13 Tahun Berkahwin, Aliff Syukri Akui Kini Lebih Matang Dalam Soal Rumah Tangga

Hiburan

13 Tahun Berkahwin, Aliff Syukri Akui Kini Lebih Matang Dalam Soal Rumah Tangga

Usahawan kosmetik terkemuka tanah air, Datuk Seri Aliff Syukri kini akui lebih matang selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang suami kepada Datin Seri Nur Shahidah dan bapa kepada anak-anaknya.

keluarga aliff syukri bermasalah

Advertisement

Menurut Aliff, hari demi hari, dirinya bagaikan berdepan proses memperbaiki diri, malah tidak menolak wujud kekurangan dalam melayari bahtera perkahwinan.

Tambahnya lagi, beliau akui menjadikan perkahwinan bahagian dan kekal sempurna bukanlah sesuatu perkara yang mudah, malah berpendapat berkahwin itu adalah perkara yang amat mudah.

Aliff berkongsi kisah tersebut kepada umum menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman instagramnya.

“Syukur Alhamdulillah, 13 tahun itu mematangkan saya untuk menjadi seorang suami, abah dan usahawan yang terbaik.”

Ujar Aliff, setelah empat bulan berjauhan dengan isteri dan anak-anak beliau dikhabarkan semakin sedar akan kekurangan diri dan memilih untuk kembali semula ke pangkal keluarganya.

Bahkan, beliau turut menyatakan kebahagiaan yang paling utama dalam hidupnya adalah apabila dapat bersama keluarga di sisi.

“InsyaAllah saya doakan semoga kita sama-sama mendoakan untuk kebhagiaan orang lain juga.”

keluarga aliff syukri bermasalah

Terdahulu, kisah rumah tangga pasangan Aiff dan isteri ini mula tular di laman sosial apabila wujud desas desus mengatakan hubungan pasangan ini sedang bergolak dan bermasalah, malah tidak ketinggalan menjadi bualan hangat segelintir pihak.

Lebih perit, kontroversi itu turut menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak termasuklah ahli keluarga sendiri.

Untuk rekod, Aliff dan Shahida telah berkahwin pada tahun 2007. Hasil perkongsian hidup ini, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata serta seorang anak angkat.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...