24 Ahli Keluarga Zizan Positif COVID-19, Dua Meninggal Dunia, Anggap Bukan Perkara Main-Main

Hiburan

24 Ahli Keluarga Zizan Positif COVID-19, Dua Meninggal Dunia, Anggap Bukan Perkara Main-Main

Pelawak dan juga pelakon, Zizan Razak tampil memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak memandang ringan mengenai wabak pandemik COVID-19.

Zizan Razak
3 years ago

"Beli Rumah Lagi Bagus!" Zizan Razak Menyesal Beli Kereta Ferrari

Advertisement

Ujar Zizan, dia cukup terkesan dengan perkara itu kerana virus itu telah membunuh dua orang ahli keluarganya serta menjangkiti 24 ahli keluarganya yang lain secara serentak.

Tambah pelakon filem Polis Evo ini lagi, wabak itu telah membawa pergi bapa mentua kepada ibu saudaranya dan juga pembantu rumah sekelip mata selepas dijangkiti COVID-19.

COVID-19 bukan perkara main-main. Menambahkan kerisauan apabila berdepan pengalaman ibu saudara bersama empat sepupu yang rapat disahkan positif. Saya dan ibu, Anai Ibrahim tinggal di Kuala Lumpur jadi ngeri mahu keluar rumah. Pelbagai kisah, pengalaman dan teladan ahli keluarga yang positif menimbulkan banyak, setiap langkah perlu waspada dan jaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan jangkitan.

Tambahnya, dia juga tidak berani untuk keluar rumah mengenangkan kes harian positif COVID-19 yang kini sudah melebihi 20,000 kes.

“Kita dapat lihat seorang demi seorang menjadi korban pandemik, termasuklah rakan baik, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang menghembuskan nafas terakhir pada Isnin lalu.” katanya ketika dihubungi sebuah media baru-baru ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...