Tanggal 19 November 2017 merupakan detik cukup bermakna buat pelawak, Fad Bocey apabila isterinya, Nur Syahirah Rahman selamat melahirkan anak perempuan mereka, Nur Aminah Mishall pada jam 6.57 pagi.
Fad dan isterinya sebelum ini telah dikurniakan anak kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan.
Semalam, keluarga kecil Fad telah menjalani newborn photoshoot untuk mengabdikan kenangan indah bersama Nur Aminah yang kini sudah berusia 40 hari.
Kami harus puji team Camora Arts yang cukup mahir menggunakan pelbagai hiasan untuk menaikkan lagi seri Nur Aminah dalam setiap gambar.
Jom kita layan beberapa lagi foto newborn photoshoot Nur Aminah dengan membaca entri ini sepenuhnya.