Written by Bella | February 22nd, 2018

Kisah putus tunang penyanyi Sufian Suhaimi dan Elfira Loy agak mengejutkan peminat mereka kerana sudah hampir kepada tarikh pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada bulan Mac depan.

Kedua-duanya terus berkunci mulut mengenai perpisahan mereka maka timbul pelbagai spekulasi mengapa Sufian dan Elfira membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing sedangkan terkenal sebagai pasangan yang saling mencintai serta romantis sebelum ini.

Menerusi portal mStar Online, ada netizen mendakwa Sufian tidak dapat memenuhi permintaan keluarga Elfira  yang meminta jumlah wang hantaran tinggi dan itulah punca pasangan itu tidak jadi berkahwin.

Mak El tak nak bermenantukan orang tidak berduit. Takut anak dia susah nanti walaupun Sufian ada ijazah sarjana. Sufian tak boleh sediakan wang hantaran yang diminta mak El bulan tiga ni.

Benda tu rahsia antara keluarga tapi dekat Facebook ada kawan kepada ahli keluarga El pecah lubang. Berapa hantaran tu, rahsia keluarga katanya. Lagipun Sufian tengah belajar, manalah mampu kalau hantaran banyak-banyak.

Berikanlah masa untuk mereka berdua mengubati luka dan kesedihan dalam hati, mungkin satu hari nanti mereka akan bersedia untuk memberikan penjelasan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | February 22nd, 2018

Mengecapi populariti pada usia yang agak muda, pelakon Ayda Jebat sering dikenali sebagai seorang yang peramah dan merendah diri. Namun, pengakuan seorang peminat tentang sikap Ayda agak mengejutkan.

Menerusi laman sosial Twitter, ada individu mendakwa beliau ditengking oleh Ayda hanya kerana beliau ingin menjelaskan kegunaan mikrofon sebelum artis itu membuat persembahan. Kesal dengan apa yang berlaku, beliau menyifatkan Ayda sebagai seorang yang sombong dan berlagak.

Perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengakui Ayda bersikap sebegitu.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidaklah diketahui. Mungkin sahaja berlaku sedikit salah faham. Harapnya Ayda boleh tampil menjelaskan situasi sebenar.

Written by Bella | February 22nd, 2018

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung mereka bersama awal pagi tadi. Sebenarnya Nora dijangka bersalin pada 9 Mac depan.

Nora selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.98 kilogram melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara. Difahamkan, Nora dan bayi berada dalam keadaan stabil.

Nora dan Nedim sah bergelar suami dan isteri dalam satu majlis tertutup pada 30 Mac 2017. Sebelum ini Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | February 22nd, 2018

Pelakon jelita Fasha Sandha memang dikenali dan mempunyai jumlah peminat yang ramai. Meskipun, ada kalanya seseorang artis itu boleh terdedah kepada bahaya kerana wujudnya “stalker”, Fasha bagaimanapun memberitahu beliau tidak perlu menggunakan khidmat pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan diri dan anak-anaknya ketika berada di luar rumah.

Fasha percaya, Allah SWT akan sentiasa melindungi mereka dan tidak perlu merasa takut.

Pada masa yang sama Fasha menerusi kapsyennya di Instagram seakan “menyindir” seseorang dan perkara itu turut diakui oleh netizen.

Zaman sekarang macam-macam perkara tidak dijangka boleh berlaku. Pada pendapat kami, kalau sudah mampu apa salahnya untuk ada pengawal peribadi demi keselamatan diri.

Page 10 of 39« First...89101112...2030...Last »