Written by AbangNara | May 4th, 2010

gambar comel lisa surihani dan amani

Wahhhhhhh ~~ Super comel Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha nie. Dedua pun tengah meletop bak gunung berapi dalam drama Adamaya. Sapa sini layan drama tue sila angkat tangan. Kami tak sempat nak layan pun sebab time-time pukul 6 tue still kat ofis lagi. Dengar ceritanya drama Adamaya nie memang best gila-gila punya. Betul ke?

Tapi Mia Sara Nasuha atau lebih femes dengan nama Amani dalam drama Adamaya nie tersangatlah cutenya. Rasa nak cubit-cubit jer kalau ada kat sebelah. Lepas cubit nak gigit-gigit pipi dia. Tembam semacam je. Geram pulak tengok. Besar nanti confirm akan jadi cun macam Lisa Surihani. Harap-harap nanti besar pun tak banyak kontroversi macam akak Lisa ek.

Lagi gambar tersangatlah cute Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 4th, 2010

yuna terima kasih beautifulnara

Oh ~~~~ Terharunya rasa hati ini. Semalam ada seorang pembaca BeautifulNara yang komen bagitau Yunalis Zarai ada cakap terima kasih kat BeautifulNara di Facebook dia sempena kemenangan dia di AIM 17 semalam.. Terus dengan pantas kami pun pergi ushar. Terus bergenang sebentar air mata kami tanda keharuan yang amat sangat sebab memang ada nama BeautifulNara di situ. Tak caya? Tengok kat nombor 20 tue.

yuna terima kasih beautifulnara

Buat Yuna, terima kasih banyak-banyak. Selama ini kami support anda sebab kami tahu anda super berbakat dan sangat down to earth punya orang. Dan kami akan terus menyokong anda. Teruskan dengan apa yang anda lakukan sekarang ini. Sesungguhnya dunia muzik Malaysia perlukan nafas-nafas baru seperti anda. Semoga terus maju jaya ~~~

Buat semua pembaca BeautifulNara, tanpa anda, perkara ini tak akan berlaku. Terima kasih atas sokongan anda. Teruskan membaca BeautifulNara dan teruskan bergosip secara berhemah.

Written by AbangNara | May 3rd, 2010

[note] Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru[/note]

freshlook illuminate

#Saya dalam artikel ini ialah Abang Nara.

Semasa kanak-kanak, saya merupakan seorang yang gila membaca buku. Habis semua novel, majalah dan komik saya baca. Tak kira masa dan tak kira tempat. Malah kadang-kadang kat tempat gelap dan tak cukup cahaya pun saya membaca. Akibatnya, mata saya mula menjadi rabun.

freshlook illuminate contact lens

Inilah cermin mata saya sekarang ini. Ketebalannya memang agak melampau di situ. Ditambah pulak dengan kerjaya sekarang yang memerlukan saya menghadap computer sepanjang hari, peratusan power spek untuk berkurangan hampir tiada.  Memang sangat menyedihkan.

freshlook illuminate

Satu perkara yang saya perasan apabila memakai cermin mata ialah mata saya akan menjadi lebih kecil dari biasa. Malah bulu mata saya yang lebat itu tak kelihatan. Paling sedih, kekacakan saya berkurangan sebanyak 50% terutamanya semasa mengambil gambar. Nasib baiklah ada contact lens Freshlook Illuminate.

contact lens

Sesungguhnya contact lens FreshLook Illuminate ini memang datang tepat pada masanya untuk diri ini. Memang selama ini saya ada memakai contact lens terutamanya semasa pergi blogger event, tapi contact lens yang dipakai adalah jenis setahun pakai. Contact lens Freshlook Illuminate ini adalah jenis daily disposable lens. Pakai sehari terus buang. Maka kebersihan dan kesegaran mata saya pasti terjamin. Tidak ada lagi masalah mata cepat merah dan pedih. Hebat kan?

freshlook

Apa yang bagusnya dengan Freshlook Illuminate daily disposable contact lens ? Selain dari kebersihan dan kesegaran mata saya akan terjamin, saya juga ak payah nak fikir-fikir dan nak bazirkan masa membersih dan menyimpan contact lens. Hari nie pakai satu, esok dah pakai yang lain. Jimat masa dan tenaga. Freshlook Illuminate daily disposable contact lens nie memang sangat sesuai dengan orang yang aktif bersukan, suka berjalan ke hulu ke hilir dan selalu sibuk dengan tugasan harian macam saya nie.

freshlook best

Dan yang paling menarik tentang contact lens Freshlook Illuminate ini ialah bila saya memakainya anak mata saya akan kelihatan lebih bersinar. Mata akan nampak cantik, menarik dan tertarik. Walaupun perubahan ini nampak kecil, tapi kini saya lebih yakin untuk mengenyit mata terhadap awek-awek di shopping kompleks. Sebabnya saya rasa lebih yakin dan bergaya bersama contact lens FreshLook Illuminate.

contact lens

Untuk pengetahuan anda semua, contact lens FreshLook Illuminate ini direka khas untuk mata orang Asia. Kebanyakkan mata orang Asia ini kecik-kecik dan sepet-sepet. Jadi sebab itulah contact lens Freshlook Illuminate ini ada fungsi  untuk menampakkan mata penggunanya lebih berseri, bersinar dan memikat dari biasa. Senang cerita memang tertarik menarik kau memang da boom ~~

contest contact lens

Kalau anda masih tak yakin dengan contact lens Freshlook Illuminate ini, jangan risau sebab pihak CIBA VISION bermurah hati untuk memberikan contact lens secara percuma kepada anda. Anda cuma perlu melawat laman web Freshlook Illuminate dan sign-up untuk mendapatkan free trial pack. Bukan sehari punya trial pack yang akan diberi, tapi 3 hari untuk anda benar-benar puas hati mencuba sebelum membeli contact lens FreshLook Illuminate. Masa mendaftar tue pastikan anda menjawap 2 soalan yang sangat mudah dengan betul untuk membolehkan anda memenangi Rm500 dan 30 hari percuma bekalan contact lens.

gambar contact lens

Kini saya lebih berkeyakinan diri dan perasan lebih kacak dengan menggunakan contact lens Freshlook Illuminate. Anda bila lagi? Jangan lupa sign up di website FreshLook Illuminate untuk mendapatkan 3 hari bekalan contact lens percuma untuk anda tampak lebih handsome dan bergaya. Anda juga boleh jadi macam saya!!!

Written by AbangNara | May 3rd, 2010
Salam kepada semua, kami ingin mengumumkan sesuatu yang menarik kepada anda semua!
Kami pasti ramai daripada anda tahu tentang lagu hit ‘Dont stop believing’ yang dipetik dari TV siri popular Glee.
RandomAlphabets.com yang merupakan sebuah team kolektif, iaitu team sama yang telah menghasilkan setelkahwin, bakal mengadakan satu lagi flashmob pada 8 Mei ini…dan ia dikenali sebagai Glee Dance Flash Mob… ia akan diadakan di KL pada 8 Mei 2010… hanya klik pada imej di bawah atau link ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang event tersebut.
Kami amat berharap untuk bertemu dengan anda di sana… anda juga mungkin berpeluang bertemu dengan Cheemtegra, Mr Brute, Mdm Cupid dan Abg Nara… iaitu team yang mengendalikan setelkahwin.com
RandomAlphabets ialah sebuah organisasi/kolektif yang terkenal dalam mengendalikan event2 seperti KL Freeze in Unison, Pillow Fight, Merdeka Train Party, Tali Tenang dan pelbagai acara lagi

Salam kepada semua, hari ini kami nak mengumumkan sesuatu yang menarik kepada korang!

Kami pasti ramai daripada korang tahu tentang lagu hit ‘Dont Stop Believing’ yang dipetik dari TV siri popular Glee.

RandomAlphabets (team sama yang telah menghasilkan www.setelkahwin.com) ialah sebuah organisasi/kolektif yang terkenal dalam mengendalikan event2 seperti KL Freeze in Unison, Pillow Fight, Merdeka Train Party, Tali Tenang , bakal mengadakan satu lagi flashmob dikenali sebagai Glee Dance Flash Mob, ia akan diadakan di KL pada 8 Mei 2010. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang event tersebut, klik pada imej di bawah atau link ini (http://www.gleeflashmobdance.com.my/)

Sila ikuti langkah-langkah berikut apabila anda berada di laman mikro Glee Flashmob Dance.

1) Klik ‘Update’ untuk memahami lebih lanjut tentang event ini.

2) Klik ‘Participate’. Pastikan anda mendaftarkan email anda. Ini adalah penting kerana lokasi ‘flashmob’ hanya akan dimaklumkan melalui emel sahaja. Telah menjadi tradisi untuk RandomAlphabets merahsiakan lokasi sehingga ke saat2 akhir. Tapi, yang pastinya ia akan berlaku di KL.

3) Klik ‘Tutorials’. Lihat dua video tutorial yang disediakan. Anda perlu berlatih mengikut tutorial tersebut jika anda ingin participate di dalam event ini.

Cheemtegra, Abg Nara, Mdm Cupid dan Mr Brute iaitu team yang mengendalikan www.setelkahwin.com amat berharap dapat bertemu dengan korang semua di sana. Kalau bernasib baik, korang jugak mungkin berpeluang untuk berjumpa dengan selebriti-selebriti tanahair kerana dalam event2 yang lepas, ramai jugak selebriti yang participate dalam program mereka ini. Bukan itu sahaja, malah saluran StarWorld turut akan membuat liputan mengenai acara ini.

Lihat video di bawah ini. Selamat menonton!


Page 14 of 15« First...1112131415