(14 GAMBAR)Asmidar, Alif Satar dan One Nation Emcees Di Majlis Penyerahan Bahan Terbitan JKKN

Hiburan

(14 GAMBAR)Asmidar, Alif Satar dan One Nation Emcees Di Majlis Penyerahan Bahan Terbitan JKKN

Selasa (15 Mei) lepas telah berlangsung Majlis Penyerahan Bahan Terbitan JKKN Sempena Festival Hari Guru 2012 di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Sebanyak 18,573 unit bahan terbitan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah diedarkan kepada pelbagai institusi pendidikan negara, meliputi 1,609 buah sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan Perpustakaan Agensi Kerajaan.

PhotobucketPhotobucketMajlis yang dimeriahkan hampir 600 orang tetamu itu turut menampilkan persembahan dari One Nation Emcees, Alif Satar dan Asmidar. One Nation Emcees telah menyanyikan beberapa lagu hits mereka antaranya Anak Kampung. Alif Satar sudah pasti menyanyikan lagu Lelaki Seperti Aku  manakala Asmidar dengan suara gemersiknya mendendangkan lagu Laksamana Raja Di Laut dan Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

Advertisement

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketFestival Hari Guru ialah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta. Bahan terbitan JKKN disampaikan oleh Ketua Pengarah JKKN, Dato’ Norliza Rofli. Sebanyak 10 buah sekolah di negeri Perak telah diserahkan bahan-bahan terbitan ini sebagai simbolik kepada pengedaran bahan-bahan terbitan JKKN ke seluruh negeri.

Bahan-bahan terbitan JKKN tersebut merangkumi buku, cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) serta makalah seni budaya oleh dibeli di gerai pameran JKKN di pelbagai program, dan juga boleh dibeli secara online melalui laman sesawang POSTme.com.my.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan bahan-bahan seperti DVD Senam Seni, DVD Pembelajaran Tari Tradisional, buku-buku kebudayaan dan kesenian dan pelbagai bahan terbitan ilmiah yang lain boleh berbuat demikian melalui pautan ini atau layari http://www.jkkn.gov.my

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...