5 Benda Yang Buat Korang Stress Bila Menjadi “Tukang Drive” Bila Keluar Lunch Dengan Kawan-Kawan

Hiburan

5 Benda Yang Buat Korang Stress Bila Menjadi “Tukang Drive” Bila Keluar Lunch Dengan Kawan-Kawan

Salah satu perkara yang dinanti-nantikan setiap hari buat mereka yang bekerja di pejabat ialah waktu makan tengah hari. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu mesti nak cuba makan kat restoran luar. Bermula daripada pukul 10 pagi dah buat perancangan dengan member-member. Nak makan mana, restoran tue berapa bintang review, ramai orang ke tak restoran tue masa lunch, berapa orang nak pergi sekali, nak guna kereta siapa dan paling penting “siapa yang nak drive”.

uber

Advertisement

Masa zaman bekerja pejabat dulu, Abang Nara merupakan “tukang drive” apabila keluar lunch bersama kawan-kawan. Fuh!!! Besar tanggungjawab seorang “tukang drive” ini. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang mampu memikul tanggungjawab ini. Selaku seorang yang berpengalaman luas menjadi “tukang drive”, izinkan Abang Nara berkongsi beberapa perkara yang membuatkan diri ini stress apabila keluar lunch bersama rakan-rakan:-

1. Tak familiar dengan tempat yang ingin dituju

uber

cuba anda bayangkan, kalau anda perlu memandu dalam keadaan trafik begini setiap pagi

Walaupun sekarang dah ada Waze, namun andainya restoran yang ingin dituju itu berada di kawasan yang Abang Nara tak familiar, memang boleh darah tinggi dibuatnya. Iyerlah, waktu lunch hanyalah sejam. Fokus harus diberikan 100% ketika memandu. Nak berborak gelak-gelak dengan member pun tak boleh takut terlepas simpang. Tersilap masuk simpang, akibatnya akan lambat masuk pejabat. Nanti akan dipandang serong oleh rakan-rakan sepejabat yang lain.


P.S: Salah satu penyelesaian kepada permasalahan ini ialah dengan menggunakan applikasi Uber. Bukan sahaja anda tak perlu memandu kereta, malah anda dan orang tersayang dapat melihat lokasi “real time” kereta Uber anda sehinggalah selamat tiba ke destinasi. Tapi jangan pulak share dengan boss korang, kang tak pasal-pasal dia tahu korang makan lunch kat luar tak ajak dia. Hehehe.

2. Parking payah gila nak cari

uber

Tiada apa yang lebih stress daripada mengambil masa berpuluh-puluh minit untuk mencari parking apabila sudah sampai ke restoran yang dituju. Lagi stress bila member-member semua turun dulu sebab nak booking tempat, tapi kita masih lagi berlegar-legar cari parking. Stress yang paling ultimate ialah apabila member telefon dan berkata “oi kitorang dah order nie, makanan jap lagi sampai. Kau cepat sikit cari parking tue”. Pergh!!! Masa ini memang rasa nak buat triple parking terus!!!

P.S: Untuk memastikan keselamatan anda apabila menggunakan perkhidmatan Uber ini, jangan gementar atau cuak. Pernah sekali Abang Nara sakit perut, tertekan butang “emergency”..adoi..rupa-rupanya fungsi butang emergency ini adalah untuk kecemasan yang betul-betul, bukan kecemasan sakit perut. Butang emergency ini akan terus memaklumkan situasi anda kepada pihak berkuasa berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

3. Member boleh layan tidur

uber

Di kala kita sedang memberikan fokus kepada pemanduan, tup-tup terdengar dengkuran yang amat kuat sekali. Kita toleh ke sisi dan lihat rakan kita sedang tidur dengan enaknya. Amboi, amboi, amboi. Kita penat-penat drive, dia boleh bantai tidur pulak. Sekurang-kurangnya teman la kita berborak ke, tolong tengok jalan ke, buat lawak ke. Memang tak ada adab sungguh kawan macam nie.

P.S: Kalau dengan member kita hanya mampu makan hati melihat dia tidur, namun dengan pemandu Uber kita boleh bagi rating mengikut pengalaman perjalanan kita. Dari pengalaman Abang Nara sendiri, pemandu-pemandu Uber ni memang best, kereta bersih, friendly terlebih pun ada juga kadang-kadang. Kalau si pemandu memang best, boleh bagi 5 bintang.

4. Mengantuk lepas makan

uber

Lepas makan tengah hari je, Abang Nara confirm akan rasa mengantuk akibat terlalu kenyang. Tapi selaku “tukang drive”, takkanlah nak berhenti tepi jalan dan tidur kejap kan? Nanti pukul berapa pulak nak sampai ofis? Nak tak nak kena lawan mengantuk tersebut dan teruskan pemanduan. Member-member yang menumpang tue tak payahlah cakap. Diorang masuk-masuk kereta je terus terbaring tidur. Cis!!!

5. Kos perjalanan yang unpredictable

uber

Chewah, acah-acah speaking “unpredictable” pula. Apabila Abang Nara dan member-member keluar carpool, biasanya kitaorang akan split cost, tapi kadang-kadang bila dah ramai tue, memang payah sikit. Kalau 2 orang naik pun kadang-kadang bergaduh siapa nak bayar toll, minyak dan lain-lain. Memang panas je hati kadang-kadang bila member-member yang siap mintak diskaun.

P.S: Pastinya korang akan bertambah stress bila member-member buat tak tahu je apabila diminta kongsi duit minyak kereta dan tol. Dengan Uber, tak ada alasan bodoh seperti “ala jarak 5 kilometer pun nak kira ke”, “minyak kau aku tengok tak luak pun” kerana adanya resit rasmi. Korang boleh tengok berapa jumlah perlu dibayar menerusi applikasi Uber. Tunjukkan terus pada kawan-kawan anda dan bahagikan sama rata. Masing-masing confirm malu dan segan kalau tak bayar. Tak gitu?

Abang Nara percaya sesiapa yang merupakan “tukang drive” di kalangan kawan-kawan pejabat pasti pernah merasai kesemua kesukaran dan keperitan ini. Lepas ini jangan terus menyeksa fizikal dan mental anda. Gunakanlah Uber. Hanya perlu “Tap. Request. Ride” sahaja. Anda tak perlu pening cari simpang mana nak masuk, boleh tidur selepas selesai makan lunch, tak perlu basah kuyup jika hari hujan dan boleh tidur berjemaah bersama kawan-kawan. Tiada lagi stress dan masalah untuk keluar makan bersama kawan-kawan bersama UBER. Mudah, senang dan selesa. Muatturun UBER hari ini juga di Apple Store dan juga Google Play Store. Selamat mencuba!!!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...