Written by AbangNara | December 20th, 2009

waheeda berpurdah

Kagum sebentar kami melihat gambar Waheeda yang kini berpurdah. Tahniah kami ucapkan kepada Waheeda yang maju setapak lagi. Mungkin azam tahun baru, Awal Muharram (kami nak ucapkan selamat tahun baru kepada anda semua).

Bukan mudah untuk Waheeda memakai purdah lagi-lagi di Malaysia ini. Apa-apa pun semoga terus kekal memakai purdah. Tahniah jugak kami ucapkan kepada Akhil Hayy yang nampaknya terus membimbing isterinya. Semoga perkahwinan anda berdua kekal dan dirahmati.

waheeda berpurdah

Gambar diamik dari ZonArtis.

P.S: Semalam dapat tengok Hujan buat live show. Best sangat-sangat. Terima kasih kepada Nuffnang sebab jemput kami. Sesapa yang rasa nak buat duit sedikit sebanyak melalui blog dia, leh la gi daftar kat Nuffnang.

Written by AbangNara | December 19th, 2009

ummi

Wow, memang habislah Remy Ishak lepas ni kalau betul kata Bibik yg menjadi saksi kisah Ummit dipukul Remy ni.Tengoklah muka Ummi Nazirah, teruk betul kena belasah. Macam ni punya teruk kau pukul masih boleh nak berlakon, berani pulak cakap kat media seolah-olah dia tak bersalah!

Cuba korang baca berita ni.

“Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),”

kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.

Tindakan Remy itu menyebabkan Ummi terjatuh, kata pembantu rumah pelakon remaja berkenaan, Susi Sumarni, 24.

Dia tampil membuat pengakuan di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam tadi, semata-mata mahu menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini, 4 Disember lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tangga kondominium berkenaan.

Susi berkata, selepas kejadian itu Remy datang kepadanya di tangga dan sempat berpesan sebanyak dua kali supaya tidak memberitahu kepada sesiapa, malah menyuruhnya mengambil bedak asas bagi menutup luka di muka Ummi.

“Dua kali Remy pesan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa sebelum menyuruh saya bantu mengangkat cik muda yang jatuh terlentang dan mengambil bedak asas di rumah untuk menutup luka.

“Saya hanya menurut perintah dan membantu cik muda yang mengadu kesakitan akibat bengkak di muka kiri dengan luka dan lebam sekitar matanya,” katanya yang ditemui di restoran milik Maziah di Danau Kota di sini, semalam.

Pertemuan itu diatur bagi mendapatkan penjelasan sebenar insiden berkenaan yang difahamkan bukan kejadian pertama, sebaliknya Ummi pernah dicederakan ketika mereka bertengkar.

 
Written by AbangNara | December 17th, 2009

yunalis zarai

Tajuk di atas adalah main-main jer (bab yang suruh hulur duit tue). Tapi bab yang Yunalis Zarai bakal jadi jutawan tue mungkin adalah benar berdasarkan apa yang dilaporkan di Murai. Muda lagi dah boleh jadi kaya raya dengan duit royalti dari lagu Dan Sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, Mawi dulu dapat baper ratus ringgit jer duit royalti lagu-lagu dia. Sebabnya dia tak mencipta lagu tue. Dia just tukang nyanyi jer. Kalau nak jadi kaya raya dalam bidang menyanyi nie, kita kena tau menyanyi dan karang lagu sendiri.

Itu yang Yuna boleh bergelar jutawan sebab semua royalti pun dapat kepada dia. Sebab dia yang cipta lagu, dia yang nyanyi lagu tue. Pendek kata dialah semuanya. Beruntung betul si Yuna nie. Kata orang, kalau dah rezeki tue tak lari ke mana dah.

Kepada lelaki-lelaki di luar sana yang bercita-cita nak kawin jutawan, silalah mengorat Yunalis Zarai. Pastikan anda tau bermain gitar ye. Leh wat album duet nanti. Apa-apa pun tahniah buat Yuna dan semoga terus maju dalam karya anda.

Written by AbangNara | December 17th, 2009

Tahun 2009 dah nak sampai ke penghujungnya jua. Tinggal lebih kurang 15 hari jer lagi. Sedih pun ada, gembira pun ada. Ramai jugak artis-artis yang telah mendirikan rumahtangga di tahun 2009 nie. Di kesempatan ini, kami kompilasikan 10 perkahwinan @ wedding paling glemer @ meletup untuk tahun 2009.

10. Sari Yanti-Eddy Casmady (17 Jan)

Pelakon genit ‘Kisah Kaisara’, Sari Yanti mengejutkan ramai peminatnya apabila beliau mengumumkan bahawa beliau akan menjadi isteri kepada Eddy Casmady, seorang jejaka yang telah berjaya menambat hatinya selama empat tahun sebelum mereka bergelar suami isteri. Eddy menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dan pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberi pihak lelaki. Sari mengenakan fesyen purdah yang menutup muka ketika acara akad nikah berlangsung dan baju rekaan dari pereka muda Lynda Rahim.

Teruskan membaca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui siapakah yang menduduki carta teratas perkahwinan paling glemer 2009 ini.

 
Page 10 of 22« First...89101112...20...Last »