5 Benda Yang Wajib Dilakukan Apabila Pindah Masuk Rumah Baru

Hiburan

5 Benda Yang Wajib Dilakukan Apabila Pindah Masuk Rumah Baru

Pindah masuk ke rumah baru adalah satu perkara yang amat mengujakan. Abang Nara masih ingat lagi perasaan teruja apabila dapat kunci rumah yang dibeli. Iyerlah, rumah sendiri. Macam-macam boleh dibuat mengikut kehendak hati. Semangat tue memang lain macam sikit.

hitachi aircond

Advertisement

Excited-excited jugak, namun ada beberapa perkara wajib yang perlu anda lakukan apabila pindah masuk ke rumah baru. Berdasarkan pengalaman Abang Nara, ini 5 benda yang korang perlu lakukan untuk pastikan rumah anda selesa untuk didiami:-

1. Pasang grill/pagar/jeriji

hitachi aircond

contoh jeriji/grill rumah, banyak lagi yang cantik-cantik boleh diushar di Internet

Faktor keselamatan untuk rumah baru anda amatlah penting, lebih-lebih lagi jika kawasan perumahan anda masih tidak ramai penduduk. First thing first anda kena pasang jeriji/grill/pagar untuk semua tingkap dan juga pintu. Bukan senang nak buat pilihan sebab banyak sangat options yang ada. Yang penting kena kukuh, kuat dan susah untuk dipecah masuk oleh pencuri.

P.S: Kalau ada duit lebih, pasanglah pagar automatik untuk memudahkan anda keluar masuk kereta. Hehehe. Jangan lupa loceng rumah untuk memudahkan posmen hantar barang sekiranya anda kuat shopping online.

2. Dapur

hitachi aircond

fuh ini dapur idaman nie

Ha bab dapur ini kena amik serius sebab si isteri tercinta akan banyak menghabiskan masanya di sini. Kalau ada bajet lebih, teruslah buat kabinet dapur yang lengkap. Bab dapur nie biarlah si isteri yang buat pilihan nak warna apa, kitchen top jenis apa dan sebagainya. Barulah dia bersemangat sikit nak memasak sebab dah dapur idaman. Tak gitu?

3. Air cond

hitachi aircond

Dengan cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia, penyaman udara atau dalam bahasa popularnya, aircond sudah menjadi satu keperluan apabila kita memasuki rumah baru. Abang Nara teringat lagi masa awal-awal pindah aircond tak ada. Malam memang tak boleh tidur. Berpeluh sampai ke subuh. Anak-anak pun asyik terjaga je. Memang kami sekeluarga tak mampu menahan kepanasan cuaca Malaysia ini.

Sekiranya anda sudah berniat untuk memasang aircond tetapi tak tahu nak pilih jenama apa, izinkan Abang Nara memberi cadangan. Hitachi telah pun mengeluarkan aircond terbarunya iaitu Hitachi RAS-VX13CG yang mempunyai “scene camera ceiling” untuk memberikan penyejukan terbaik buat anda.

Kewujudan “scene camera ceiling” pada Hitachi RAS-VX13CG ini membolehkan pengesanan haba di dalam bilik anda. Ini kerana ia dilengkapi “thermal camera” untuk memantau penyebaran haba sekaligus mengurangkannya apabila berlebihan dan juga “image camera” untuk mengesan aktiviti dan lokasi anda untuk memastikan udara sejuk sampai terus kepada anda dalam keadaan yang terkawal dan selesa. Dengan adanya kedua-dua camera ini dapatlah fungsi “Air Sleep Ceiling” untuk kawalan aliran udara serta suhu supaya anda dapat tidur dengan nyenyak

hitachi aircond

Selain itu Hitachi RAS-VX13CG turut mempunyai fungsi seperti “Welcome Breeze” di mana kita akan terus merasai “instant chill” dengan udara sejuk ekstra terus dialirkan kepada anda dalam masa 15 minit yang pertama (selain itu air-cond turut akan dihidupkan dengan kelajuan kipas maksimum), “Eco Mode” untuk penjimatan tenaga dan penyejukan secara bijak, “AirSleep Ceiling” untuk kawalan aliran udara serta suhu ketika anda tidur. Senang cakap, air-cond Hitachi RAS-VX13CG ini memang perfect untuk rumah baru anda. Confirm tidur lena dan sejuk sepanjang masa.

hitachi aircond
Banyak lagi ciri-ciri dan fungsi-fungsi best Hitachi RAS-VX13CG ini. Boleh baca lebih lanjut di (link here). Abang Nara berani jamin anda akan puas hati dan ia akan menjadi satu pembelian yang berbaloi-baloi.

P.S: Tempat wajib ada air-cond ialah bilik tidur dan juga ruang tamu. Pastikan anda membeli air-cond Hitachi RAS-VX13CG 1.5 horsepower sekiranya rumah anda besar dan luas untuk memastikan kesejukan yang awesome.

4. Lampu & Kipas

hitachi aircond
Keperluan paling utama untuk sebuah rumah ialah kipas dan lampu. Kalau tak kipas, fuh, tak boleh bayang panas dia, lagi-lagi di Malaysia ini. Kalau tak ada lampu pulak, bergelap je lah. Bini pun nampak hitam je. Hehehe. So pastikan rumah anda mempunyai kipas dan lampu yang mencukupi.

P.S: Bila beli kipas tue, pastikan yang maksimum kelajuan dia boleh cecah 5. Iini tips yang dari Abang Nara yang beli kipas kelajuan maksimum 3 je. Tak rasa langsung angin dia.

5. Katil

hitachi aircond

amboi katil dia, kalau dah tidur nie confirm tak bangun-bangun

Setelah seharian penat bekerja, sudah pasti kita mahukan tidur yang lena apabila pulang ke rumah. Di sini katil yang selesa dan empuk memainkan peranan penting. Jadi bolehlah invest duit lebih sikit untuk memastikan anda mendapat tidur yang sempurna. Yeah!!!

Itulah 5 benda wajib yang Abang Nara perlu dilakukan apabila anda pindah masuk ke rumah baru. Apa pula pandangan dan pengalaman korang? Boleh tambah kalau rasa nak tambah. Mana tahu ada pembaca BeautifulNara yang baru dapat kunci rumah dan dah tak sabar nak masuk ke rumah baru.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...