Written by AbangNara | July 19th, 2011

Memang hebat. Di manakah kelima-lima finalist pertandingan Dentyne Terrar-Oke ini menyorok selama ini? Secara jujur, mereka berlima nampak lebih berbakat dan ada star quality berbanding dengan artis-artis rancangan reality yang ada sekarang ini. Thumbs up kepada Dentyne sebab mengadakan projek sebegini rupa untuk membongkar bakat nyanyian rakyat Malaysia.

dentyne terrar oke

Eleh Abang Nara nie mesti propa lebih. Tak percayalah diorang nie hebat sangat. Apa buktinya?

Sampai hati anda cakap Abang Nara propa. Meh sini Abang Nara tunjukkan bukti video yang diorang buat untuk challenge minggu lepas. Tema challenge ini ialah tunjukkan penghargaan kepada peminat-peminat yang telah mengundi mereka di Facebook Dentyne Terrar-Oke. Sila kagum dengan kemantapan suara, kekreatifan mereka dan confidence level yang sangat tinggi daripada 5 finalist ini:-

1. Shazz Rin

2. Keana Reinu

3.Megat Zahrin

4. Soong Mei Lin

5. Nyna

Ha ~~~~~~ Sila tutup mulut anda yang ternganga akibat kagum dengan mutu persembahan mereka berlima. Sekarang ini mesti korang dah jadi fans diorang kan? Mesti tak sabar nak tengok persembahan mereka yang seterusnya kan? Mungkin ada antara korang yang akan berkata begini:-

Bang Nara. Megat tue handsome ah. Leh saya berkenalan ngan dia? Dah terpikat ngan suara dia yang mantap tue

dentyne terrar oke

Cis korang nie memang mata keranjang. Nombor telefon Megat memang Abang Nara tak tahu. Tapi kalau korang nak mengikuti perkembangan Megat dan yang lain, anda boleh lakukannya di Facebook Dentyne Terrar-Oke. Mereka akan update kesemua video, reaksi peminat dan macam-macam lagilah kat sana.

Dan yang paling penting, inilah peluang terakhir anda untuk memenangi percutian 3 hari 2 malam di Hard Rock Café, Pulau Pinang. Mudah sangat caranya. Anda cuma perlu teka siapakah antara kelima-lima finalist ini yang paling tak TERRAR sehinggalah yang paling TERRAR. 2 peneka yang meneka dengan tepat dan cepat akan menang hadiah awesome ini. Easy like ABC kan?.

dentyne terrar oke

Dan Abang Nara sangat berterima kasih kepada pihak Dentyne kerana menjemput Abang Nara untuk menjadi juri jemputan bersama-sama Afdlin Shauki dan Juliana Evans. Akhirnya tercapai jugak cita-cita diri ini untuk mengkritik orang di dalam kamera. Sebelum tengok video di bawah, sila teka siapakah yang Abang Nara rasa akan memenangi contest Dentyne Terra-Okey ini?

Pesanan terakhir Abang Nara untuk kelima-lima finalist yang bakal membuat persembahan live di The Curve pada 23 Julai ini ialah jadi diri anda sendiri, datang dengan confidence dan anggap ini hanya satu perkara biasa. Kalau gelabah sangat, ingatlah slogan Dentyne ini:-

Refresh Your Confidence With Dentyne

Jangan lupa layari Facebook Dentyne Malaysia untuk makluman lanjut tentang pertandingan Dentyne TERRAR-OKE. Jika tiada halangan, Abang Nara akan berada di The Curve pada 23 Julai ini untuk menyaksikan kehebatan 5 finalist ini. Jom kita pergi ramai-ramai untuk saksikan persembahan mereka secara LIVE.

dentyne terrar oke

By the way, siapakah yang anda rasa akan menjuarai Dentyne TERRAR-OKE ini dan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000? Jangan segan jangan malu untuk komen. Dan jangan lupa untuk vote peserta kegemaran anda di Facebook Dentyne Malaysia. Itu yang paling penting. Oh ye, kepada semua finalist jangan lupa kunyah Dentyne dulu sebelum pergi menyanyi atas pentas nanti. Confirm lagi rilek punya.

Jumpa anda di The Curve 23 Julai ini untuk final Dentyne TERRAR-OKE.

Written by AbangNara | July 19th, 2011

Ramai yang email cakap tak puas nak tengok kecantikan Farah AF2 semasa majlis perkahwinannya bersama suami tercinta, Johan. Untuk memenuhi hasrat anda semua, Abang Nara dah carikkan seberapa banyak gambar yang termampu semasa perkahwinan mereka berdua. Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ceritera Cinta dan G.I Photoshoot.

 
Written by AbangNara | July 19th, 2011

david archuleta in malaysia

Terima kasih kepada Sony Music Malaysia, seorang daripada anda berpeluang untuk memenangi tiket ke konsert David Archuleta pada 26 Julai (Selasa) di Stadium Negara. Konsert David Archuleta ini akan bermula jam 8 malam. Walaupun hanya sekeping, kalau anda sememangnya peminat kipas susah mati David Archuleta, sememangnya inilah peluang anda untuk mendapatkannya secara percuma. Cara-caranya ialah:-

1. Like Facebook Sony Music Malaysia (tanda terima kasih kepada mereka sebab sudi sponsor tiket ini)
2. Hantar email ke [email protected] beserta nama penuh, nombor kad pengenalan, no telefon  dan Facebook anda.
3. Pemenang bertuah akan dihubungi menerusi email.

Itu sahaja ~~~ Siapa cepat dia dapat.

Update: Tahniah kepada Siti Suraya binti Md Roshaizat. Anda ialah penghantar yang bertuah. Nantikan email daripada kami ye. Thanks.

Written by AbangNara | July 18th, 2011

episod akhir juvana

Drama Juvana akhirnya tiba ke penghujung sebentar lagi. Abang Nara sejak dah jadi suami orang ini makin suka pulak layan drama-drama Melayu sambil bergurau manja dengan isteri tercinta. Dan Abang Nara akui, Juvana antara drama yang lain daripada drama tipikal Melayu. Tahniah kepada semua yang menjayakan drama ini.

Apakah ending drama Juvana yang akan disiarkan sebentar tadi? Adakah Daim akan mati terbunuh? Adakah Cikgu Zakiah akan dirogol dengan kejamnya? Adakah rahsia songlap duit Cikgu Raja akan terbongkar jua akhirnya? Sama-sama kita nantikan finale drama Juvana yang telah mendapat tempat di hati jutaan rakyat Malaysia.

UPDATE: Akhirnya seperti yang dijangka, drama Juvana berakhir dengan kegembiraan. Warden ditangkap selepas rahsianya dibocorkan. Setelah 10 tahun, Daim kembali ke Sekolah Wira Bakti dan menjadi cikgu di situ untuk mendidik anak bangsa. Ending yang agak cliche tetapi memberi pengajaran kepada kita semua. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tak gitu?

Nantikan update ending daripada Abang Nara sebaik sahaja episod terakhir Juvana selesai dikeudarakan.

Page 10 of 22« First...89101112...20...Last »