2 Tahun Berehat Akibat Putus Cinta, Tasha Shilla Kini Kemballi Dengan Imej Lebih Sopan

Hiburan

2 Tahun Berehat Akibat Putus Cinta, Tasha Shilla Kini Kemballi Dengan Imej Lebih Sopan

Putus cinta itu memang sesuatu yang cukup memedihkan. Memang merana satu badan dibuatnya. Fizikal, mental dan emosi semua terganggu. Ada orang lepas seminggu dah boleh pulih daripada putus cinta. Ada orang makan masa bertahun-tahun. Untuk Tasha Shilla, dia mengambil masa 2 tahun untuk berehat daripada dunia lakonan selepas putus cinta. Kini Tasha Shilla kembali aktif dan akan berlakon kembali.

tasha shilla

Advertisement

Selepas 2 tahun merehatkan diri, Tasha Shilla menyedari bahawa dunia lakonan adalah jiwa dan terapi buat dirinya. Kata Tasha Shilla:-

Jujurnya ketika putus cinta emosi saya sangat terganggu. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada lakonan untuk stabilkan emosi. Tawaran lakonan sentiasa ada cuma saya yang menolak kerana ketika itu belum bersedia untuk bekerja.

Saya tidak mahu menjadi orang yang tamak memperjudikan kerjaya dan menyusahkan orang lain kerana sedar dalam tempoh itu memang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap lakonan.

Kerja saya sebagai pelakon membawa karakter orang lain, tetapi emosi sendiri tidak stabil. Bagi saya ia satu keputusan yang tepat dan tidak pernah menyesal kerana yakin rezeki sentiasa ada.

Saya banyak belajar dengan apa yang berlaku dan kekal positif. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam bercinta. Soal hati saya tolak ke tepi dulu. Sebelum ini selama tujuh tahun saya bekerja tanpa henti. Selepas berehat selama dua tahun baru saya sedar dunia lakonan merupakan jiwa dan terapi yang membuatkan saya sentiasa gembira.

tasha shilla

Apa yang lebih menarik dengan “comeback”nya kali ini ialah Tasha Shilla tampil dengan imej lebih sopan. Kalau dulu sebut nama Tasha Shilla je dah terbayang seorang gadis yang seksi, kini bersesuaian dengan kematangan umurnya, Tasha lebih menitikberatkan soal penampilan. Kata Tasha:-

Dahulu saya masih muda sentiasa ingin bergaya dengan selesa tanpa memikirkan impaknya. Sekarang pada usia 30 tahun dengan fikiran lebih matang, rasanya saya lebih selesa dengan gaya sopan dan sesuai dengan usia.

Perubahan itu dibuat bukan kerana peminat, tetapi untuk kebaikan diri sendiri. Saya masih Tasha Shilla dan akan kekal menjadi diri saya sampai bila-bila. Apapun seksi itu bersifat subjektif, kadangkala saya pakai kebaya orang masih kata seksi

tasha shilla

Abang Nara doakan agar nama Tasha Shilla akan kembali meletup selepas berehat sekian lama. Bab lakonan Tasha Shila memang A+. Cuma kebiasannnya kontroversi menutup mata orang ramai daripada melihat kehebatan lakonannya. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Good luck and all the best. Sumber Kosmo.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...