January 7th, 2019

Selamat bergelar suami dan isteri pada 1 Januari lalu, pasangan paling sensasi kini, Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar Sabtu lalu telah mengadakan majlis resepsi pertama bagi meraikan perkahwinan mereka di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Majlis tersebut berlangsung secara besar-besaran dengan dekorasi mewah ibarat perkahwinan putera dan puteri raja.

Elfira kelihatan sangat cantik persis Cinderella dalam gaun perkahwinan hasil rekaan eksklusif pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini. Faris juga begitu tampan memakai suit rona putih sedondon dengan isterinya.  Pasangan ini juga berkongsi momen romantik ketika menari bersama.

Di hadiri keluarga, teman rapat dan rakan artis, jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi pertama Elfira dan Faris yang cukup dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Rizman Ruzaini, Project Two-Pi, Wananiq Photography & #elfaris


54 responses to “(17 FOTO) Sekitar Majlis Resepsi Pertama Elfira Loy & Faris K Anuar”

  1. makcik joyah says:

    semoga hidup bahagia ye el dgn faris… jaga suami hang elok2..suami hang tu blh dikatakan hensem..duit berkepuk lak tuh..hati2..byk penyondol zaman skrg ni…

  2. Anonymous says:

    family suami el ni tak panas telinge ke dgr org kutuk menantu die

  3. Anonymous says:

    kemewahan tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga…rumahku syurga ku…

  4. Yekeni says:

    Sakit leher ke? Di bandage gitu?

  5. Matahati says:

    Dressed tu lebih cantik klu tak ade bunga2 kat lengan. Overall cantiklah. Cuma warna lipstiks lebih cantik klu terang sikit. Tahniah el.

Loading...