12.12 Ini Adalah Masa Terbaik Untuk Sambar nova 5T, Potongan Harga Kaw-Kaw Punya!!!

Hiburan

12.12 Ini Adalah Masa Terbaik Untuk Sambar nova 5T, Potongan Harga Kaw-Kaw Punya!!!

Pejam celik pejam celik, kita sudah hampir ke penghujung 2019. Setelah sepanjang tahun berpenat lelah bekerja, apa kata hadiahkan SOMETHING SPECIAL sebagai “reward” untuk diri sendiri? Tak tahu nak beli apa? Ha, tak payah pening kepala. Sambar je HUAWEI nova 5T yang sangat elegan, trendy dan paling penting, dijana dengan 5 AI kamera untuk gambar sempurna.

Advertisement

Salah satu sebab Abang Nara mencadangkan HUAWEI nova 5T ini tak lain tak bukan kerana harga telefon pintar ini akan diberikan diskaun sebanyak RM200 bersempena HUAWEI Year End Festival yang bakal berlangsung pada 12.12 ini.

Ha macam mana nak dapatkan diskaun ini? Senang je caranya. Bermula dari 5 Disember sehingga 11 Disember ini, anda hanya perlu lawati laman web HUAWEI  dan dapatkan online voucher yang hanya boleh digunakan pada 12 Disember kelak. Kuantiti online voucher ini adalah terhad, jadi anda kena bertindak segera. Selain HUAWEI nova 5T, online voucher bernilai RM200 ini turut boleh digunakan pada P30 Pro, Nova 4e, P30 dan banyak lagi. Memang berbaloi-baloi.

Dengan voucher ini, anda akan memiliki HUAWEI nova 5T pada harga RM1399, bukannya RM1599 seperti yang dijual di pasaran. Perlu diingatkan sekali lagi bahawa harga RUNTUH ini hanya akan berlangsung pada 12.12 sahaja di SINI

Tapi, dalam tempoh terhad ini, kalau tak cukup lagi voucher online, korang boleh dapat P38 SuperCharge Car Charger, Nova gift box dan tripod yang bernilai RM285 secara PERCUMA!

Lepas ini tak ada lagi dah. Menangis air mata darah pun tak berguna jika anda terlepas peluang keemasan ini. Takkan korang tak nak tampil lebih bergaya dan jelita dengan HUAWEI nova 5T yang rekaannya sangat memukau ini?

Ok mungkin ada di antara pembaca Beautifulnara yang tidak mengetahui kehebatan Huawei Nova 5T ini. Jangan risau. Abang Nara akan kongsikan satu persatu. Lepas baca ini, confirm korang akan terus beli punya. Jom kita ushar!!!

5 AI Kamera Yang Super Power

Tiada sebarang masalah untuk mendapatkan gambar yang terbaik sama ada pada waktu malam dengan AIS Super Night Mode , gambar pemandangan dengan lensa Super Wide Angle, gambar macro atau gambar potret dengan lensa Macro serta lensa depth HUAWEI Nova 5T. yang menyerlahkan menonjolkan kejelitaan anda. Tidak dilupakan kamera “selfienya” yang mempunyai lensa 32MP dan teknologi pencahayaan 3D untuk gambar selfie yang yang lebih sempurna. Kesemua teknologi canggih seperti algorithm AI HDR+, AI beautification dan pengecaman lokasi dimuatkan di dalam HUAWEI nova 5T untuk gambar selfie yang lebih cerah, lebih jelas dan lebih memikat.

Prestasi yang pantas, tahan lama & lasak

Dijana dengan HiSilicone Kirin 980 (7nm) yang merupakan chipset Mobile AI pertama di dunia, HUAWEI nova 5T memastikan anda melakukan sebarang aktiviti dengannya tanpa sebarang gangguan. Selain itu, sekiranya anda seorang kaki game, tak perlu risau kerana Huawei nova 5T mempunyai GPU Turbo 3.0 yang dioptimasikan untuk anda bermain permainan seperti PUBG, Mobile Legend dan Call of Duty.

Selain itu, HUAWEI nova 5T dikuasakan dengan bateri sebesar 3750mAH, hanya 30 minit sahaja diperlukan untuk mengecas bateri HUAWEI nova 5T sehingga 50%. Ini kerana smartphone ini hadir dengan teknologi 22.5W SuperCharge. Tak dilupakan kehadiran 8GB RAM dan 128GB ROM yang membolehkan anda fungsi seperti Spotlight Reel, di mana video anda akan dianalisis secara automatik untuk mencipta video ekslusif selama 10-15 saat. Power kan?

Rekaan Yang Memukau

Dengan 3 pilihan warna (Midsummer Purple, Crush Blue and Black) yang sedap mata memandang, HUAWEI nova 5T mempunyai screen-to-body ratio sebanyak 91.7%. Untuk tampak lebih ekslusif, warna Midsummer Purple mempunyai rekaan tulisan Nova yang menyerlahkan lagi kehebatan rekaan telefon pintar ini. Tidak dilupakan, dengan paparan full-HD sebesar 6.26 inci, anda pasti akan puas menonton filem dan bermain game menggunakan HUAWEI nova 5T ini. Tidak dilupakan anda ada pilihan storan 128GB atau 256GB untuk memudahkan anda menyimpan segala gambar OOTD, gambar selfie dan juga video-video Instagram anda.

Jadi tunggu apa lagi? Terus ke laman rasmi mereka sekarang dan lihat sendiri pelbagai promosi yang bakal ditawarkan pada tarikh 12.12 kelak. Inilah peluang terbaik untuk anda menjadi pemilik HUAWEI nova 5T dengan harga serendah RM1,399 SAHAJA. Selamat membeli dan selamat bergaya dengan telefon pintar hebat ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...