(16 FOTO) Sekitar Kemeriahan Majlis Persandingan Semula Fazley Yaakob Dan Azrene Ahmad

Hiburan

(16 FOTO) Sekitar Kemeriahan Majlis Persandingan Semula Fazley Yaakob Dan Azrene Ahmad

Selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga, semalam Datuk Fazley Yaakob dan isterinya Datin Azrene Ahmad melangsungkan majlis persandingan semula demi menunaikan wasiat arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad yang mahu pasangan ini meraikan hari bahagia mereka dengan penuh kemeriahan dan rasa gembira bersama insan-insan tersayang.

Seperti yang anda semua tahu, Fazley pernah menceritakan betapa beliau menghadapi pelbagai kesulitan dan gangguan daripada pihak tertentu ketika majlis pernikahannya dahulu. Sepatutnya jadi hari bahagia tetapi yang keluar hanya titisan air mata kerana insiden tersebut.

Advertisement

Malam ini, marilah kita lupakan sejarah 13 tahun lalu. Seminggu sebelum bapa meninggal dunia, arwah menggenggam tangan kami dan mengingatkan mengenai majlis ini. Pada usia 40 tahun, saya dan isteri memiliki empat anak.

Alhamdulillah, majlis hari ini lancar. Tiada yang lebih membahagiakan saya persandingan semula ini dapat disaksikan keluarga. Apa yang kami lalui hari ini pembuka lembaran baharu dan menutup tirai duka 13 tahun lalu.

Jelas terpancar sinar kebahagiaan dan rasa seronok pasangan merpati dua sejoli ini saat dapat bersanding semula. Tentunya ia hari paling bermakna buat mereka berdua.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar kemeriahan majlis persandingan semula Fazley dan Azrene dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Bulan Photocinema

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...