10 Tahun Tunggu Zuriat, Wanita Ini Diuji Suami Meninggal Ketika Hamil 7 Bulan

Kehidupan

10 Tahun Tunggu Zuriat, Wanita Ini Diuji Suami Meninggal Ketika Hamil 7 Bulan

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video perkongsian daripada seorang pengguna yang dikenali sebagai Noradilah Abd Kadir.

Noradilah berdepan ujian berat apabila suami tersayang meninggal dunia kira-kira dua bulan lagi sebelum zuriat pertama dilahirkan.

Advertisement

Menurut Noradilah atau mesra disapa Dila, suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang bertugas dan tidak sempat menatap wajah zuriat yang mereka nanti-nantikan sejak 10 tahun itu.

dila

Buat masa ini anak dalam kandungan ini adalah semangat saya, saya fikirkan masa depan dia.

Jelas Dila, dia dan suami, Mohd Ikram telah bernikah pada 12 Mac 2011 dan ini kali pertama dikurniakan zuriat yang kini usia kandungannya sudah berusia tujuh bulan.

Terlalu banyak kenangan indah bersama arwah suami, tapi saya perlu kuat, anak yang bakal lahir ni adalah amanah yang suami tinggalkan… saya perlu jaga sebaiknya.

@malaysianupdatenews

10 tahun menanti zuriat..pergi saat membantu mangsa banjir? salam takziah, Al-Fatihah. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate

? suara asli – Hi, ini meme – ????????????

Info tambahan, Mohd Ikram meninggal dunia pada 5 Januari lalu akibat serangan jantung ketika sedang bertugas membersihkan rumah mangsa banjir di Bukit Lanchong, Subang Jaya, Selangor.

Cincin berlian 1 karat
2 years ago

Hilang Berat Badan 75 Kg, Lelaki Ini Hadiahkan Isteri Cincin Berlian Satu Karat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...