Tanggal 1 April lepas, telah berlangsungnya majlis kejutan hari jadi pelakon jelita Mira Filzah yang ke 25 bertempat di Vilej Damansara.
Majlis dengan tema ‘Back To School’ itu diadakan khas oleh kelab peminatnya Miralegacy sehari sebelum tarikh kelahiran Mira iaitu pada 2 April. Lengkap berpakaian seperti seorang pengawas sekolah, peminat akui Mira kelihatan sangat comel.
Selamat hari jadi kami ucapkan kepada Mira, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta sukses dalam kariernya.
Jom kita layan beberapa foto-foto menarik sekitar majlis sambutan hari jadi Mira dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit Foto : titaharisphotography & saidahadami