Written by AbangNara | September 11th, 2017

Telah pun mengikat tali pertunangan pada awal bulan Julai lalu, Raf Yaakob dan Mawar Rashid bakal bergelar suami isteri pada hujung tahun ini. Berita gembira ini telah disampaikan oleh Raf Yaakob. Alhamdulillah. Benda baik sebegini memang perlu disegerakan, lebih-lebih lagi jika berkemampuan. Tahniah diucapkan kepada Raf dan juga Mawar.

mawar rashid

Namun begitu, tarikh pernikahan mereka masih lagi dirahsiakan buat setakat ini dah hanya akan diketahui seminggu sebelum majlis berlangsung. Kata Raf Yaakob:-

Ya, kami akan bernikah sebelum penghujung tahun ini. Cuma, kami tidak mahu heboh-heboh dan menghormati keluarga, tambahan pula ini perkahwinan saya yang kedua. Usah khuatir, kami tetap akan berkongsi tarikh itu tidak lama lagi kerana merancang untuk mengadakan sidang akhbar khas selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis nanti.

Kami akan bernikah di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur sebelum mengadakan majlis resepsi di Hotel Royale Chulan Damansara sementara busana perkahwinan pula ditaja oleh Cosry. Selain itu, akan ada malam berinai sebelum majlis nikah bertemakan Siam, manakala majlis keesokannya pula bertemakan Jawa sementara majlis resepsi bertemakan moden.

raf yaakob mawar rashid

Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat majlis perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini. Abang Nara pun ternanti-nanti jugak. Confirm meletup-letup punya. Apa pun semoga perancangan Raf Yaakob dan Mawar Rashid berjalan dengan lancar. Sama-sama kita doakan. Tahniah sekali lagi. Sumber Kosmo Online.

Written by serenity | September 11th, 2017

Setelah berbulan-bulan menutup rapat kisah cinta mereka, Engku Emran dan pelakon Indonesia, Laudya Cythia Bella telah selamat melangsungkan pernikahan pada Jumaat, 8 September di Kuala Lumpur.

Apa yang menarik, Laudya sangat mensyukuri kehadiran Aleesya, anak Engku Emran dengan isteri, pelakon Erra Fazira dan meluahkannya di Instragram.

Tulis Laudya:

Saya cintakan Dia sepenuh hati, sebagai balasan Allah memberikan saya harta yang tidak ternilai iaitu Aleesya.

 
Written by AbangNara | September 11th, 2017

Sedih sungguh Abang Nara membaca nasib yang menimpa Hana Elite. Akibat ditipu oleh rakannya sendiri iaitu Watie Elite sehingga diisytiharkan muflis, Hana tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya yang menetap di London kerana disekat daripada keluar negara. Bukan sebulan dua, sudah 2 tahun Hana tidak dapat melepaskan rindu berjumpa cahaya matanya itu. Tak boleh bayang betapa sedih dan rindunya perasaan seorang ibu yang terpaksa menanggung akibat kesalahan orang lain.

hana elite

Kata Hana Elite:-

Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan saya diisytiharkan muflis tetapi banyak masalah lain terpaksa saya tanggung! Banyak benda saya hilang dan paling buat saya sedih, sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak kerana tidak boleh ke luar negara. Bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu yang tak dapat bertemu dengan anak-anak kerana kesalahan orang lain.

hana elite

Untuk makluman, Watie Elite memaklumkan kepada mahkamah yang dia tidak diberi peluang membela diri dan tidak mampu untuk membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.83. Menurut penjelasan Hana Elite, tuntutan asal adalah sekitar RM300,000 tetapi kedegilan Watie Elite yang acuh tak acuh menyebabkan hutang itu meningkat. Terang Hana Elite:-

Jika dia kata tidak tahu, ia tidak benar kerana bekas peguam saya ketika itu, SS Seelan sudah menyerahkan surat itu ke tangannya sendiri malah mereka berbincang kaedah untuk membayar ganti rugi itu.

Tapi nampaknya Watie terus berdiam diri dan enggan menyelesaikan tuntutan yang sebelum ini hanya berjumlah lebih kurang RM300,000 sahaja. Atas kedegilannya untuk membayar dan jadilah jumlah itu mencapai RM700,000 kerana faedah dikenakan selama tempoh dua tahun.

hana elite

Apa yang penting, Hana Elite sudah serik dan tidak akan memaafkan Watie Elite atas apa yang telah dilakukan. Abang Nara sokong keputusan yang diambil oleh Hana ini. Sebelum ini, Hana telah cuba menyelesaikan secara baik tetapi Watie tidak mengendahkannya. Bila dah kalah di mahkamah barulah nak buat ayat “dulu kami berkawan baik dan sebagainya”. Kata orang, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Kalau betul anda seorang kawan, takkanlah sanggup perlakukan kawan lain sampai muflis. Itu bukan kawan namanya. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Written by serenity | September 11th, 2017

Setelah dilanda kontroversi, Bella Astillah telah memaafkan dan memberi peluang kepada Aliff Aziz untuk menyelamatkan rumahtangga mereka. Dan pada 9 September lepas, mereka telah mengadakan satu majlis Aqiqah anak mereka Ayden Adrean di sebuah hotel di Shah Alam.

Ayden atau nama sebenarnya, Mohamad Ayden Adrean Mohamad Aliff dilahirkan pada 8 Julai, pada pukul 3.46 petang dengan berat 2.96kg.

Aliff bernikah dengan Bella pada 9 September 2016 di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 20 of 26« First...10...1819202122...Last »