Written by AbangNara | September 24th, 2014

Diam tak diam, sudah hampir masanya untuk Rozita Che Wan dan Zain Saidin menimang cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup mereka. Pantas sungguh masa berlalu. Abang Nara dapat rasakan keterujaan mereka lebih-lebih lagi selepas menatap gambar majlis ‘baby shower’ yang telah dianjurkan oleh Che Ta dan Zain. Meriah sangat-sangat.

baby shower

Kalau tak silap Abang Nara, bayi dalam kandungan Che Ta ialah ‘baby girl’. Seronoklah menghias dan membeli baju untuk si comel itu kelak. ‘Baby girl’ nie banyak baju cantik-cantik dan banyak pilihan. Apa pun, pasti Che Ta rasa terharu dengan majlis ‘baby shower’nya yang turut dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan rapat seperti Dafi, Ayu Raudhah, Man Kajang dan ramai lagi.

baby shower

Semoga segalanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Lagi gambar sekitar majlis ‘baby shower’ Che Ta dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar SysImage.

 
Written by AbangNara | September 24th, 2014

Satu ketika dahulu, Sharnaaz Ahmad turut sama pernah dilanda kontroversi dengan para wartawan. Namun sikapnya yang tidak ego, pandai merendah diri dan sudi berbincang menyebabkan kontroversi itu tidak berpanjangan. Sekarang ini, Sharnaaz Ahmad boleh dikatakan salah satu pelakon pujaan dan popular Malaysia. Melihat apa yang telah terjadi kepada bekas kekasihnya Sharnaaz memberikan sedikit kata-kata nasihat buat Shila Amzah.
sharnaazKata Sharnaaz:-

Dulu saya sendiri pernah dihentam pihak media dan saya terima kerana kita saling memerlukan dan sekiranya berlaku sebarang masalah kita sepatutnya bincang elok-elok supaya dapat mengelakkan masalah lebih besar berlaku.

Saya juga pernah melakukan kesilapan dan tidak ada salahnya untuk merendahkan ego dan mengaku kesilapan sendiri bagi menjernihkan suasana yang keruh.

Sebelum Shila ke China, media-media Melayu yang banyak membantu kerjayanya. Jadi, dia kenalah berusaha untuk menjernihkan keadaan.

shila amzah

Semoga nasihat penuh makna dari Sharnaaz ini sedikit sebanyak akan membuka hati Shila Amzah untuk menjernihkan keadaan dengan para media. Sama-samalah kita nantikan penjelasan ND Lala mengenai kontroversi anaknya dalam sidang media yang akan berlangsung sebentar lagi. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | September 24th, 2014

Abang Nara tak tahu sangat mengenai tudung. Di mata Abang Nara semua nampak sama. Namun kalau tanya pada wife, mesti dia boleh bezakan. Yang ini kain keras, yang ini tak sesuai dengan muka bulat, yang ini mahal sebab kain berkualiti dan sebagainya. Industri tudung ini memang juta-juta punya business. Sebab itulah kita tengok banyak artis yang turut sama mempunyai jenama tudung mereka.

neelofa

Salah seorang daripada mereka ialah Neelofa yang telah tampil dengan tudung jenama ‘Naelofar Hijab’. Wife Abang Nara kata rekaan Naelofar ‘simple’ dan menarik. Tak susah nak digayakan. Menariknya hari ini kecoh di laman sosial apabila pemilik Sastrahijabs tampil mendakwa yang Neelofa telah meniru rekaan tudungnya. Hmmmm.

neelofa

Secara jujur Abang Nara selaku seorang lelaki tak nampak di mana persamaan tudung Sastrahijabs dan Naelofar Hijab. Orang lelaki bukan ambil kisah pun. Kalau nak belikan untuk isteri pun kitoarang hanya fikirkan harga je. Mahal sangat jangan beli. Menariknya pemiliknya Sastrahijabs mendakwa dirinya telah di’block’ selepas membuat teguran mengenai peniruan ini.

neelofa

Sukar juga nak cakap bab tiru meniru ini lebih-lebih lagi kalau tak ada copyright. Sebab itu tudung Fareeda satu ketika dahulu siap keluarkan mengenai ‘patern’ tudung mereka. Kalau tiru memang boleh disaman. Bab Naelofar dan Sastrahijabs ini susah sikit nak cakap. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Neelofa berkaitan hal ini. Terima kasih Masz Lynna untuk informasi ini.

P.S: Pengguna Android? Muat turun applikasi BeautifulNara sekarang juga. Lebih mudah untuk membaca.

Written by AbangNara | September 24th, 2014

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengarah, Profesor A. Razak Mohaideen di atas penganugerahan pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Pengurniaan ini telah disampaikan sempena sambutan ulang tahun ke-76 Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahamn Bin Haji Abbas pada 22 September lalu.
prof razakProf Razak yang merupakan Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) di UiTM Puncak Perdana juga merupakan seorang perunding skrip dan penulis di Malaysia.

Sepanjang tempoh penglibatannya di dalam dunia seni, Prof Razak telah mengarahkan lebih daripada 20 buah filem.

Antara filem yang diarahkan ialah ‘Anak Mami’, ‘Mami Jarum’, ‘Duyung’, ‘Sifu & Tongga’, ‘Cinta Kolestrol’ dan banyak lagi.
prof razakUntuk rekod, pada tahun 2011, Prof Razak telah dianugerahkan Anugerah Akademik Negara (Kreatif) dan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana menjadi pengarah dari kalangan ahli akademik. Tahniah diucapkan. Sumber Media Hiburan.

Page 9 of 38« First...7891011...2030...Last »