April 23rd, 2018

Pelakon Dynas Mokhtar, 35, selamat melamngsungkan pernikahan dengan Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 36, pada 10.50 pagi semalam (Ahad) dengan sekali lafaz.

Sinar Harian melaporkan, Dynas atau nama lengkapnya, Wan Edrinas dinikahkan bapanya, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohd, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Khairul Anuar Mulim.

Pada majlis tersebut, Dynas menerima mas kahwin berjumlah RM1001, beserta wang hantaran sebanyak RM30,000.

Majlis resepsi pasangan ini akan dilangsungkan 28 April ini di Damansara dan resepsi kedua bakal dilangsungkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 5 Mei.

Lagi 34 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Bersama kita doakan perkahwinan kedua Dynas yang sebelum ini bergelar ibu tunggal selama empat tahun kekal ke akhir hayat. – beautifulnara.com

Kredit gambar: @lifestyleweddings.co


16 responses to “(36 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Dan Malam Berinai Dynas Mokhtar”

  1. noendingname says:

    kenape muka dynas macam pelik je…mebi sebab make up atau dia dah berisi sket..

  2. melati says:

    Wow dh 2 kali kawin..!! Neelofa gk tk laku2….apa tangkal yg Neelofa pakai entah, memang mendatang kan Sial lah ..!!! hihihihi

  3. mak cute says:

    xda tema lain ke…x abis2 dgn membongak hindi…buat tradisi melayu la…

  4. ninabobo says:

    Alhamdulillah………………ameeen

  5. Lajak says:

    Tahniah Dynas kerana tidak memilih suami orang.

Loading...