Written by AbangNara | May 7th, 2011

diana danielle

Tak tahu nak bergembira atau bersedih tetapi itulah kenyataannya. Diana Danielle dengan riang gembiranya telah mengumumkan yang dia dan Farid Kamil kini kembali bercinta. Kalau tak silap Abang Nara, mereka berdua telah clash hujung tahun dulu.

Nampaknya belum sempat Abang Nara nak mengorat Diana Danielle, Farid Kamil telah pun mengorat Diana kembali. Takperlah. Abang Nara bagi can kat Farid Kamil. Kesian pulak dia keseorangan. Tapi kalau Farid Kamil tinggalkan Diana sekali lagi, Abang Nara akan menggunakan peluang itu sepenuhnya. Hehehe.

Kepada Farid dan Diana, semoga hubungan anda berdua berakhir ke jinjang pelamin. Kepada lelaki di luar sana, jangan kecewa dan bersedih ye.

Written by AbangNara | May 6th, 2011

Abangnara respek betullah dekat ibu-ibu yang bekerja walaupun dah berkahwin dan ada anak suami. Bayangkan setiap hari kita pergi kerja, balik kerja. Lepastu setiap hari jugakla kita stress dengan masalah trafik kat KL ni yang tak pernah selesai.

Tapi ibu-ibu  ini  memang hebat sebab lepas habis masalah pejabat dan trafik jem, diorang boleh uruskan hal rumah tangga pula seperti masak makan malam untuk keluarga ataupun mengajar anak membuat kerja sekolah. Jadi bila sebenarnya ibu-ibu ni berehat? Kan indah kalau mereka dapat berbaring sambil diurut dengan persekitaran yang santai macam kat bawah ni.
tajriispa

tajrii spa

Kalau ada masa nak rehat pun bagi ibu-ibu ni mungkin hujung minggu je. Jadi apa kata minggu ni para suami ataupun anak hadiahkan rawatan spa kepada wanita hebat dalam hidup anda. Kalau korang tak tahu nak hantar ibu atau isteri tersayang pergi spa mana, cadangan Abangnara, korang hadiahkan ibu-ibu ni rawatan di spa yang santai seperti tajriispa supaya dapat kurangkan sikit tekanan hidup yang tak habis-habis tu.

tajrii spa

Ada pelbagai jenis rawatan yang korang boleh cadangkan kepada ibu dan isteri tersayang. Antara rawatan massage yang boleh korang hadiahkan adalah Relaxing Massage, Hot Stone Massage, Back, Neck&Shoulder Massage. Selain tu korang boleh juga hadiakan rawatan muka ataupun facial.

tajriispa

tajriispa

Jangan risau sebab harga rawatan dekat spa ni sangat berpatutan dan sesiapa yang berminat bolehlah datang sendiri ke tajriispa ataupun terus hubungi untuk appointment. Bagi sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang tajriispa yang terletak dekat Melawati Urban ni, korang boleh lawati laman web  di sini tajriispa.

p/s: Selamat Hari Ibu~

Written by AbangNara | May 6th, 2011

filem nur kasih

Semasa ditayangkan di dalam bentuk drama, 19 juta rakyat Malaysia telah menonton dan merasai fenomenan Nur Kasih. Kini mampukah filem Nur Kasih yang bakal menjejakkan kakinya ke panggung wayang seluruh Malaysia pada 19 Mei ini memecahkan rekod tayangan filem Malaysia? Kalau 19 juta orang datang menonton filem ini, didarabkan dengan RM10, dah boleh dapat kutipan RM190 juta. Tak ke meletup-letup panggung?

Di bawah ialah official trailer filem Nur Kasih:-

Baru-baru ini pihak media telah pun dibawa menonton preview filem Nur Kasih ini. Daripada feedback yang diterima, hanya satu pesanan yang mampu Abang Nara sampaikan. Bawaklah 2, 3 kotak tisu untuk mengelap air mata anda. Khabarnya cerita ini sangat sedih. Kalau segagah atau sejantan mana pun anda, confirm air mata akan jatuh jua.

Dan kemungkinan besar Abang Nara dan beberapa orang rakan akan mengadakan Movie Day Out untuk filem Nur Kasih ini. Nantikan info lanjut tidak lama lagi.

Written by AbangNara | May 6th, 2011

my couture rozita che wan

Hebat sungguh Rozita Che Wan. Kini sudah bergelar businesswoman dengan perasmian butiknya, My Couture. Abang Nara dah ushar gambar-gambar baju yang dijual menerusi laman web My Couture dan Facebook My Couture dan semuanya memang cantik-cantik serta sopan. Tambah cantik bila RCW yang jadi modelnya. Awesome ~~~

Kalau anda berminat, sila layari kedua-dua link di atas. Rasanya pakaian yang dijual memang sangat sesuai dengan wanita Muslimah. Confirm anda akan jadi lebih sopan, ayu dan meletup macam Rozita Che Wan. Lagi gambar model My Couture iaitu Rozita Che Wan sendiri dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 20 of 25« First...10...1819202122...Last »