Written by serenity | February 1st, 2018

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegur sesetengah lelaki yang meminati lelaki yang telah bertukar menjadi perempuan, didakwa menjadi salah satu punca kewujudan mereka.

Dalam satu temubual dengan SInar Harian, Yusuf Azmi yang ditemubual mengenai isu jantina ahli perniagaan Nur Sajat merasa hairan kenapa lelaki berbadan sasa meminati golongan ini.

Ini juga menjadi masalah kepada kita. Lelaki kenapa boleh ada nafsu (kepada) lelaki? Mengikut hukum syarak, perkara yang dibuat tetap berdosa besar. Apa yang lelaki-lelaki ini buat tetap berdosa besar tetapi kita tak boleh kata dia, hina dia, tak boleh.

Menurut Yusuf Azmi, bukan golongan lelaki yang menjadi wanita saja yang perlu diperbetulkan, malahan lelaki yang meminati lelaki yang menjadi wanita juga perlu diperbetulkan dan dijadikan fokus.

Saya sebenarnya bukan ahli nak bercakap soal ini, tapi saya cuma nak beritahu ada cara nak nasihat golongan ini.

Kita kena tarbiyah mereka, ajak kepada Islam jangan jauhkan mereka daripada Islam.

Tembual itu boleh ditonton di bawah:

Netizen menganggap Yusuf Azmi merujuk kepada ahli bina badan Coach Yin yang diketahui ramai sebagai teman lelaki Sajat dan mereka juga pernah mengumumkan bakal berkahwin. – beautifulnara.com

 

Written by Bella | February 1st, 2018

Baru-baru ini, tindakan pelakon Syafie Naswip yang memuat naik foto dirinya dengan imej bertatu di bahagian lengan dan dada mencetuskan perdebatan dikalangan netizen meskipun tatu tersebut diperbuat daripada inai serta bersifat sementara.

Isu tersebut turut mendapat perhatian pendakwah, Da’i Wan yang memberitahu haram hukumnya untuk seseorang muslim mencacah tatu di badan walaupun ia hanya tatu sementara .

Menurut Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu. Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu (tatu kekal) sebab perbuatan tersebut dilaknat Allah SWT.

Untuk penggunaan inai pula, Da’i Wan berkata ia tidak menjadi masalah untuk wanita kerana ia dianggap sebagai hiasan asalkan ia tidak  berbentuk seperti foto lucah ataupun binatang.

Walaubagaimanapun, lelaki diharamkan untuk mengenakan sebarang corak lukisan di badan termasuklah dengan menggunakan inai.

Perempuan dibenarkan  mengenakan inai dengan corak bunga yang sea-akan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah. Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.

Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dalam Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke 157- ‘Hukum lelaki memakai inai’, beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu ia tidak dibenarkan.

Harapnya dengan penjelasan ini, netizen akan lebih faham mengenai isu tatu sementara serta penggunaan inai sebagai tatu.

Sumber Berita : mStar Online

Page 39 of 39« First...102030...3536373839