Zulin Aziz Minta Henti Sebarkan Video Beliau Tidak Bertudung

Hiburan

Zulin Aziz Minta Henti Sebarkan Video Beliau Tidak Bertudung

Sebuah video yang memperlihatkan pelakon Zulin Aziz tidak bertudung yang dimuat naik oleh kakak kepada Ahya Rosli iaitu Liana Rosli telah tersebar di Internet sejak beberapa hari lalu. Zulin menerima pelbagai komen negatif daripada mereka yang menonton video tersebut.

Advertisement

Ketika itu, kak Liana sedang merakam video dan secara tidak sengaja saya ada dekat situ. Mungkin dia pun tidak sedar yang saya tidak bertudung lalu dia sudah berkongsi video itu. Semasa ia dirakamkan, tiada kaum lelaki. Tapi saya tidak salahkan dia kerana benda sudah terjadi pun

Saya mohon blog dan netizen henti viralkan foto atau video saya tidak bertudung. Kalau benda itu tak betul, buat apa nak disebarkan lagi. Kalau nak diikutkan, mereka yang menyebarkan aurat saya. Bukannya saya. Namun, saya minta maaf jika ada peminat yang sedih apabila melihat video tersebut.

Zulin berharap agar peminat dapat menerima dirinya dan menyokong beliau yang masih lagi dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...