Written by Bella | July 10th, 2017

Selepas gandingan mereka menerusi drama Hero Seorang Cinderella mencetuskan fenomena dan mencatat kejayaan yang agak luar biasa, kini peminat Fattah Amin dan Fazura boleh kembali tersenyum kerana pasangan sensasi ini sekali lagi berlakon bersama dalam drama terbaru Wanita Terindah.

Khabarnya penggambaran drama Wanita Terindah sudah bermula sejak beberapa hari lepas. Untuk pengetahuan anda, skrip drama tersebut ditulis oleh Rafidah Abdullah yang sebelum ini menulis beberapa skrip bagi filem popular seperti Gol dan Gincu, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang, Kami Histeria dan Manisnya Cinta di Cappadocia.

Fattah sebelum ini ada memuat naik foto skrip drama tersebut di akaun Instagramnya dan ia mendapat sambutan yang agak baik. Semestinya ramai yang menginginkan Fazura menjadi heroin.

Fazura juga semalam ada memuat naik fotonya dengan kapsyen memberitahu beliau membawakan watak Nuryn Nafeesa dan sekaligus mengesahkan beliau adalah heroin drama Wanita Terindah.

Harapnya semoga drama terbaru ini sama hangatnya seperti drama lakonan Fattah dan Fazura sebelum ini. Sama-sama kita nantikan.

Written by Bella | July 10th, 2017

Pada mulanya mungkin bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran dan wanita yang digosipkan bercinta dengannya pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella malu untuk menjawab spekulasi mengenai hubungan mereka berdua.

Namun, kini pasangan tersebut sudah semakin terbuka mengenai status hubungan mereka. Baru-baru ini, Engku Emran menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik video hasil seni seorang lelaki yang menggunting sehelai kertas yang akhirnya membentuk imej seorang wanita.  Imej tersebut begitu mirip sekali dengan wajah Bella.

Bukan itu sahaja, Engku Emran juga ada memuat naik foto imejnya yang terbentuk juga daripada kertas dan turut “tagged” nama akaun Instagram Bella didalam  kapsyen yang ditulis.

Menghangtkan lagi gosip bahawa mereka benar-benar sedang bercinta ialah apabila Bella menerusi Insta Stories turut memuat naik foto imej seorang lelaki dan wanita yang jelas menunjukkan ia adalah Bella dan Engku Emran.

Sudah jelas nampaknya kemesraan antara Engku Emran dan Bella, malah mereka juga sudah lebih terbuka mengenai hubungan mereka bukan? Siapa tahu, mungkin selepas ini kedua-duanya akan memberikan kenyataan rasmi mengenai status hubungan mereka.

Written by Bella | July 10th, 2017

Viral di media sosial mengenai luahan ibu kepada juara Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid iaitu Irma Suriana Mahamud yang meluahkan rasa sedih serta kecewanya terhadap Sufie  sehingga menggelarkan anaknya itu Malin Kundang menerusi  satu status di akaun Facebook miliknya.

Irma juga merasakan tiada apa yang perlu beliau banggakan lagi apabila Sufie tidak lagi mempedulikan perasaan beliau .

Memberikan respon terhadap apa yang diluahkan oleh ibunya itu, Sufie juga ada memuat naik status di akaun Facebook miliknya dimana beliau menyatakan kasih sayang beliau terhadap Irma tidak akan pernah berkurangan.

Tidak pasti apa yang berlaku antara Sufie dan ibunya tetapi kami berharap mereka dapat menyelesaikan segala kemelut dengan baik. Hubungan ibu dengan anak tidak akan mungkin dapat dijual beli ataupun ditukar ganti.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | July 10th, 2017

Percutian Fattah Amin dan Fazura bersama beberapa rakan ke Koh Samui, Thailand mencuri perhatian ramai. Namun, ada lagi berita panas disebalik percutian tersebut yang turut membuatkan peminat Fattzura dan Neelofa berbalah apabila ada khabar angin memberitahu Fattzura membuat keputusan untuk menukar jadual penerbangan mereka ke Koh Samui kerana mengetahui Neelofa akan berada di dalam pesawat yang sama.

Hanya berdiam diri mengenai isu tersebut sebelum ini, Fattah akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar dan mengakui beliau dan Fazura sememangnya telah menukar jadual penerbangan mereka untuk mengelak bertemu dengan Neelofa.

Perkara ini tidak sepatutnya dihebahkan dan saya juga enggan memperbesarkannya. Tetapi, apabila cerita ini ditimbulkan pihak tertentu dan diperbesarkan seolah-olah kami yang bersalah, saya terpaksa menjelaskan situasi sebenar.

Fattah, Fazura dan beberapa rakan mereka ketika bercuti di Koh Samui

Memang ada pihak memaklumkan kami akan menaiki pesawat yang sama dengan Neelofa. Sebaik mengetahuinya, saya mula rasa tidak sedap hati. Bagi saya, lebih baik kami tidak berada dalam pesawat yang sama dengannya. Atas nasihat keluarga, kami menukar jadual perjalanan kepada penerbangan seterusnya.

Fattah harap peminatnya dapat menerima penjelasan beliau dengan baik dan tidak lagi menyalahkan sesiapa dalam hal berkenaan.

Dalam pada itu, beliau juga tidak mahu namanya terus dikaitkan lagi dengan Neelofa kerana mereka tidak mempunyai sebarang istimewa.

Sumber Berita : Berita Harian

Page 30 of 41« First...1020...2829303132...40...Last »