Written by serenity | June 25th, 2015

Pelakon pengacara dan pelawak Harith Iskander mendedahkan beliau akan membuat laporan polis berhubung penemuannya tentang gambar anaknya yang berusia tiga tahun telah dimuat naik oleh pihak bertanggungjawab di sebuah laman pornografi berbahasa melayu.

Menurut Astro Awani, Harith mendapat tahu mengenai perkara itu melalui notifikasi Google Alert dan dia merasa jijik dengan perbuatan itu:

Hati siapa yang tidak retak apabila melihat gambar anak sendiri disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.”

Menerusi notifikasi emel tersebut, ada artikel bertajuk macam ‘Gambar terbaru anak Harith Iskander’.

Saya tidak dapat lihat laman web berkenaan menerusi telefon pintar jadi saya menggunakan komputer riba untuk melihat laman web berkenaan.

Ternyata ia merupakan laman lucah oleh kerana ia mempunyai beberapa perkataan seperti ‘porn’ dan ‘seks’. Laman web itu juga dalam Bahasa Malaysia.

Memang ada gambar saya mendukung anak lelaki saya. Di sebelah gambar bayi itu adalah gambar wanita bogel.

Google Alert brought to my attention the fact that pictures of my son (and of me cradling my son) as well as numerous…

Posted by HARITH ISKANDER on Wednesday, 24 June 2015

Harith mendakwa tidak tahu apa niat mereka untuk membuatnya, sama ada mereka mahu menggunakan namanya untuk meningkatkan ‘pageviews’ atau ia mungkin ada unsur pedofilia. Tambahnya, isterinya juga jijik dan meluat dengan laman web berkenaan.

Mungkinkah selebriti perlu mengurangkan aktiviti memuat naik gambar anak ke laman sosial untuk mengelak ia disalahguna oleh pihak tertentu?

Semua orang mahu memuat naik gambar keluarga mereka, dan mereka mahu kongsi kegembiraan keluarga mereka.

Saya tidak rasa takut setakat ini kerana kalau laman web itu diturunkan, orang lain boleh membuat laman web yang lain. Ada sahaja orang yang sakit di luar sana.

Dalam era media sosial kini, bukan saja selebriti, malah orang awam juga gemar memuat naik gambar anak-anak ke Internet. Tiada cara spesifik untuk mengelakkan ia disalah gunakan oleh mereka yang berniat jahat. Diharap pihak berkuasa akan bertindak menyekat akses ke laman pornografi tersebut dengan segera.

Written by Bella | June 24th, 2015

Kami pasti hampir 99.99 peratus artis di Malaysia kini mempunyai pelbagai akaun media sosial. Melalui media sosial mereka boleh berkomunikasi dengan peminat, mempromosikan diri ataupun menjana pendapatan sampingan.

Namun, buat penyanyi Syafinaz Selamat beliau sama sekali tidak ingin membuka sebarang akaun media sosial kerana tidak mempunyai masa selain menyedari bahawa pelbagai komen negatif yang bersifat keanak-anakan dilemparkan oleh masyarakat kepada sesetengah artis.

Selain itu, Syafinaz menyifatkan teguran yang dilakukan kepada seseorang menerusi komen di Instagram boleh membuka aib individu terbabit dengan cara yang amat memalukan.

Memang saya tidak berminat untuk membuka akaun media sosial kerana saya tiada masa untuk melayan pelbagai kerenah dan ragam di sosial media. Kebanyakan komen negatif yang diberikan begitu keanak-anakan. Saya tak nafikan media sosial ini mempunyai kebaikan dan keburukan sendiri. Model dan pelakon, Amber Chia, sering menggesa saya untuk membuat akaun Instagram.

Tidak dapat dinafikan melalui akaun media sosial sahaja mereka boleh jana pendapatan ribuan ringgit dengan memberi review sesuatu produk tetapi etiap perkara mempunyai implikasinya tersendiri dan apabila seorang artis membuka sebarang akaun media sosial, mereka harus menyiapkan diri untuk menerima penghinaan, cacian serta spekulasi daripada pengikut mereka.
Sumber Berita: Berita Harian

Written by Bella | June 24th, 2015

Baru-baru ini,  Pengerusi Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) Datuk Noh Gadut berkata perbuatan menangkap foto sendiri (selfie) menggunakan selepas solat ataupun solat Tarawih di masjid dan memuat naik ke media sosial dengan niat untuk menunjuk-nunjuk ataupun riak disifatkan boleh menghapus pahala ibadah seseorang.

Kenyataan Noh Gadut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah artis Johan As’ari yang kini sedang mendalami ilmu agama di negara India. Johan dalam foto terbaru beliau di Instagram mempersoalkan selain merasa pelik kenapa perbuatan selfie mampu menghapuskan pahala seseorang.

Walaubagaimanapun, Johan sama sekali tidak memberikan komen negatif terhadap Noh Gadut dan menganggap kenyataan itu dikeluarkan sebagai salah satu nasihat untuk tidak  timbul perasaan riak dalam diri seseorang.

Pelik Pulak ana bila tak boleh selfie selepas beribadah kata seorang alim di Malaysia..hurm.. di sini yang ana post tu rata-rata mereka yang ajak selfie.. mungkin dia beri nasihat takut timbul riak atau dia belum faham apa itu hablumminannas… tak apa lah.. kita husnuzon… oh, btw this is Siraj my pal from New Zealand. keep smiling brothers and sisters. . .perkara riak ALLAH s.w.t. boleh maafkan lagi, jangan sombong sudah… setuju?

Pandangan dan cara seseorang dalam menyampai sesuatu mesej itu amat berbeza.  Selfie itu tidak salah tapi ia bergantung pada niat seseorang. Iyalah, ada sahaja segelintir manusia sekarang suka menunjuk-nunjuk, lepas solat Tarawih siap selfie dan hashtag #27kaligandapahala kan?

Written by serenity | June 24th, 2015

Kalau sebelum ini, penyanyi Adira bertunang senyap-senyap dengan kekasihnya pada Disember tahun lepas dan pertunangan mereka hanya didedahkan pada umum beberapa bulan selepas itu, khabar angin bertiup kencang bahawa kini mereka sudah putus tunang.

Dia telah mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Shahrul Nasrun Kamarudin, 29, dalam majlis yang dilangsungkan pada 22 Disember 2014 di Kundasang, Sabah. Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga Adira serta Shahrul.

Menurut Aida yang menulis di Utusan, sudah ramai yang mengatakan sebegitu walaupun mereka juga mendengar khabar angin dari orang lain. Oleh sebab itu, dia telah menghubungi sendiri penyanyi Adira untuk mendapatkan kepastian.

Namun begitu, penyanyi itu lebih selesa mendiamkan diri dan enggan memberikan komen tentang perkara itu. Adira ketika dihubungi juga seolah-olah sedang sibuk menguruskan sesuatu.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 24, telah menetapkan tarikh pernikahannya pada September depan.

Diharapkan hubungan Adira dengan Shahrul yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M) ini sebenarnya tidak bermasalah dan perkara ini sememangnya hanya khabar angin sahaja. Ramai mendoakan penyatuan mereka berdua berikutan masing-masing pernah dilihat serasi bersama.

Man is least himself when he talks in his own person. Give him a mask, and he will tell you the truth – Oscar Wilde

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 22 June 2015