Written by Bella | February 7th, 2018

Menggunakan anaknya Aaisyah Dhia Rana untuk mempromosikan produk pemutihan kulit miliknya di Instagram, pelakon Rozita Che Wan dikritik oleh netizen.

Umum mengetahui, sejak beberapa hari lalu isu mengenai kanak-kanak dan bayi menggunakan suplemen untuk kelihatan kulit agak hangat diperkatakan dan apa yang dimuat naik oleh Che Ta ini semestinya mendapat perhatian ramai.

Dalam nada sinis, netizen berkata mengapa Che Ta tidak mengambil model “mat salleh” untuk benar-benar mengatakan produknya itu “ajaib” dan mampu membuatkan kulit pengguna gebu dan putih.

Mungkin juga Che Ta tidak bermaksud apa-apa dan sekadar menggunakan Aaisyah untuk perumpamaan untuk kulit yang putih sahaja.  Apa-apa pun, dalam promosi pastikan modelnya itu kena dengan produknya. Apa komen anda?

Written by Bella | February 7th, 2018

Entah mengapa, khabar angin semakin bertiup kencang mengatakan hubungan percintaan Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson kini sedang bermasalah.

Malah, Zul sebelum ini ada menyatakan percintaannya tidak mendapat restu daripada bapa Zahirah iaitu Zainol Macwilson. Aktor itu meminta agar Zainol bersikap lebih matang dan berterus-terang sahaja jika mahu beliau menamatkan hubungan bersama anaknya.

Terbaru, Zainol memberitahu beliau tidak memahami apa maksud sebenar Zul dan tidak pernah menghalang Zul berkawan bersama anaknya.

Terus terang saya tak faham dengan maksud Zul yang mengatakan saya harus lebih matang sedangkan saya lebih lama hidup dan faham dengan asam garam kehidupan. Saya difahamkan mereka masih lagi berkawan.

Saya tiada masalah sekiranya Zul mahu terus berkawan dengan Zahirah. Saya juga tidak pernah kata tak suka padanya.

Walaubagaimanapun, Zainol akui ada menasihati dan seboleh-bolehnya tidak mahu anak perempuannya itu bercinta kerana usianya yang masih muda dan mahu beliau fokus kepada kariernya terlebih dahulu. Sebagai bapa, beliau tidak mahu Zahirah terus hanyut dalam percintaan kerana yakin anaknya mempunyai potensi besar sebgai pelakon.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | February 7th, 2018

Terpalit dengan isu pendedahan Datuk Farid Kamil yang mendakwa 3 rakan selebriti menganiaya dirinya dengan sengaja  memasukkan dadah dalam minumannya, pelakon Sofi Jikan semalam hadir ke  Balai Polis Mutiara Damansara untuk memberikan keterangan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Walaubagaimanapun, Sofi ditahan pihak polis apabila didapati positif dadah jenis ganja. Difahamkan, dia  akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berita ini. Adakah ia berkaitan dengan kes Farid ataupun tidak?

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | February 7th, 2018

Tampil di muka hadapan majalah URTV bersama aktres Izreen Azminda untuk tema Naluri Isteri Kedua, penyanyi Adira teruk dikecam oleh netizen.

Bagi mereka untuk apa majalah tersebut mahu bercerita mengenai kedua-dua selebriti tersebut yang sebelum ini dihimpit dengan kontroversi ketika berkahwin dan dilabelkan sebagai perampas suami orang oleh netizen.

Walaubagaimanapun, Adira sedikit pun tidak mahu ambil pusing dengan segala komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

Kalau layan memang sakit hati jadi lebih baik jangan lain kerana lama-lama mereka akan diam sendiri. Saya sendiri dah bermacam-macam kontroversi yang saya lalui jadi saya dah lali, katalah apa pun.

Bukannya saya minta tajuk begitu tetapi saya secara peribadi tiada maslah dengan pemilihan tajuk tersebut. Tetapi saya faham isu melibatkan poligami memang perkara sensitif dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Adira turut bersimpati dengan nasib Izreen yang tidak henti menerima kecaman selepas mengumumkan perkahwinan beliau dengan Ude Wahid sebagai isteri kedua. Namun, Adira yakin Izreen seorang wanita yang tabah dan kuat untuk mengharungi segala tomahan orang ramai terhadap dirinya.

Sumber Berita : mStar Online

Page 30 of 39« First...1020...2829303132...Last »