Written by serenity | August 18th, 2015

Selebriti Abby Abadi telah melangsungkan pernikahan dengan wartawan akhbar Harakah, Muhammad Faizal Zakaria atau Jai Ezzany Jumaat lepas. Pasangan ini juga telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka pada 16 Ogos iaitu Ahad lepas di kediaman keluarga Abby.


 photo 11875400_403720553172523_335530095_n.jpg

Majlis ini berlangsung meriah dan turut dihadiri bekas suami Abby iaitu aktor Norman Hakim, isterinya Memey Suhaiza, serta ahli kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin, Linda Rafar dan Azza.

Tak ketinggalan memeriahkan majlis ialah tiga anak Abby dan Norman iaitu Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Lagi 42 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Umaima Perak.

 
Written by Bella | August 18th, 2015

Pelakon lelaki baharu yang mempunyai badan sasa dan pernah di gosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama aktres Izreen Azminda iaitu Nazrief Nazri  telah dikritik oleh ramai pihak apabila tampil memperagakan pakaian dalam lelaki.

Sedar akan perkara tersebut yang semakin hangat apabila foto-foto beliau memakai seluar dalam tersebar di Internet, Nazrief mengakui ia satu tindakan yang salah dan menjelaskan pada waktu itu beliau terpaksa menuruti pemintaan penganjur kerana enggan menjejaskan acara peragaan fesyen yang sedang berlangsung.

Sejujurnya, saya mengakui bahawa gambar tersebut adalah gambar saya sekitar tiga tahun lalu sebelum menceburkan diri dalam bidang seni. Saya menaiki bas dari Lumut ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menerima tawaran itu dan setibanya di lokasi, saya sangat terkejut apabila pihak pengurusan acara mahu saya menggayakan koleksi pakaian dalam lelaki.

Dalam waktu sama, saya tidak mahu merosakkan majlis itu dan bertekad ini adalah acara pertama dan terakhir yang saya lakukan.

Nazrief turut memberitahu beliau terlalu mentah ketika membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut dan tidak pernah memikirkan kesan masa panjang terhadap kariernya yang baru sahaja ingin bermula.

Saya akui ketika itu masih mentah dan tidak tahu selok belok dalam industri sehingga menuruti sahaja permintaan mereka biarpun berasa sangat tidak berpuas hati.

Ia juga peringatan kepada bakat-bakat baru yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni supaya meneliti sebarang tawaran di mana tidak bercanggah dengan sensitiviti orang Timur dan masyarakat di Malaysia serta agama Islam khususnya.

Baru sahaja ingin menapak dalam dunia hiburan timbul pula foto-foto panas beliau tetapi kita tidak boleh menghukum Nazrief Nazri atas kesilapan lalunya siapa yang tidak pernah ada kisah silam yang buruk bukan? Berilah beliau sedikit peluang untuk membuktikan bakat beliau yang ada.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | August 18th, 2015

Melangkah sahaja ke dunia lakonan dan membintangi pelbagai drama bukanlah satu jaminan bahawa seseorang artis itu akan terus mendapat tawaran lakonan tanpa henti. Malah, tidak menjadi pelik jika ada yang tidak berlakon sehingga berbulan bahkan bertahun lamanya kerana tidak menerima sebarang tawaran.

Walaupun sudah banyak drama beliau berlakon, Aishah Ilias mengakui nama beliau masih belum begitu terkenal ataupun kukuh didalam dunia lakonan. Lakonan terakhir beliau adalah ketika berlakon didalam drama Dalam Pelukan Ramadhan terbitan Zeel Production yang sudah disiarkan di Astro Ria bulan lalu.

Menyedari bintang beliau tidak begitu menyerlah meskipun sudah lima tahun bergelar anak seni, Aishah memberitahu beliau ada terfikir untuk mempunyai kerja tetap dan berminat untuk menceburi bidang penerbangan pula sebagai seorang pramugari.

Saya ada ke sesi temu duga menjadi pramugari untuk sebuah syarikat penerbangan. Kalau dapat dan tengok rezeki macam mana, saya akan ikut. Saya sendiri sering tertanya-tanya apa nasib saya dalam dunia lakonan. Sudah berlakon banyak tetapi macam orang tak sedar.

Saya pun jenis yang jarang ke acara hiburan atau fesyen sekali gus pendedahan saya amat kurang. Ikutkan saya memang minat jadi pramugari. Kalau dapat dan diterima bekerja, mungkin saya terpaksa korbankan kerjaya lakonan.

Tapi semua itu perancangan. Saya akur dengan apa saja suratan tertulis nanti. Ikutkan sudah lama saya meminati kerjaya pramugari ini. Malah, sejak awal berlakon lagi, saya memang minat nak cuba nasib jadi pramugari tetapi ketika itu saya memakai pendakap gigi dan terpaksa melupakan hasrat itu.

Pada pendapat kami, mungkin belum ada karya yang betul-betul  sesuai serta menguji kemampuan Aishah Ilias dalam lakonan tetapi kalau beliau sendiri sudah boleh melihat tiada masa hadapan dalam bidang seni, lebih baik untuk berhenti dan fokus untuk mencari pekerjaan yang lebih terjamin. Sampai bila nak tunggu orang bagi job bukan?

Sumber Berita: Berita Harian

Written by Bella | August 18th, 2015

Pelawak Rahim Sepahtu telah didakwa memukul isterinya Norazlin Abdullah selepas berlaku sedikit salah faham di antara mereka.  Rahim dikatakan telah memukul isterinya itu dimuka dan menedang belakang badan beliau serta di bahagian punggung.

Menghangatkan lagi berita tersebut, Norazlin mengakui beliau ada membuat laporan polis di Balai Sri Muda Shah Alam meskipun enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan dan sebuah foto laporan tersebut turut tersebar di Internet.

Berdasarkan laporan itu, si pengadu memberitahu dirinya dipukul apabila suaminya tidak berpuas hati kerana isterinya keluar rumah tanpa pengetahuan serta kebenaran beliau.

Walaubagaimanapun,menerusi portal mStar Online Rahim telah  menafikan beliau memukul isterinya dan mempercayai ada pihak yang cuba meruntuhkan rumah tangga beliau sehingga menyebarkan laporan polis palsu mengenainya.

Macam mana tak risau, dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, orang boleh hancurkan rumah tangga sesiapa sahaja dengan sekelip mata. Sudahlah kami mempunyai empat orang anak.

Saya syak, individu yang menyebarkan laporan polis palsu itu adalah orang yang sama menyebarkan maklumat palsu ‘kematian’ saya sebelum ini.

Tidak mempunyai sebarang masalah dengan isterinya, Rahim kini mengambil langkah berjaga-jaga agar tiada pihak yang menyebarkan fitnah mengenai dirinya. Malah,beliau juga menasihati Norazlin agar tidak percaya apa yang dituliskan didalam laporan polis tersebut.

Saya percaya akan timbul cerita lain tentang saya pada masa akan datang. Jadi saya akan lebih berhati-hati dan menasihati isteri termasuk juga anak-anak agar tidak mudah percaya dengan laporan yang dikeluarkan. Mana tahu masih ada lagi yang tidak senang dengan kebahagiaan kami.

Zaman serba canggih ini memang banyak orang boleh menghasilkan sesuatu yang palsu, tetapi apa pula kes si isteri mengaku buat laporan di balai polis tu?  Ini yang membuatkan ramai pihak berteka-teki. Kalau dijelaskan kepada umum kan lebih senang.

Sumber Berita: mStar Online