(26 FOTO) Sekitar Akad Nikah Serta Majlis Resepsi Rody Kristal Dan Niena Azman

Hiburan

(26 FOTO) Sekitar Akad Nikah Serta Majlis Resepsi Rody Kristal Dan Niena Azman

Hanya dengan sekali lafaz, gitaris kumpulan Kristal, Rody sah bergelar suami kepada penjaga gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman ataupun lebih dikenali sebagai Niena Azman dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di  Hotel Kulai, Johor pada 27 April lalu.

Advertisement

Niena menerima mas kahwin berjumlah RM 111 dan wang hantaran RM 11,11,11. Pengantin perempuan turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang kepada pihak lelaki.

Rody menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya itu berjalan dengna lancar dan mengakui ia adalah hari paling bersejarah buat dirinya. Beliau berjanji akan cuba membimbing Niena dengan baik.

Semalam, pasangan pengantin baru ini telah mengadakan majlis resepsi di Dewan Raya Kulai. Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali dan dihadiri oleh rakan artis, teman rapat serta keluarga kedua-dua belah pihak. Rody dan Niena tampil begitu elegan dengan busana berwarna biru gelap.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah serta resepsi perkahwinan Rody dan Niena dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : LVP.co  & Mega Bridal Collections

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...