Written by Bella | August 3rd, 2016

Mengumumkan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Hafiz, ramai sekali yang ingin tahu bagaimanakah rupa bakal suami Fara Fauzana.

Terbaru, ada sumber telah mengirim dua buah foto kepada portal BH ONLINE yang mengatakan jejaka didalam foto berkenaan adalah Hafiz.

Ingin mendapatkan kepastian, pihak BH telah menghubungi Fafau. Namun, selebriti itu tidak mengesahkan ataupun menafikan jejaka tersebut adalah bakal suaminya.

Menurut sumber lain pula, Hafiz dikatakan menjalankan perniagaan dalam bidang perhotelan milik keluarganya di London. Wah, bukan calang-calang orangnya.

Bukan itu sahaja, Hafiz juga dikatakan sudah mula berjinak-jinak dalam bidang politik.

Ermmh, tidak mengapalah jika Fafau enggan memberikan sebarang komen lanjut. Kita tunggu sahaja sehingga hari pernikahan beliau untuk mengetahui siapakah lelaki yang telah berjaya membuka pintu hatinya itu. Jika benar lelaki didalam foto berkenaan adalah suaminya, jujur kami katakan mereka agak sepadan juga. Hehe..

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | August 3rd, 2016

Bukan satu perkara baharu apabila ada pihak yang akan menggunakan nama ataupun foto artis untuk menarik perhatian ramai dan sekaligus meraih keuntungan.

Baru-baru ini, Zain Saidin juga turut mengalami perkara yang sama apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan foto beliau untuk mempromosikan produk mereka melalui sebuah laman web.

Malah, laman web berkenaan juga memaparkan artikel bagaimana seorang rakyat Malaysia kononnya mampu meraih pendapatan puluhan ribu sebulan selepas menyertai aktiviti kerja dalam talian.

Tidak mahu sebarang masalah timbul melibatkan namanya, Zain telah meminta pihak pengurusannya untuk menyiasat siapakah yang sewenangnya menggunakan foto beliau.

Saya tidak tahu tentang perkara ini dan akan meminta pihak pengurusan saya untuk siasat dengan lebih lanjut.

Untuk pengetahuan anda, foto Zain bersama Aaisyah Dhia Rana juga turut digunakan oleh laman web berkenaan untuk menarik tumpuan orang ramai.

Kalau sudah popular dan mempunyai anak yang popular juga, pasti akan ada sahaja mereka yang licik mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan. Peminat juga janganlah mudah terpedaya dengan taktik kotor ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | August 3rd, 2016

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita yang agak sedih apabila bayi didalam kandungan Nadiya Nisaa telah disahkan meninggal dunia.

Ramai yang mengirimkan ucapan takziah dan berdoa agar Nadiya diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan yang agak berat ini.

Terbaru, keluarga Nadiya memaklumkan aktres berkenaan berada dalam keadaan baik tetapi masih lagi merasa sedih dengan apa yang sudah berlaku.

Keluarga Nadiya juga meminta agar orang ramai memberikan sedikit ruang untuk Nadiya menenangkan dirinya.

Bagi pihak Nadiya Nisaa sekeluarga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua untuk segala doa dan ucapan takziah yang diberikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa berita ini amat menyedihkan, tetapi ia di luar kawalan sesiapa pun dan merupakan ketentuan Allah SWT.  Mujur, Nadiya berada dalam keadaan yang sihat secara fizikal dan kini sedang berehat .

Oleh itu, kami mohon agar semua pihak memahami situasi Nadiya dan menghormati privasi beliau sekeluarga buat masa sekarang kerana sebarang berita yg diterbitkan berkenaan apa yang telah berlaku pasti akan mengguris hati beliau. Beliau meminta jasa baik semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.  Terima kasih.

Kehilangan anak yang dikandung didalam perut bukanlah satu perkara yang mudah dilupakan begitu sahaja. Kami harap Nadiya Nisaa bersabar dan kekal tabah.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | August 3rd, 2016

Sufi AF 2015 sebelum ini dikatakan berbalah dengan ibunya sehingga digelar anak derhaka oleh wanita yang bernama Irma Suriana Mahamud.

Berita berkenaan menjadi perbualan hangat semalam apabila luahan rasa tidak puas  hati Irma terhadap Sufi yang dimuat naik oleh beliau di Facebook tersebar di Internet.

Enggan orang ramai terus berspekulasi, Sufi telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Menurut Sufi setiap keluarga mempunyai masalah mereka tersendiri dan apa yang berlaku cuma satu salah faham.

Setiap keluarga ada masalah tersendiri dan setiap ibu juga ada karakter masing-masing. Benar ibu saya suka marah-marah dan pastinya mereka yang tidak mengenali ibu saya, apabila membaca status yang dimuat naiknya itu akan mengundang salah faham.

Tambahan pula saya sebagai artis orang kenal dan mulalah kaitkan saya dengan ayahlah, ibulah. Saya akui saya dan ibu memang ada perselisihan faham sebelum ini namun kami sudah selesaikannya..

Ibu seorang yang suka berkongsi dan meluah kata-kata di laman Facebook, baginya laman sosial itu sangat penting. Jadi, saya telah berpesan kepadanya agar tidak meluah perasaan menerusi laman sosial lagi. Iyalah, apabila marah memang setiap perbuatan kita tidak sedar dan bila sudah reda baru akan sedar atas apa yang sudah terjadi.  Alhamdulilah ibu telah sedar dan telah memadam status tersebut.

Irma sebenarnya masih cuba untuk memahami kerjaya anaknya itu yang kini jadualnya semakin padat.

Sufi akui mungkin kerana beliau terlalu sibuk, ibunya juga terasa hati.

Sebenarnya ibu saya sedang dalam proses belajar memahami kerjaya saya. Mana tidaknya, dulu selalu bersama ada masa dan bila sudah sibuk malah jarang balik ke rumah, jadi mungkin sebab itu ibu agak terasa. Saya sayang ibu dan begitu juga dengan ibu yang sayang saya.

Nampaknya Sufi pun sudah memberikan penjelasan. Iyalah, kadang-kadang kita tidak sedar yang kita ada melukan hati ibu kita. Kata orang, hati seorang ibu itu sungguh sensitif. Mungkin ada antara mereka tidak meluahkan rasa sakit di dalam hati, sebolehnya cuba untuk menjaga hati wanita yang telah banyak berkorban untuk kita..

Sumber Berita : Media Hiburan

Page 40 of 45« First...102030...3839404142...Last »