3 Sebab Anda Perlu Serbu Boat Noodle Bulan April Ini

Hiburan

3 Sebab Anda Perlu Serbu Boat Noodle Bulan April Ini

“Lagi nak tanya, confirmlah Boat Noodle! Sebab rasa sup dia yang sangat best!”, adalah antara jawapan yang diberikan oleh kawan-kawan/ahli keluarga apabila Abang Nara bertanyakan soalan “apa restoran Thai kegemaran kau?”. Kini mempunyai 48 cawangan di seluruh Malaysia, kepelbagaian menu yang disediakan dengan harga yang AMAT berpatutan serta rasanya yang SERIUS lazat menjadikan Boat Noodle pilihan pencinta makanan Thai di Malaysia.

boat noodle

Advertisement

Sekiranya anda salah seorang belum pernah mencuba Boat Noodle, bulan April ini adalah masa terbaik untuk anda menjejakkan kaki ke restoran ini dan mencuba kelazatan makanannya. Apa sebabnya? Ha meh sini Abang Nara kongsikan:-

1. Makan, stack & repeat (boleh susun mangkuk bertingkat-tingkat!!!)

boat noodle

Aktiviti paling best dan menyeronokkan kalau makan dekat Boat Noodle adalah tak lain tak bukan menyusun mangkuk-mangkuk mi yang telah kita makan secara bertingkat. Ini yang dimaksudkan dengan budaya #makanstackrepeat dan memang kerap dilakukan oleh setiap pengunjung Boat Noodle. Makin banyak korang makan, makin tinggi susunan yang dapat dilakukan. Ada yang siap buat pertandingan sapa lagi tinggi. Memang seronok wei!!!

Paling penting, jangan lupa untuk tangkap gambar mangkuk anda yang dah tersusun itu dan kongsikan di Instagram atau Facebook. Barulah kawan-kawan anda tahu betapa hebatnya selera makan anda. Biar diorang meleleh air liur melihat anda menikmati kelazatan menu original Thai Street Food yang disediakan di Boat Noodle. Sekiranya anda bertuah, gambar anda berkemungkinan akan dikongsikan di Instagram @myboatnoodle dan juga di tv screen outlet untuk tatapan ramai. Femes la nanti!!!

2. Menu kegemaran ramai, Ayutthaya kini kembali

Dalam bulan Jun tahun lepas Boat Noodle telah keluarkan Ayutthaya dari menu mereka, ramailah pengunjung setia Boat Noodle tak puas hati, siap kecoh dengan media sosial!
boat noodle
boat noodle
boat noodle

Tak tahan dengan keluhan social media followers diorang, Boat Noodle munculkan kembalilah Ayutthaya ni baru-baru ni!

Abang Nara pun dah testlah Ayutthaya 2.0 ni, minggu lepas. Kelazatan dan keenakan Ayutthaya Thai Rice Noodle bertambah berkali-kali ganda kerana ia dihidangkan bersama cendawan Enoki dan Daging Cincang.

boat noodle

Confirm mangkuk anda akan licin selicin-licinnya.

3. Noodle Master Card untuk pelanggan setia Boat Noodle

boat noodle

Sebagai tanda penghargaan buat para pelanggan setia mereka, Boat Noodle telah memperkenalkan Noodle Master Card yang berfungsi seperti ‘loyalty card’. Isi segala maklumat diri anda selepas mendapatkan kad ini di kaunter Boat Noodle.

Sah digunakan sehingga 30 April ini, setiap kali anda menghabiskan 20 mangkuk mi di Boat Noodle, anda akan menerima 1 ‘stamp’ di Noodle Master Card ini. Semakin banyak ‘stamp’ yang diperolehi, semakin banyak mangkuk mi yang anda boleh makan secara PERCUMA:-

(i) 3 stamp – 5 mangkuk mi PERCUMA
(ii) 6 stamp – 10 mangkuk mi PERCUMA
(iii)9 stamp – 20 mangkuk mi PERCUMA

boat noodle

Noodle Master Card anda ini akan di’stamp’ ketika membuat pembayaran. Jadi pastikan anda tidak lupa membawanya setiap kali berkunjung ke Boat Noodle sebab ia hanya boleh digunakan untuk ‘dine in’. Nak cepat redeem, bawak je kawan-kawan dan ahli keluarga makan bersama-sama. Confirm sekejap je dah penuh stamp tue.

Bila dah lengkap 9 ‘stamp’, jangan lupa untuk serahkan Noodle Master Card tersebut kepada pekerja Boat Noodle. Sebabnya 2 orang pemenang BERTUAH akan dipilih untuk percutian ke Bangkok, Thailand. Mana lah tahu ada rezeki korang kan?

boat noodle

Jadi sekiranya anda belum pernah mencuba Boat Noodle, bulan April ini adalah masa terbaik untuk anda memulakan langkah pertama anda. Confirm lepas sekali try, tiap-tiap minggu nak datang. Pasti jatuh cinta dibuatnya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera di The Best Thai Food Street Restoran yang paling popular di Malaysia. Maklumat lanjut layari https://boatnoodle.com.my.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...