Abang Nara pasti semua akan terpikat dan jatuh cinta dengan keenakannya.

fathia

tak dapat pikat Fathia pun tak apalah sebab hati ini sudah terpikat dengan kelazatan Loaded Pockets

Abang Nara yakin ramai yang meleleh air liur dan tak sabar nak mencuba Pizza Hut Loaded Pockets ini. Apa kata untuk berbuka puasa hari ini, ajak rakan-rakan, awek-awek, pakwe-pakwe dan kawan sepejabat ke Pizza Hut untuk mencuba Loaded Pockets ini. Berbuka puasa kena beramai-ramai. Barulah seronok. Yang penting, Loaded Pockets didatangkan dengan banyak pilihan yang beserta penjimatan yang sangat awesome. Boleh tengok kesemua pilihan yang ada di sini. Antaranya ialah:-

Jadi Insya Allah raya tahun ini Abang Nara akan buat kelainan sedikit dengan membawa sanak-saudara menjamu Loaded Pockets di Pizza Hut. Tak sabar rasanya nak makan bersama-sama mereka. Sambil mulut menikmati keenakan Loaded Pockets, sambil mengeratkan hubungan silaturahim dan bertanya khabar. Sekali sekali buat sesuatu yang unik di Aidilfitri ini apa salahnya kan? Maklumat lanjut tentang Pizza Hut Loaded Pockets ini boleh layari http://dinein.pizzahut.com.my/highlight-loaded-pockets.html dan juga Facebook Pizza Hut Malaysia.

4. Kuih raya
loaded pockets
Walaupun akan bawa sanak saudara dan kaum keluarga mencuba Pizza Hut Loaded Pockets di Pizza Hut, kuih raya janganlah dilupa. Janganlah balik ke kampung dengan tangan kosong. Kesian nenek-nenek dan makcik-makcik kita dah bersusah payah hias rumah, tukar langsir baru dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita bawak balik kuih raya pun dah cukup bagus. Bolehlah dihidangkan untuk para tetamu yang hadir. Antara kuih raya feveret Abang Nara ialah almond london, kuih tart, kuih samprit, kuih sarang semut, kuih batang buruk dan rempeyek. Fuh kecur air liur dibuatnya.

5. Duit raya
duit raya

Tidak boleh dinafikan pemberian duit raya sudah menjadi satu tradisi yang memeriahkan, menceriakan dan mengembirakan hati para penerimanya terutama kanak-kanak. Tahun ini awal-awal lagi Abang Nara dah letak tepi bajet duit raya untuk anak-anak, sepupu-sepapat dan juga budak-budak yang datang beraya. Cuma ada satu masalah je iaitu sampul raya masih tak dicari. Nanti last-last minute mesti kelam kabut dibuatnya. Hehehe.

Itulah 5 benda yang Abang Nara akan lakukan untuk Aidilfitri tahun ini. Korang pulak camner? Mesti dah ada plan masing-masing kan? Meh kongsikan di ruangan komen. Mana tahu kot-kot ada senarai yang best dan unik.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...