Written by Bella | August 7th, 2015

Siapa sangka pelakon yang cukup hebat sekarang iaitu Beto Kusyairy pernah memulakan kerjaya dalam bidang seni apabila memegang watak sebagai maskot program kanak-kanak kegemaran ramai iaitu Along terbitan KRU Production pada tahun 2000.

Buat Beto itu adalah antara kenangan paling manis dalam hidupnya dan menjelaskan matlamat beliau menceburi bidang hiburan bukan kerana ingin mengejar populariti.

Filem Istanbul Aku Datang melonjakkan nama saya. Apabila terserempak dengan peminat, mereka akan tegur dan ambil gambar. Sebenarnya populariti bukan matlamat saya menceburi bidang lakonan tetapi mahu menyampaikan kisah dan teladan dalam masyarakat.

Bagaimanapun, bila ada yang menghargai, saya bersyukur. Kalau ikutkan peminat kenal saya menerusi kerja pun sudah mencukupi.

Tambah Beto lagi, beliau bukanlah seorang yang sombong jadi peminat tidak perlu untuk merasa teragak-agak untuk mendekati beliau dan  boleh menegurnya  pada bila-bila masa sahaja jika terserempak dengannya.

Sikap rendah diri yang ada pada Beto Kusyairy meskipun beliau disegani ramai membuatkan aktor ini mempunyai karisma tersendiri selain menampilkan kualiti yang agak baik dalam lakonan beliau. Kami yakin satu hari nanti Beto boleh pergi lebih jauh lagi dan teruskan dengan sikap anda sekarang.

Sumber Berita: Harian Metro

Written by Bella | August 7th, 2015

Saling mesra dan sering menghabiskan masa bersama membuatkan ramai yang mengatakan Amar Baharin dan Amyra Rosli ibarat sepasang kekasih yang cukup sesuai dan sweet bersama, apatah lagi, baru-baru ini Amyra berpakaian warna sedondon dengan Amar pada majlis rumah terbuka hero drama Cik Bunga Encik Sombong itu di Brickfields, Kuala Lumpur Ahad lepas.

Namun, Amar dalam satu penjelasan menerusi Harian Metro berkara, perkara itu berlaku hanya secara kebetulan dan mereka tidak pernah berpakat untuk tampil memakai pakaian sedondon.

Amyra memang dijemput hadir ke majlis ini, tapi saya memang tak sangka pula dia juga akan pakai baju warna sama. Sepatutnya saya pakai baju warna lain, tapi pakaian itu dihantar ke dobi dan belum siap.

Kebetulan saya hanya ada pakaian ini dan nak tak nak kenalah pakai juga. Saya dah agak ia pasti akan mengundang cerita lain, tapi apa nak buat lagi. Cuma harapnya orang tak salah anggap pada kami.

Amboi Amar, siap dah fikirkan jawapan untuk menjawab spekulasi ini yee..Hehe.. Tidak mengapalah, mungkin terlalu awal kot untuk mereka membawa hubungan yang terjalin ke fasa yang lebih daripada rakan dibawah satu pengurusan yang sama. Apa-apa pun peminat masih mendoakan yang terbaik buat mereka, kalau ada jodoh nanti siapa yang tahu bukan?

Sumber Berita: Harian Metro

Written by serenity | August 7th, 2015

Pada zaman telefon pintar dan pelan Internet tersedia seperti sekarang, ramai orang mempunyai akses kepada kamera pada bila-bila masa. Tak perlu pula menggunakan filem dan gambar juga tidak perlu dicuci, tetapi boleh dikongsikan dengan orang ramai sehingga menjadi viral.

Anuar Zain, 45, yang diketahui tidak mempunyai akaun media sosial bagaimanapun, mengetahui bahawa ramai peminatnya mencuri ambil gambarnya dan dikongsikan tanpa kebenaran darinya ketika dia sedang melakukan aktiviti hariannya.

Dia memberitahu mStar Online bahawa baginya, perkara ini menceroboh privasi dan mengancam keselamatannya apabila lokasi dia berada pada satu-satu masa didedahkan kepada umum.

Tindakan seperti ini boleh dikatakan tidak beradap kerana jika ada orang yang cuba nak buat khianati, mereka dengan mudah tahu lokasi saya berada.

Kalau nak ambil gambar saya boleh tetapi perlu beritahu dan minta kebenaran. Jangan ambil gambar saya curi-curi dan dedahkan di laman sosial maklumat terperinci seolah-olah anda duduk di sebelah saya.

Perkara ini selalu terjadi dan saya risau kerana kebiasaan saya makan di sesuatu tempat seorang diri, tanpa kawan.

Anuar juga menerangkan dia tidak aktif di laman sosial kerana tidak mahu menjadi mangsa kecaman ‘pejuang kekunci’ (keyboard warriors).

Tidak aktif di media sosial tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan dunia semasa. Bagi saya “up to date” bukan hanya di teknologi terkini tetapi juga daripada sudut pemikiran terhadap isu semasa.

Biarlah saya tiada laman sosial dan mereka kurang sedikit dosa untuk mengutuk atau bercakap buruk tentang artis.

Kata Anuar, dia juga tidak pernah membaca dan mengambil tahu tentang pandangan buruk segelintir pihak terhadapnya di laman-laman sosial.

Tambahnya, perkara-perkara tersebut hanya mengundang pengaruh negatif yang seterusnya boleh melemahkan moral individu yang membacanya.

Mereka yang selalu beri kritikan di media sosial ini pengecut. Bagi saya mereka mempunyai masalah dalam diri sendiri dan keluarga mereka.

Jadi mereka akan cari kesalahan orang lain untuk menutup apa yang berlaku terhadap diri mereka sendiri.

Satu kenyataan yang berani oleh Anuar Zain, namun pada pendapat kami, apa yang diperkatakan oleh Anuar itu ada kebenarannya. Atas sebab itu, dia lebih suka jika tidak aktif di media sosial dan fokus pada kerjayanya saja. Bagus juga, ya tak? Kadang-kadang bila selebriti overshare gambar di media sosial, jadi pula kontroversi.

Heyya!!!! Now we're officially on instagram,,,,so le'ts check it out!!!!!#mymask2015 #mimaf2015 #mask #senibudaya #kakiseniFollow us on instagram mimaf2015

Posted by Malaysia International Mask Festival on Wednesday, 5 August 2015

Written by serenity | August 7th, 2015

Masih ingat dengan entri BN tentang komen yang mengatakan Noor Dayana Lokman, 28, isteri kepada Ashraf Muslim sudah hamil? Melalui portal Murai, Ashraf telah mengesahkan bahawa isteri pertamanya itu telah empat bulan mengandung anak pertama mereka.
dayana ashraf muslim hamil

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini.

Ashraf memberitahu dia tidak mengesahkan mengenai kehamilan Dayana di peringkat awal kerana sebab tertentu.

Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya. Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil.

Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka.

ashraf muslim
Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah. 

Anak pertama Ashraf dengan Wan Sakinah, Sarah Ashraf telah berusia satu tahun.

Apa pun tahniah diucapkan buat mereka bertiga. Makin meriah keluarga ini nanti dengan pertambahan dua ahli baru. Semoga segalanya dipermudahkan sehingga tiba waktu kelahiran.

More activities More fun, lets join us #KLLGF2015

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 6 August 2015