Written by Bella | September 1st, 2016

Apabila seseorang ingin berubah ke arah yang lebih baik, pasti pelbagai dugaan yang akan menimpa mereka. Itulah yang dialami juga oleh Zul Handy Black yang disindir ketika menyampai dakwah daripada rumah ke rumah bersama rakan tablighnya  hanya kerana statusnya sebagai seorang penyanyi rock yang sering dikaitkan dengan pelbagai gejala negatif.

Bukan itu sahaja, menurut Zul ada yang menganggap beliau hanya berlagak baik dan tidak bersungguh dalam berdakwah.

Pernah beberapa kali saya disindir malah diherdik ketika berdakwah hanya kerana saya adalah penyanyi rock tetapi Alhamdulillah ia adalah dugaan untuk saya.

Bercerita mengenai penghijrahan beliau ini, Zul berkata pintu hatinya terbuka untuk bersama kumpulan tabligh selepas bapanya meninggal kira-kira dua tahun lepas. Beberapa bulan mendekati tabligh, Zul sedar beliau terlalu sibuk dengan urusan dunia sebelum ini.

Keputusan mendekatkan diri dengan tabligh dan kerja amal datang selepas arwah bapa saya meninggal dan ketika itu saya sedar banyak melepaskan masa berkualiti bersamanya kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia.

Alhamdulillah saya bersyukur diberi peluang ini untuk bersama ahli-ahli agama dalam menjalankan kerja dakwah dan amal.

Hendak berdakwah ini bukan mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Apa-apa pun, kami mendoakan Zul Handy Black dapat melakukan yang terbaik dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Sumber Berita : mStar Online

15 responses to Zul Handy Black Disindir Dan Dihina Ketika Berdakwah

  1. Anonymous says:

    kat tengah tu macam santa claus is coming to town….

    0

    0
  2. Liam says:

    Syabas. Alhamdulillah. You made the right choice in shaa Allah..

    0

    0
  3. haron says:

    Ni lah ustaz2 kat malaysia yg tak berpelajaran langsung dan cuba berlagak macam pandai dalam bab2 agama. Pasal tu orang islam kat malaysia tunggang langgang dan macam2 interpretasi. Orang melayu akan mundur apabila memperagung-agungkan artis sebagai ulama atau ustaz. Maka banyaklah fatwa2 karut marut yg akan kelaur dari mereka ni. Jauhi lah daripada mereka, insyallah tak sesat akidah

    0

    0
  4. Intai2 says:

    X semesti nya ustaz kena berpelajaran tinggi ada degree saja br boleh jd ustaz asal kn ilmu dn dakwah yg nk disampai kn betul dn berlandas kn syariat islam. Jd org yg berpelajaran tinggi termasok lh en.haron harus lah menapis dahulu segala dakwah yg disampai kn. Habis dulu2 tu semua ustaz2 berpelajaran tinggi ke….tp tetap ilmu agama didada mereka penuh. Kadang2 percakapan pun melambang kn ilmu yg ada pd diri….jd muhasabah lah….

    0

    0
    • kole susu says:

      Kalau tak berpelajaran bodoh le nama tu!!!! kalau kau sakit kau jumpa doktor ke kau gi bomoh? Orang macam kau le gi jumpa bomoh, lepas tu tak vaksin anak, percaya buta tuli tanpa buat kajian…..tolong le, melayu semakin hari semakin mundur dan kalau tak tukar cara pemikiran lama kelamaan musnah bangsa. Aku saran kan orang macam ni tak dipanggil ustaz ataupun ulama sebab mereka buka pun, hanya bekas artis. Kalau nak berdakwah, gi ambik degree dlm islamik studies dulu. dah ada sijil kau nak melalak pun aku tak kisah. Udah2 le nak jadi ustaz ni, malysia terlampau ramai ustaz.

      0

      0
      • Champsul says:

        Dakwah bukan setakat cerita hukum hakam je. Mengajak orang lelaki berjemaah di masjid pun berdakwah jugak. Jangan sempitkan maksud dakwah tu.

        0

        0
      • Anonymous says:

        let say,…engko jalan2..tetiba..ada org rebah pengsan..masa tu kau sorg je sedar..org lain buat keja masing-masing x amik peduli..ko nak tunggu ambulans doktor datang ke baru nak bagi bantuan? macam tu la keja dakwah..bukan nak tunggu pegi belajar ke mesir, yaman..tggu ada ilmu lengkap ..bru nak buat keja dakwah…Azan tu pun dakwah..yg syaitan lari bertempiaran..xsuka dgr..”Marilah menuju kejayaan” “marilah solat”..itu satu ajakan…ajak ke arah kebaikan adalah lebih baik…dari xbuat apa2..

        wallahualam

        0

        0
  5. hambaAllah says:

    semoga awak tabah insyaAllah. teruskan niat baik mu, semoga Allah permudahkan

    0

    0
  6. Anonymous says:

    aku tgk artis2 lelaki yg berhijrah semuanya muka semakin berseri2 lain sgt walaupun masing2 rupa hauk dulunya…(ampun ayat kasar nau)…compare with artis pompuan yang berhijrah cam sama je tak berubah…make up sekati jugak

    0

    0
  7. hcubeshop says:

    berdakwahlah dengan niat yang betul.In Shaa Allah segalanya dipermudahkan

    0

    0