Written by AbangNara | September 4th, 2014

Nama Zul Ariffin memang mencanak-canak naik popularitinya selepas membintangi drama Rindu Awak 200% baru-baru ini. Abang Nara agak misteri juga mengapa Zul Ariffin agak lambat menjadi popular. Muka pun kacak, badan tough, bujang, senyuman manis dan yang pasti, lakonannya mencairkan hati para gadis. Mungkin sebelum ini tidak ada drama yang benar-benar menyerlahkan bakat Zul Ariffin. Apa pun, biar lambat asalkan popular jugak. Tak gitu?

zul ariffin

Walaupun drama Rindu Awak 200% telah tamat, namun nama Zul Ariffin masih menjadi bualan ramai terutama di kalangan gadis-gadis. Terbaru, sekeping gambar kakinya yang amat ‘sado’ telah menjadi topik hangat di Instagram. Ramai gadis-gadis yang melahirkan rasa ‘geram’ mereka dengan ke’tough’an kaki pelakon ini. Abang Nara yang lelaki nie pun rasa jeles. Itu baru kaki. Belum lengan, dada dan sebagainya.

zul ariffin

Ramai gadis-gadis yang memberi komen ‘tidak boleh tidur malam‘, ‘amboi sadonya‘ dan ‘i want to make him mine‘ apabila melihat ke’sado’an kaki Zul Ariffin. Dasyat sungguh penangan lelaki kacak ini. Abang Nara gelak-gelak je baca komen yang diberikan. Kelakar jugak peminat-peminat Zul Ariffin nie.

zul ariffinzul ariffin

Gadis-gadis tak apalah nak nakal-nakal sikit macam ini. Kalau anda seorang mak dan isteri, diharap anda mengawal perasaan nakal anda itu. Hehehe. Apa pun semoga populariti Zul Ariffin tidak akan jatuh selepas tamatnya drama Rindu Awak 200%. Kenalah terus berlakon dalam drama yang best-best. Kekalkan momentum yang sedia ada. Tak gitu? Lagi beberapa gambar si kacak Zul Ariffin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

sherry alhadadP.S: Akhirnya rahsia kecantikan wanita Korea terbongkar jua. Diimport dari bandar Gangnam, produk kecantikan Desert Oasis daripada Sonata World ini adalah halal, 100% semulajadi dan bebas daripada alkohol serta bahan kimia. Kini kulit wajah anda juga boleh jadi semulus pelakon-pelakon Korea di kaca TV. Layari www.sonataworld.com atau SMS/Whatsapp Encik Rustam di 0123206127/0165078325 untuk informasi lanjut.

 
Written by AbangNara | September 4th, 2014

Tak habis-habis lagi ‘pergaduhan’ di antara MIG/David Teo dengan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini. Semuanya bermula apabila Wawa Zainal melanggar kontrak dan berkahwin dengan Aeril Zafrel tanpa pengetahuan pihak pengurusan MIG. Apabila diminta penjelasan mengapa menyorokkan perkahwinan mereka, Aeril dan Wawa menyatakan takut dimarahi oleh pihak pengurusan MIG kerana berkahwin ketika kontrak masih ada. Terbaru, isu ‘kehilangan’ kereta Suzuki Swift yang bermula Julai lalu kembali hangat diperkatakan.

kereta wawa zainal

Kereta ini dibeli oleh Wawa Zainal menggunakan wang simpanan hasil lakonan namun ia didaftarkan atas nama syarikat MIG kerana Wawa tidak mencukup syarat-syarat pembelian kereta. Laporan polis telah dilakukan atas kehilangan kereta ini dan menerusi satu rakaman audio yang tersebar, pihak MIG telah meminta agar laporan polis itu ditarik balik. Namun penarikan balik tidak dapat dilakukan kerana kes ini kini dalam siasatan. Menariknya, suami Wawa Zainal tidak mahukan kereta tersebut kembali tetapi hanya ingin mendapatkan dokumen dan pakaian mereka yang berada di dalam kereta tersebut seperti yang ditulis menerusi akaun Instagramnya.

kereta wawa zainal

Pening juga kepala dibuatnya kan? Rasanya masalah ini boleh diselesai secara baik sekiranya kesemua pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk bersemuka. Tak perlu nak gaduh-gaduh lagi. Orang pun dah lupa apa yang terjadi. Semua pun dah gembira melihat kebahagiaan Aeril dan Wawa bersama anak comel mereka. Sebagai langkah pertama, mungkin pihak MIG boleh pulangkan kembali dokumen-dokumen penting milik Aeril dan Wawa. Takut-takut mereka perlukan dokumen tersebut untuk buat sesuatu yang wajib seperti passport ke, kad pengenalan baru atau ambil sijil kahwin.

kereta wawa zainal

Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan secara profesional dan secepat mungkin. Dah berpanjangan lama sangat dah kemelut antara kedua-dua pihak ini. Lagi beberapa gambar keluarga bahagia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 4th, 2014

Gemuk adalah satu perkataan taboo dan sangat sensitif untuk wanita. Kalau wanita yang dah berkahwin gemuk tak apalah juga. Ia gemuk bermaruah bak kata isteri Abang Nara. Hehehe. Namun kalau masih bujang dan dipanggil gemuk oleh orang yang tidak dikenali di laman sosial seperti yang dialami oleh Sherry Alhadad, memang pedih jiwa raga dibuatnya. Pasti makan dalam punya.

sherry alhadad

Pengacara baru Melodi ini diejek gemuk oleh penonton rancangan tersebut baru-baru ini. Biasalah semua manusia lebih gemar melihat selebriti yang kurus berbanding yang bersaiz besar. Ia seperti sudah menjadi norma masyarakat. Yang gemuk memang kurang disenangi dan kurang popular. Namun Abang Nara respek kepada Sherry kerana tidak menjadikan ejekan tersebut sebagai pematah semangatnya. Kata Sherry:-

Ini bukan kali pertama perkara ia berlaku, cuma saya tidak mahu mereka menghina kami di laman sosial kerana ia memberi kesan kepada wanita berbadan besar lain menyebabkan mereka kurang keyakinan diri.

Saya tidak patah semangat dengan ejekan seperti itu sebaliknya saya lebih bersemangat untuk menunjukkan bakat yang saya ada membantu saya untuk berada dalam industri ini.

Saya selesa dengan keadaan saya sekarang selagi ia tidak menjejaskan kesihatan, kalau saya mahu kurus sekalipun ia kerana nasihat doktor atau kerana masalah kesihatan dan bukan kerana ingin nampak cantik atas desakan masyarakat.

Pada saya cantik atau buruk itu sesuatu yang subjektif dan berbeza-beza di mata orang dan saya anggap apa yang saya ada ini satu kelebihan.

sherry alhadad

Buat wanita-wanita bersaiz besar di luar sana, mungkin kata-kata hikmah daripada Sherry Alhadad di bawah ini boleh dijadikan motivasi untuk anda berjaya dalam hidup. Jangan jadikan kegemukan penghalang untuk anda mencipta kejayaan. Kata Sherry lagi:-

Hidup ini indah kalau semua orang menilai orang lain bukan hanya pada luaran semata-mata. Ramai orang yang serba kekurangan tetapi mempunyai bakat besar tetapi malu untuk tampil kerana takut dihina masyarakat.

Pada saya biarlah dia orang ingin cakap apa sekalipun, kerana suatu hari nanti mereka akan berhenti. Lihat sahaja artis-artis lain yang sudah ada nama seperti Adibah Noor dan Afdlin Shauki, mereka sudah berada pada tahap mereka sendiri

sherry alhadad

Hanya satu cara sahaja untuk membuktikan ejekan tersebut tidak mematahkan semangat Sherry Alhadad. Sherry perlu tunjukkan peningkatan yang memberangsangkan ketika mengacara Melodi. Buat program itu lebih menarik berbanding dahulu. Jadikan penonton melekat di kaca televisyen kerana anda. Hanya dengan cara tersebut barulah saiz badan anda tidak akan menjadi bahan ejekan lagi.

P.S: Okay mana nak beli botol air yang rata nie? Senang sikit nak simpan dalam beg

Written by AbangNara | September 3rd, 2014

Shaheizy Sam adalah seorang lelaki yang amat misteri dalam bab percintaan. Memiliki segala-galanya (wajah kacak, lakonan mantap dan sikap yang baik), sehingga ke hari ini tidak pernah kedengaran kisah percintaan Shaheizy Sam dan mana-mana gadis di luar sana. Peminat setia Shaheizy Sam mungkin mengetahui yang pelakon ini pernah bercinta dengan Puteri Najuwa yang pernah popular menerusi drama Dari KL Ke Queenstown.

shaheizy sam dan puteri najuwa

Namun sayangnya percintaan Shaheizy Sam dan Puteri Najuwa telah putus di tengah jalan dan sehingga ke hari ini apabila ditanya mengenai kewujudan kekasih baru, Shaheizy Sam sentiasa berkata yang dirinya ‘single’. Menariknya menerusi portal Murai baru-baru ini, dikatakan yang Shaheizy Sam telah menjalin semula hubungan cinta dengan Puteri Najuwa. Adakah cinta berputik kembali antara mereka?

Yang menarik perhatian Murai Batu pula bila dah stalk Instagram kan, terjumpa pula akaun Instagram bekas kekasih Sam, Putri Najwa yang sama berlakon dalam Dari KL Ke Queenstown tidak lama dulu.

Hmmm bukankah Sam asyik berkata dia single dan solo? Atau sebenarnya dia hanya bermain wayang atau apa sebenarnya? Iyalah, entri yang dimuatnaik Wawa itu turut disokong dengan komen yang melabelkan individu yang bakal menyambut hari lahir tidak lama lagi itu adalah Sam.

Murai Batu bukanlah apa, kalau bercinta semula pun kenapa tak mahu kongsi sahaja perasaan itu dengan semua. Mesti ramai yang doakan anda berdua, si Putri Najuwa atau Wawa itu pun cantik paras rupa.

Di Instagram milik Wawa itu juga ada terdapat dua foto yang menampilkan seorang lelaki berpegang tangan dengan wanita yang difahamkan adalah Wawa. Timbul persoalan adakah itu Sam? Bagaimana pula dengan foto jari jemari bersentuhan itu? Ooopsss!

shaheizy sam dan puteri najuwa

Rasanya kalau Shaheizy Sam dan Puteri Najuwa benar-benar bercinta kembali, sudah pasti ia akan mendapat restu bukan sahaja daripada para peminat, malah keluarga kedua-dua belah pihak. Hubungan antara Puteri Najuwa dan ibu Shaheizy Sam pun nampak sangat mesra.  Tengok gaya macam dah dapat restu. Hehehe. Apa pun, molek benarlah kalau Shaheizy Sam dah ada kekasih. Umur pun dah sesuai sangat untuk berkahwin. Tak gitu? Sama-samalah kita doakan pelakon kesayangan ramai ini agar bertemu jodoh secepat mungkin. Amin.

P.S: BMW X4 yang pasti membuatkan air liuh anda meleleh