Written by AbangNara | May 6th, 2010

fahrin ahmad saman linda onn

Rasanya dah 2 bulan lebih kes saman Fahrin Ahmad kepada Linda Onn senyap begitu jer. Yang terakhir kami dengar kononnya pihak persatuan Seniman nak tolong setelkan kes nie di luar mahkamah. Lepas tue dah tak ada update apa-apa dah. Dah setel ke belum? Atau Fahrin Ahmad dah cancel nak saman Linda Onn? Nak gak tau perkembangan terkini.

Kami sebenarnya bukanlah nak menggalakkan agar kes saman ini diteruskan. Cuma time kes nie tengah panas, Fahrin Ahmad nampak macam beria benar nak menyamannya. Berani kerana benar katanya. Dan Linda Onn pun taknak mintak maaf sebab dia pun berani kerana benar. Sekarang nie tup-tup pulak Fahrin Ahmad nampak macam menyepikan diri. Mungkinkah ada sesuatu yang di sebalik tabir yang kita tak ketahui?

Harap-harap kalau Fahrin Ahmad baca nie, please update kami dengan kes saman anda. Nak gak tahu penghujung cerita nie. Dan yang paling penting nak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.

P.S: Jangan lupa layan episod ke 7 Project Alpha Musim Ke 2 kat atas tue.. Untuk pengetahuan anda, Project Alpha ada page YouTube diorang yang khas untuk anda semua layan video-video yang telahh diupload. Apa tunggu lagi. Sila pergi serbu sekarang.

Written by AbangNara | May 6th, 2010

adnan abu hassan

Agak panas jugak komen daripada Adnan Abu Hassan di Harian Metro semalam. Habis dibantainya radio-radio swasta di Malaysia nie. Katanya, radio swasta Malaysia nie tak ada semangat 1Malaysia, asyik-asyik nak mainkan lagu Indonesia je. Lagu ciptaan anak tempatan dianaktirikan. Pedas jugaklah kata-kata pemenang Anugerah Wirama AIM 17 nie:-

[note] Pada saya, ini semua salah stesen radio swasta yang tiada semangat patriotisme dan tidak mengamalkan kempen 1Malaysia seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mereka terlalu bangga dengan produk luar negara terutama Indonesia.
Saya panggil mereka yang berkuasa di stesen radio itu sebagai tuhan muzik. Ini kerana kuasa yang diberikan kepada mereka, mereka boleh buat sesuka hati. Malah, mereka pula yang melabelkan sesebuah lagu itu bagus atau tidak. Golongan ini tidak sayangkan negara dan bangsa sendiri. Inilah yang dikatakan kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan [/note]

Tabik spring kami kepada Adnan Abu Hassan. Selamba badak je dia sound direct radio-radio swasta kat Malaysia nie. Siap kutuk lagu Wali Band lagi:-

[note]Kalau hendak merakamkan lagu di sana pun dengan syarat mengambil komposer lagu di sana. Kita di sini, ambil semua lagu mereka tanpa sebarang perubahan pun. Apa yang disogokkan artis seberang, kita ambil dan siarkan di radio berpuluh kali sehari. Apabila minta stesen radio itu putarkan lagu artis kita, kata mereka ia irama lama. Tidakkah mereka tahu lagu Cari Jodoh oleh Wali Band adalah irama lama? Tetapi kerana menciptanya orang seberang, ia diterima baik stesen radio swasta ini. [/note]

Kami di BeautifulNara sokong 100% apa yang dicakap oleh Adnan Abu Hassan nie. Jemu jugak bila dengar radio-radio swasta nie asyik mainkan lagu Indonesia je. Dalam 10 lagu yang dipasang, ada la 2, 3 lagu Malaysia. Kadang-kadang terfikir jugak betul ke kami tengah dengar radio Malaysia nie. Semua pun lagu Indonesia jer.

Mungkin bila radio-radio swasta nie mainkan lagu Indonesia, duit royalti yang perlu dibayar sikit. Almaklumlah nilai rupiah berbanding ngan Ringgit Malaysia memang sangat rendah. Sebab tue radio-radio swasta nie lebih prefer untuk putarkan lagu Indonesia. Boleh jimat kos diorang. Ini satu teori daripada kami. Anda pulak rasa sebab apa diorang suka mainkan lagu Indonesia?

Harap-harap teguran dari Adnan Abu Hassan ini bakal menjadi satu wake up call untuk mereka-mereka yang terlibat dalam industri muzik Malaysia. Kalau nak baca interview penuhnya, sila klik di sini.

Written by AbangNara | May 5th, 2010

lagi gambar aim 17

Rasanya sesuai lagi kot kalau kami sharekan gambar-gambar sekitar malam Anugerah Industri Muzik 17 yang berlangsung Ahad lepas. Ushar 28 lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar ehsan Mstar.

vshubshare

P.S: vsHub sekarang dah ada vsHub Share. Selain dari bershopping, anda jugak boleh dapat duit apabila kawan-kawan anda sign up melalui link vsHub anda. Setiap kali kawan-kawan anda bershopping menggunakan vsHub, maka anda akan dapat komisennya. Ini barulah bershopping secara berhemah kan? Apa tunggu lagi. Sambil shopping sambil buat duit dengan vsHub Share. Klik sini untuk maklumat lanjut.

 
Written by AbangNara | May 4th, 2010

shahir keluar af8

Terkejut besar jugak kami apabila salah seorang pelajar feveret Akademi Fantasia 8, si Shahir terkeluar. Kalau dah lupa, kami pernah maklumkan yang si Shahir nie adalah bekas anggota nasyid Saujana. Akibat tersingkirnya Shahir, sepupu kami di rumah ini meraung kekecewaan. Dia tengok AF8 pun sebab kehandsomean Shahir. Lepas nie Shahir dah tak ada maka sepupu kami berkata yang dia akan stop tengok AF8.

Mungkinkah AFMASUK akan diadakan sekali lagi untuk memasukkan kembali Shahir? Tapi perlu ingat sebab pengetua AF8, Norman KRU cakap dia taknak buat AFMASUK kali nie. Adakah dia akan melanggar janjinya? Sama-samalah kita tunggu nanti.

Secara jujur, kami tak layan sangat AF8 nie sebab kami rasa AF dah tak ada auranya lagi. Mungkin dah basi sebab dah terlalu lama dah. Astro kena ubah dan cari jalan untuk buat program baru yang lebih menarik lagi.

Page 13 of 15« First...1112131415