Written by AbangNara | December 3rd, 2009

:::::::::::STICKY POST, SIla skroll ke bawah utk gosippp terbaru:::::::::::::::::

Selamat Pagi Malaysia~~!

Gathering Beautiful Nara ni kompem tau 2hb Januari 2010.

Tempat : Taman Tasik Perdana

Tema : Birruuuu

Time : Kol 2 hingga 6

Aktiviti : Berkenal-kenalan & Macam-macam lagi  yg menariktertarik

So, sapa yg kompem nak dtg tapi masih malu-malu kucin tu silalah email butir2 diri anda (nama, no fon, nick name, brapa ramai korang bawak) ke lorongsetia8[a]gmail.com.

Selepas berbincang dgn AJK, satu2nya cara nak make sure org yg dah daftar tu dtg ialah, kami perlukan komitmen dari anda. Jadi ada bayaran skit lah utk gathering ni. Dalam RM25. Bukan apa, kalau semua org guna air liur cakap nak pegi, nanti skali yg datang cuma KakNara & AJK…pengsan woo. sapa nak makan makanan yg dah order nanti? SO, atas dasar-dasar itu…diharap anda semua amat memahami.

eh, jgn lupa, telepon suami/isteri/mak/awek anda sekarang, cakap 2hb anda ada gathering Beautiful Nara!

Written by AbangNara | December 2nd, 2009

anak siti nurhaliza

Tak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak kenyataan ini keluar dari mulut Dato’ Siti Nurhaliza sendiri. Sebabnya kenyataan ini dibuat kat Indonesia. Jadi mungkin ada kesalahan translate, atau mungkin Dato’ Siti tak faham soalan ke.

Apabila ditanya tentang kesediaan menimang anak, Dato’ Siti telah menjawap:-

[note]Sekarang ini sebenarnya masih sibuk dengan karier masing-masing, kalau kerja sudah selesai, baru kami fikirkan tentang anak. [/note]

Sebelum tue Dato’ Siti ada bagitau yang  anak rezeki aturan Allah & jika betul mahukan anak, Datuk K sudah pun mempunyai anak sendiri.

Ok taknak komen lebih-lebih tapi kalau dah jadi penyanyi dan artis nombor 1 Malaysia, bila rasanya kesibukan tue nak habis? Kalau nak tunggu sampai habis, jawapnya memang tak dapat lah nak tengok Gugu Gaga Siti Nurhaliza.

Apa-apapun kami sentiasa mendoakan agar Dato’ Siti Nurhaliza cepat-cepat menimang anak. Tak kira la kalau berlaku secara eksiden ke apa. Tak sabar nak tengok kecomelan anak Dato’ Siti.

Written by AbangNara | December 2nd, 2009

khabir bhatia

Siapa Khabir Bhatia? Kalau korang pernah menonton Sepi, Manjalara dan Setem, korang akan kenal dan familiar dengan style pengarah ni. Aku? aku memang dah lama tertarik dengan karya² beliau, style yang jelas berbeza dari filem² melayu lain kat Malaysia.

Khabir Bhatia, seorang pengarah berbangsa India yang memang original berasal dari India. Tetapi beliau berpindah ke Malaysia dan mendapat kerakyatan. Menurut story yang aku dengar, beliau sebenarnya hanya worktrip ke Malaysia, and then terpikat dengan Malaysia and decided untuk stay terus. Sangat talented, kalau korang tengok dari view yang betul dalam sebuah filem, korang akan nampak satu seni yang takde dalam filem typical melayu yang lain. Kelainan dan keunikan baru dalam filem melayu, dari macam² segi shooting, soundtrack dan storyline.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengenali Khabir Bhatia dengan lebih lanjut.

P.S: Artikel dicurik sebijik-sebijik dari Aenaz.com.

 
Written by AbangNara | December 2nd, 2009

radhi oag

Pergh. Sumpah cool ayat yang diucapkan oleh Radhi OAG bila dia lewat 5 minit sampai ke mahkamah. Memang ada sense of humour la si Radhi OAG nie.

[note]Orang ramai pun tahu saya memang kaki lambat. Rock star mesti datang lambat.[/note]

Erk tapi kami pelik sikit sebab Radhi OAG nie rasanya nyanyi lagu bukan lagu rock. Bukan lagu ala-ala pop-pop sikit ke dia nie. Patut dia tukar sikit statement tue. Bukannya rockstar tapi popstar. Baru masuk dek akal skit.

Kepada Encik Radhi, sila datang awal ke mahkamah lain kali ye. Ingat mahkamah nie macam studio ke? Jangan wat main-main ngan mahkamah ek. Hakim tue orang paling berkuasa kat mahkamah. Takder kerja dia nak tunggu anda baru nak start perbicaraan. Anda yang nak bercerai anda lah yang kena datang awal. Ada faham?

::::::  ada koleksi terbaru di Butik NARA, check it out yah, mana tau ada kaler yg tertarikmenariktheboomm ::::::::::

Page 20 of 22« First...10...1819202122