Written by Bella | March 25th, 2019

Minggu lalu, usahawan terkenal Nur Sajat dimasukkan hospital. Menurut pembantu peribadinya, Sajat terken penyakit misteri yang mengakibatkan beliau tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan lemah.

Semmalam, pembantu peribadinya memuat naik video perkembangan terbaru Sajat yang sudah pun dibenarkan pulang ke rumah tetapi masih lagi belum sihat sepenuhnya.

Sajat hanya  terlantar di atas katil ditemani oleh ahli keluarganya termasuk anak-anak dan ibunya.

Ditanya mengenai keadaan anaknya itu, ibu Sajat tidak memberikan banyak komen dan hanya menjelaskan mungkin apa yang berlaku kerana sifat dengki orang lain terhadap Sajat. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menuduh sesiapa.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, mereka seakan tidak percaya Sajat benar-benar jatuh sakit dan mengatakan ia mungkin sekadar gimik ataupun lakonan. Namun, masih ada juga yang simpati dengan keadaan Sajat dan mendoakan agar beliau lekas pulih.

Tidak dinafikan, apa yang dilakukan Sajat sebelum ini dan kontroversi berkaitan status sebenar jantinanya membuatkan orang ramai rasa bengang, tapi kalau bab sakit ini kami rasa kebanyakkan orang tidak akan menipu, apa-apa pun, kita doakan sahaja kesihatan Sajat kembali pulih.

Written by Bella | March 25th, 2019

Kembar animasi popular Malaysia, Upin & Ipin kembali ke layar perak dengan filem terbaru berjudul Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang sudah pun ditayangkan sejak 21 Mac lalu.

Kali ini mereka kembali dengan jalan cerita yang lebih gempak dan animasi yang sudah setaraf dengan Disney dan Pixar. Bukan itu sahaja, ia turut menerapkan banyak elemen dan budaya Melayu di dalam filem tersebut.

Bukan sahaja kanak-kanak yang suka, tetapi ia turut mendapat sambutan daripada orang dewasa juga. Rata-rata penonton mengakui Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal diluar jangkaan mereka dan memberikan rating yang tinggi.

Filem ini menelan belanja hampir RM 20 juta dan telah mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan menggunakan kepakaran anak-anak tempatan.


Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam bilik stor. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa bertemu dengan pelbagai watak dalam dongeng rakyat seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang. Mereka dengan watak-watak cerita dongeng kini perlu pertahankan kerajaan Inderaloka dari raja jahat yang ingin memusnahkannya.

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Video :  Les’ Copaque Production

Written by Bella | March 25th, 2019

Selama 17 tahun mendirikan rumah tangga, hidup bersama sebagai suami isteri tetapi ditakdirkan berpisah, tentunya pelakon Rashidi Ishak sukar untuk menempuhi episod gelap saat bercerai dengan aktres Vanidah Imran.

Tempoh tiga bulan pertama perpisahan adalah tempoh paling sukar buat Shidi, beliau mengakui mengalami kemurungan.

Tiga bulan pertama sudah tentu masa paling sukar untuk saya lalui, saya berdepan dengan kemurungan. Saya cuba elakkan menghadiri majlis keramaian atau bertemu orang ramai. Namin, hari demi hari ia semakin baik dan saya mula menerima keadaan itu.

Shidi pada masa yang sama menafikan beliau merahsikan perceraian dengan Vanidah kerana terikat dengan mana-mana kontrak, tetapi kerana tidak mahu menjejaskan emosi anak-anak.

Meskipun berat hati untuk berpisah tetapi ia adalah jalan terbaik buat mereka berdua disebabkan tiada lagi keserasian bersama dan bukan kerana orang ketiga.

Sepanjang 17 tahun kami tiada masalah berkaitan orang ketiga, apa yang boleh saya katakan ia disebabkan tiada lagi keserasian. Ia jalan terakhir untuk hubungan kami dan Alhamdulillah anak-anak juga sudah matang untuk menerima keputusan tersebut.

Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika. Pasangan ini bercerai pada 9 Ogos 2018.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 25th, 2019

Ketika ini pelakon Nelydia Senrose sedang rancak membuat persiapan perkahwinannya bersama cinta hati, Hafiz. Sebelum ini, kami ada dengar berita beberapa rakan artis sudah pun menerima jemputan perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Nelydia masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya. Namun, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, pelakon jelita itu dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada awal April.

Baru-baru ini teman Cik Pang memaklumkan aktres itu khabarnya akan bernikah pada minggu pertama April depan. Jika benarlah apa yang disampaikan itu, ini bermakna tinggal kurang dua minggu saja lagi Nelydia bakal bergelar isteri orang.

Di kesempatan ini juga Cik Pang mengucapkan sekalung tahniah buat Nelydia kerana bakal membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Pastinya perkahwinan Nelydia antara yang dinantikan ramai, kami doakan agar majlis yang dirancang diberkati dan dipermudahkan. Kita nantikan pengumuman rasmi daripada beliau nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

Page 1 of 2812345...1020...Last »