5 Benda Jepun Yang Sangat Popular Di Malaysia

Hiburan

5 Benda Jepun Yang Sangat Popular Di Malaysia

Ketika zaman kanak-kanak dan meningkat remaja, Abang Nara memang banyak terpengaruh dengan benda-benda dari Jepun. Masa tue mana ada Kpop lagi. Drama-drama Jepun, produk-produk dari Jepun, kartun Jepun dan macam-macam lagilah memang cukup popular ketika itu. Sehingga ke hari, pengaruh Jepun sudah cukup sebati dengan rakyat Malaysia. Antara 5 benda Jepun yang sangat popular di Malaysia ialah:-

1. Anime dan manga

Advertisement

sushi king

Naruto, One Piece, Bleach, Toriko, Dr Stone dan Boku No Hero Academia adalah di antara puluhan animasi (anime) dan komik (manga) yang menjadi ikutan jutaan rakyat Malaysia termasuklah Abang Nara. Keunikan jalan cerita, imaginasi yang tinggi serta lukisan yang menarik menjadikan anime dan manga dari Jepun ini mempunyai pengikut tegarnya yang tersendiri. Sekali dah baca, mesti ketagih punya. Nasihat Abang Nara, sila jangan mula. Sekali dah start, no more turning back.

P.S: Jangan lupa kartun Jepun dulu-dulu yang cukup mengusik jiwa seperti Doraemon, Tomato Man, Ultraman, Kickers dan banyak lagi.

2. Kereta
sushi king

10 tahun dahulu, perkara pertama yang Abang Nara fikirkan selepas mendapat kerja ialah membeli kereta sendiri. Kalau tak ada kereta, memang susah nak pergi kerja, nak pergi dating, bawak mak keluar pada hujung minggu dan sebagainya. Sudah tentu jenama kereta idaman Abang Nara ketika itu ialah Honda, Toyota dan juga Nissan. Kesemuanya jenama dari Jepun yang terkenal dengan kualiti, tahan lama dan value for money. Kalau dapat beli Honda City , memang confirm awek-awek akan beratur nak tumpang. Heheh.

3. Sushi

Sebut sahaja Jepun, perkara pertama yang Abang Nara akan terbayang ialah sushi. Sushi dan Jepun cukup sinonim, umpama Malaysia dengan nasi lemak. Sushi adalah gabungan nasi kepal (cooked vinegard rice) bersama bahan lain biasanya ikan, makanan laut, telur dan sayur-sayuran. Bahan-bahan ini, ada yang mentah, ada yang separa masak, ada yang masak sepenuhnya macam Tenpura.

sushi king

Di Malaysia, memang ramai peminat tegar sushi. Ada yang kalau tak makan sekali seminggu, menggigil badan dibuatnya. Namun mereka tak perlu susah-susah terbang ke Jepun untuk menikmati sushi yang sedap kerana di Malaysia ada Sushi King.

sushi king

Sudah bertapak di Malaysia sejak 1995, Sushi King telah menyediakan sushi yang segar, sedap dan sempurna kepada para pencinta makanan Jepun ini selama 22 tahun, memang lama beb. Pada pengetahuan anda juga, Sushi King adalah rangkaian restoran Jepun halal yang terbesar di Malaysia! Rata-rata mereka yang pernah menikmati kelazatan sushi di Sushi King akan kembali berkali-kali, lebih-lebih lagi kerana Sushi King sering mengadakan promosi dan pertandingan untuk para pelanggan setia mereka. Contoh terbaru ialah ‘Hokkaido Contest” yang sedang berlangsung sejak 1 Julai sehingga 30 September ini.

sushi king

Hadiah untuk para pemenang “Hokkaido Contest” ini memang hebat sangat-sangat. Pemenang pertama bakal memenangi percutian 7 hari 5 malam ke Hokkaido dengan tajaan tiket pergi balik oleh Air Asia X, hotel penginapan disediakan, akan dibawa pergi main ski di Niseko Ski Resort dan macam-macam lagi. Hadiah untuk pemenang kedua, ketiga dan saguhati pun tak kurang hebatnya kerana jumlah hadiah yang disediakan oleh Sushi King untuk “Hokkaido Contest” ini ialah RM30,500. Banyak tue!!

sushi king

Gunung Yotei, Niseko, Japan Photo credit: http://www.japan-guide.com/e/e6720.html

sushi king

Otaru, Japan Photo credit: http://www.japan-guide.com/e/e6706.html

Apa yang paling best tentang “Hokkaido Contest” ini ialah cara nak menyertainya begitu mudah sekali. Anda hanya perlu beli mana-mana makanan yang tersenarai di dalam “Hokkaido Contest” ini dengan minimum RM50 di dalam satu resit. Lepas itu akan dapat satu borang. Isikan borang tersebut dengan jawapan yang betul dan juga resit pembelian. Kemudian berdoalah agar anda dimurahkan rezeki. Itu sahaja. Mudah sangat-sangat kan?

sushi king

Teppan Hokkigai Yaki

sushi king

Kiri: Ishikari Udon; Kanan: Set Ishikari Nabe

Kalau tak menang pun, sekurang-kurangnya perut anda dah kenyang dapat menikmati kelazatan, kesegaran dan kesedapan sushi dari Sushi King. Tak gitu? Maklumat lanjut tentang “Hokkaido Contest” ini boleh layari Facebook Sushi King. Selamat mencuba.

4. Playstation

sushi king

Zaman remaja anda pastinya tidak akan lengkap jika tidak menjerit “Golllllllllllllllll” ketika membuat jaringan cantik menerusi game ‘Winning Eleven” di Playstation bersama rakan-rakan. Teringat kenangan bermain game Olimpik (acara lari 100 meter, lompat jauh, baling lembing) di hostel dengan geng-geng ketika membuat persediaan di UITM Shah Alam. Habis kecoh satu hostel sampai pak guard jerit suruh diam. Inilah penangan Playstation. Membawa kegembiraan, keceriaan dan merapatkan ukhuwah.

5. Karate

Karate adalah salah satu seni mempertahankan diri yang cukup popular di seluruh negara. Di Malaysia pun ramai yang belajar karate sebagai satu sukan yang sihat. Malah filem “Karate Kid” cukup popular di Malaysia. Untuk pengetahuan anda karate berasal dari Jepun dan mempunyai beberapa aliran yang cukup popular serata dunia.

sushi king

filem Karate Kid yang nie, bukan yang Jackie Chan tue

Itulah 5 benda dari Jepun yang cukup popular di Malaysia pada pandangan Abang Nara. Abang Nara percaya korang pun ada pendapat tersendiri kan? Apa kata kongsikan di ruangan komen. Mana tahu ada benda-benda best dari Jepun yang Abang Nara terlepas pandang.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...