(4 FOTO) Uqasha Senrose Bercinta Dengan Ben Amir?

Hiburan

(4 FOTO) Uqasha Senrose Bercinta Dengan Ben Amir?

Sudah beberapa bulan putus cinta dengan Hefny Sahad, Uqasha Senrose nampaknya sudah membuka pintu hatinya untuk orang lain.

Advertisement

Kerap memuat naik foto bersama di akaun Instagram masing-masing sejak kebelakangan ini, peminat mula berspekulasi Uqasha sedang hangat bercinta dengan pelakon yang semakin dikenali iaitu Ben Amir.

Bukan sahaja kelihatan mesra bersama, Ben juga sebelum ini pernah bercuti bersama Uqasha dan Nelydia Senrose di Bali, Indonesia. Mungkin ketika itu bibit percintaan antara mereka sudah berputik.

Rata-rata netizen juga seakan merestui hubungan mereka berdua. Mereka akui Uqasha dan Ben nampak cukup sepadan bersama dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Ramai juga yang ingin melihat mereka berdua cepat kahwin.

Jika benar mereka sedang bercinta kami harap hubungan Uqasha kali ini dapat berkekalan dan mungkin ada jodoh ke fasa yang lebih serius. Sama-sama kita nantikan pengakuan dan penjelasan daripada tuan empunya badan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...