December 12th, 2019

Selepas seminggu berahsia, teka-teki mengenai siapakah gerangan suri hidup Datuk Seri Eizlan Yusof akhirnya terjawab apabila pelakon lelaki itu sah bergelar suami kepada Natasha Rosa Boudville yang berusia 29 tahun, hanya dengan sekali lafaz.

akad nikah eizlan yusof

Majlis pernikahan berlangsung dengan meriah di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya sekitar jam 3.28 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Persekutuan, Kolonel Bersekutu (PA) iaitu Tuan Haji Mohd Ajib Ismail. Majlis bersederhana ini telah disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, kenalan rapat dan para pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

majlis akad nikah eizlan yusof

Pada majlis itu, Natasha yang sudah memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian serta wang hantaran sebanyak RM12,121.90. Natasha turut menerima lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Uniknya, sebelum upacara akad nikah berlangsung, Eizlan diarak menyeberangi tasik Marina Putrajaya menaiki bot diiringi pegawai tertinggi dan bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

eizlan yusof kahwin natasha rosaDifahamkan, majlis resepsi pasangan ini akan diadakan esok di Ballroom, Boraombak Marina Putrajaya.

Terdahulu, Eizlan pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Vie Shantie Khan pada 2007. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama lapan tahun. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaara, 6.

Lagi beberapa foto sekitar majlis pernikahan Eizlan dan Natasha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

eizlan yusoffoto akad nikah eizlan yusoffoto akad nikah eizlan yusoffoto akad nikah eizlan yusoffoto akad nikah eizlan yusofeizlan yusof kahwin natasha rosaeizlan yusof kahwin natasha rosa

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Mahligai Cinta TV3 & CST Production


11 responses to “(10 FOTO) Eizlan Yusof Sah Bergelar Suami Kepada Natasha Rosa”

  1. damai says:

    Ada iras Ayda Jebat pula ku tengok, semoga kekal bahagia hingga akhir hayat

  2. Me says:

    boleh nampak Natasha ni jenis yang happy go lucky, ceria dan orang biasa2 je, mungkin itu yang memikat Eizlan.

  3. Anonymous says:

    tah kemas penampilan bini..

  4. Sajat sejat susu palsu says:

    Eh….dah nal masuk 2020….sajat bila nak kawin ?????

  5. minah jambu say NO to drugs says:

    cantek sweet..semoga bahgia..

Loading...