18 PPS Dibuka, 985 Mangsa Banjir Di Sarawak

Kehidupan

18 PPS Dibuka, 985 Mangsa Banjir Di Sarawak

Ketika pandemik Covid-19 belum reda, rakyat di Sarawak terpaksa berdepan dengan situasi banjir gelombang ketiga sejak Selasa lepas. Ini menjadikan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 985 orang pagi Jumaat berbanding 577 pada petang Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir juga menyaksikan jumlah peningkatan kepada 18 berbanding hanya 10 pada Khamis lalu.

Advertisement

banjir

JPBN juga memaklumkan satu PPS dibuka di daerah Tatau, empat di Simunjan, dua di Samarahan dan 11 di Serian.

Sementara itu, daerah Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuching menjadi kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir dengan 710 mangsa yang direkodkan. – Bernama

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...