Written by Bella | August 3rd, 2015

Pelakon terkenal, Jasmin Hamid meminta peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali dirinya untuk mendoakan kesihatan ibunya yang  kini berada di hospital selepas terkena serangan jantung.

Jasmin menerusi akaun Instagram miliknya semalam telah memuat naik foto beliau bersama ibunya yang kini sedang terlantar di hospital.

As Salam semua. . pada semua saudara mara,sahabat, kenalan dan penyokong-penyokong saya yang saya kasihi dan sayangi. Pagi ini, sekali lagi mama saya kena serangan jantung (Heart attack).. dan di masukkan ke wad.

Mohon pada semua, doakan untuk mama saya agar cepat sembuh dan panjangkan umur mama saya terutama kepada yang mengenali mama saya. Maafkan segala salah silap mama saya dan halalkan makan minum mama saya selama ini, amin. #sad #mother #parents #doa

Tidak dapat dinafikan jelas kelihatan di air muka Jasmin bahawa kesedihan dan kebimbang menyelubungi dirinya sekarang. Tentu rasa sebak melihat insan yang kita sayangi dalam keadaan sebegitu.

Kami di BeautifulNara mendoakan agar Jasmin Hamid tabah dengan dugaan ini dan semoga ibunya dapat kembali pulih. Mari sama-sama kita doakan ya.

Sumber Berita: Murai

Written by Bella | August 3rd, 2015

Siapa yang tidak kenal dengan Lan Pet Pet iaitu salah satu ahli kumpulan lawak popular di Malaysia iaitu Senario.  Meskipun kumpulan tersebut tidak sepopular dahulu, tetapi masih ramai lagi yang mengingati lawak mereka yang bersahaja dan cukup menghiburkan hati kita.

Baru-baru ini, ada seorang wanita menerusi laman Facebooknya telah mendedahkan sifat baik hati Lan Pet Pet yang telah membantu mangsa kemalangan jalan raya. Menurut gadis dengan nama Fairuz Arshad, pelawak tersebut sanggup memberhentikan keretanya di tengah-tengah jalan raya bagi membantu mangsa kemalangan itu.

Memang agak bahaya apabila beliau sanggup menyeberangi jalan dari arah bertentangan untuk melihat sendiri keadaan mangsa. Lan Pet Pet memang cukup terkenal dengan sikapnya yang suka menolong oran ramai.

Memang respect kat bro Lan Pet Pet ini, hati lu memang baik bro. Moga-moga Lan Pet Pet sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Sumber Berita: Facebook Fairuz Arshad

Written by Bella | August 3rd, 2015

Walaupun sudah berpisah, Izreen Azminda dan bekas suami Riza Baharuddin masih lagi mengekalkan hubungan sebagai kawan baik demi anak mereka Adrian Umar, tetapi ia tidak bermakna bahawa mereka akan merujuk semula kerana Izreen lebih selesa menganggap Riza sebagai kawan dan tidak mungkin perasaan cinta itu akan kembali.

Memang kami tidak bermusuh atau menjadikan alasan perceraian itu untuk berenggang. Mungkin ketika awalan perceraian kami terjadi, keadaan masih tegang dan semua itu baharu terjadi, lalu baik saya dan dia masing-masing mempunyai ego tersendiri. Ikutkan dua bulan selepas kami bercerai, kata sepakat sudah diperoleh untuk kami berbaik.

Sebaiknya kami memilih jalan selamat dan positif. Ia untuk kepentingan anak kami juga. Saya sendiri maklumkan kepadanya, bergaduh lama pun tiada guna kerana mahu atau tidak kami perlu berurusan juga kerana nak berjumpa anak. Saya selesa dengan silaturahim ini. Malahan saya tidak bertegas dalam soal anak. Dia boleh jumpa anak bila-bila masa pun.

Baru-baru ini, Izreen juga telah mengadakan majlis hari lahir dan aqiqah anaknya dimana kesemua perbelanjaan untuk majlis tersebut ditanggung sama rata oleh beliau dan bekas suami.

Pernah digosipkan bercinta bersama beberapa aktor baharu, Izreen bagaimanapun menafikan beliau sudah bertemu dengan pengganti bekas suaminya. Buat masa ini, beliau lebih selesa untuk hidup tanpa lelaki.

Sumber Berita: Berita Harian

Sumber Foto: dmuslimphoto

Written by Bella | August 3rd, 2015

Pernah digosipkan bercinta bersama Zizan Razak dan SonaOne, Juliana Evans memberitahu beliau tidak mempunyai hasrat untuk bercinta dengan mana-mana golongan selebriti.

Berdasarkan pengalaman lalu, Juliana tidak mahu perhubungan beliau dihimpit dengan tekanan kerana tidak selesa dengan perhatian yang diterima sekiranya bercinta bersama artis.

Saya kalau boleh tidak mahu bercinta dengan golongan selebriti kerana sedar perhatian yang kami bakal terima akan memberi tekanan kepada hubungan tersebut. Hasrat saya itu juga bukanlah kerana serik kerana kegagalan cinta masa lalu tetapi saya memang ingin mencari lelaki golongan biasa sebagai teman hidup.

Walaubagaimanapun, sekiranya jodoh beliau sudah tertulis bersama artis Juliana tidak akan menolak ketentuan takdir buat dirinya. Sebenarnya, beliau bukanlah seorang yang suka untuk membicarakan soal peribadi kepada umum terutama sekali kisah percintaan beliau.

Ini hanya hasrat dan perancangan saya, tetapi segala-galanya boleh berubah dan jika itu sudah jodoh saya kena terima.

Saya sedar menjadi seorang selebriti ramai yang ingin mengetahui tentang saya termasuk hal-hal berkaitan peribadi. Pun begitu saya tidak begitu selesa kerana bimbang ia menjadi salah faham.

Pada masa yang sama, Juliana juga berharap dapat dipertemukan dengan seorang jejaka yang merendah diri dan dapat menerima beliau seadanya.

Sumber Berita: mStar Online

Page 60 of 63« First...102030...5859606162...Last »