11 Tahun Menanti Kehadiran Aafiyah, Tak Salah Saya Obses Dengan Anak Sendiri – Siti Nurhaliza

Hiburan

11 Tahun Menanti Kehadiran Aafiyah, Tak Salah Saya Obses Dengan Anak Sendiri – Siti Nurhaliza

Manusia memang pelik. Kalau tak kahwin, ditanya bila nak kahwin, dah kahwin 2,3 tahun, tanya pulak bila nak dapat anak, dah ada anak seorang, tanya lagi bila nak tambah lagi sorang. Samalah bila selebriti tak kongsi gambar anak di laman sosial, dikatakan kedekut, sombong dan simpan anak, tetapi bila kongsi banyak-banyak, kena cop obses dengan anak sendiri pulak. Itulah yang sedang dialami oleh penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

siti nurhaliza

Advertisement

Secara jujurnya, Siti Nurhaliza layak untuk obses dengan anaknya, Siti Aafiyah kerana telah bersabar selama 11 tahun menanti kehadiran cahaya mata sulungnya itu. Terlalu banyak dugaan, cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi oleh Siti sebelum dapat bergelar ibu. Jadi tak salah untuk beliau memuatnaik seberapa banyak gambar dan video yang diinginkan. Lagipun perkongsian tersebut boleh dijadikan sebagai arkib untuk ditatap apabila Aafiyah dewasa satu hari kelak.

siti nurhaliza

Kata Siti Nurhaliza:-

Siti tidak obses dengan anak sendiri, malah rasanya, Siti juga tidak terlalu kerap memuat naik gambar dan rakaman video Aafiyah seperti yang diperkatakan warganet.

Jika ada momen menarik dan perlu, Siti akan kongsi. Siti juga akan selang-selikan muat naik paparan dengan aktiviti seni. Lagipun, rasanya bukan kesalahan jika Siti obses dengan anak sendiri.

Selama 11 tahun Siti nanti kehadiran Aafiyah dan hanya pada usia 39 tahun, baru Siti dikurniakan cahaya mata. Mungkin mereka yang tidak puas hati itu mempunyai anak ramai. Jadi, mereka tidak teruja seperti yang Siti rasakan ketika ini.

Selalu Siti berpesan kepada pengasuh supaya rakam apa sahaja gelagat Aafiyah. Apabila sibuk bekerja, kadang-kadang ada perkara yang Siti ketinggalan. Balik rumah, tengok Aafiyah sudah pandai itu dan ini.

Untuk tidak menyesal, Siti rasa rakaman seperti itu perlu. Siti lebih suka jika rakaman dimuat naik di laman YouTube. Selain durasinya yang panjang, ia juga boleh ditonton pada bila-bila masa.

Jika hanya simpan di telefon bimbit, bila-bila masa boleh hilang, terutama jika peranti itu bermasalah

siti nurhaliza

Nasihat Abang Nara buat Siti Nurhaliza dan para ibu di luar sana, persetankan kata-kata orang lain. Mereka tidak tahu apa yang kita lalui dan tempuhi untuk bergelar seorang ibu. Obses atau tidak, si comel itu adalah anak kita dan kita berhak untuk memuatnaik apa sahaja yang kita inginkan di laman sosial, selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang, agama dan tidak menimbulkan bahaya. Apa pula pendapat anda? Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...