5 Benda Best Korang Boleh Buat Bila Internet Laju Di Dalam & Luar Rumah

Hiburan

5 Benda Best Korang Boleh Buat Bila Internet Laju Di Dalam & Luar Rumah

Mempunyai capaian Internet berkelajuan tinggi adalah idaman kesemua rakyat Malaysia.

Tak kiralah sama ada ketika berada di rumah, minum kopi di kafe kegemaran ataupun ketika bercuti menikmati keindahan pulau, Internet yang pantas memastikan anda boleh melakukan apa jua yang diinginkan tanpa sebarang masalah. Antaranya seperti:-

Advertisement

Menjadi “streamer” main game

mana la tahu ada rezeki jadi power macam soloz

Dekat macam-macam game yang semakin popular sejak kebelakangan ini seperti “Among Us”, “Fall Guy” serta “Mobile Legend”, inilah peluang untuk anda mengasah bakat sebagai seorang streamer.

Sambil duduk di kerusi empuk rumah anda beserta capaian Internet sekurang-kurangnya 100Mbps, anda boleh berinteraksi dengan penonton sambil menunjukkan kehebatan bermain game tanpa sebarang “lag”. Barulah banyak “star” yang akan diperolehi! Silap-silap boleh jadikan karier sepenuh masa. Mana tahu kan?

Jadi Instafemes sejati

Bukan senang tau nak menjadi seorang Instafemes yang betul-betul komited, fokus dan rajin. Kalau setakat seminggu sekali upload 1,2 gambar, itu semua orang boleh buat. Instafemes yang sebenar ialah yang sentiasa membuat “Live”, kongsi IG Stories setiap masa dan rajin balas komen pengikut mereka.

Lagi-lagi trend sekarang ini masa makan buat nak buat “Live” untuk berkongsi rezeki secara alam maya. Senang cakap, nak jadi Instafemes ini kena bersiap-sedia untuk “online” di mana-mana, pada bila-bila masa. Nak jadi instafemes? anda harus lah ada internet pantas dan internet tanpa had untuk kekal aktif sepanjang masa

Layan filem/drama kegemaran bersama seisi keluarga

Salah satu benda yang best apabila Internet laju ialah anda boleh menyambungkannya dengan Smart TV di ruang tamu sekaligus membolehkan anda menonton filem/drama kegemaran bersama anak isteri. Masa hujung minggu bolehlah lakukan aktiviti ini. Barulah semakin erat hubungan anda seisi keluarga. Tapi pastikan anda mempunyai kuasa autonomi memilih apa yang ingin ditonton. Nanti tak pasal-pasal sepanjang hari kena tengok Didi and Friends. Hehehe.

Buat channel YouTube sendiri

Salah satu sebab kenapa ramai yang gagal/malas/hangat-hangat tahi ayam untuk menjadi seorang Youtuber ialah masa yang diambil untuk meng”upload” video ke saluran sendiri mengambil masa yang terlalu lama.

Nak rakam video lagi laju daripada nak upload. Memang hilang semangat dibuatnya. Namun andainya Internet anda selaju 1Gbps semua ini tak akan menjadi satu masalah. Tekan-tekan terus siap. Silap-silap sehari sampai 5 video anda boleh upload. Barulah YouTuber sejati!!

Kerja dengan lebih eifisien

Dengan pandemic Covid-19 yang semakin teruk melanda, kita kini boleh melakukan kerja di mana-mana tanpa perlu pergi ke pejabat. Tak kiralah sama ada di rumah, kedai kopi atau sambil bercuti atas kapal, tugasan boleh disempurnakan seandainya anda mempunyai sambungan Internet yang pantas.

Ha best kan bila ada Internet pantas? Lagi best kalau kepantasan Internet itu bukan sahaja boleh dinikmati di rumah, tetapi di mana-mana sahaja pada harga yang BERPATUTAN. Ha, semua ini boleh anda nikmati dengan Digi Fibre Broadband.

5 Jenis Plan Untuk Anda Pilih

Dengan kelajuan “ultra-fast” dan data “unlimited” Digi Fibre Broadband kini memperkenalkan 2 lagi plan yang amat berbaloi untuk para pengguna, iaitu Digi Internet Freedom 130 untuk kelajuan 100Mbps dan Digi Internet Freedom 270 untuk kelajuan 800Mbps. Secara keseluruhan, Digi Fibre Broadband kini menawarkan 5 jenis plan. Pilih je yang mana satu sesuai dengan anda.

Timeline Description automatically generated

Jimat sehingga RM165

Apabila anda menggabungkan salah satu Digi Internet Freedom di atas dengan Digi Postpaid Unlimited pada harga RM60 sebulan, bukan sahaja anda boleh menikmati penjimatan sehingga RM165 sebulan, malah anda akan mempunyai capaian Internet pantas dan unlimited data di mana-mana, bukan hanya di rumah sahaja.

Graphical user interface Description automatically generated

Sebagai contoh, suami dan isteri hanya perlu membayar RM250 sebulan apabila mereka melanggan plan DIF 130 (kelajuan 100Mbps) dengan 2 plan postpaid berkelajuan tinggi tanpa had.

Siap ada 12 bulan akses kepada applikasi Viu secara percuma lagi! Kalau rasa nak jimatkan bajet sikit, boleh juga melanggan pan DIF 90 (kelajuan 50Mbps) bersama Digi Postpaid 38 pada harga Rm128 sahaja sebulan. Tak faham? Tengok je carta di bawah ini untuk memudahkan pemahaman anda.

Table Description automatically generated

Best kan? Inilah masa terbaik untuk anda mencapai cita-cita yang selama ini terhalang kerana kelajuan Internet yang mengecewakan. Dengan DIF ini, anda boleh menikmati kelajuan Internet yang diimpikan selama ini. Maklumat lanjut layari laman rasmi Digi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...