Zul Ariffin Terlalu Romantik Sehingga Fathia Latiff Malu-Malu Berlakon Dengannya

Hiburan

Zul Ariffin Terlalu Romantik Sehingga Fathia Latiff Malu-Malu Berlakon Dengannya

Kekacakan dan sifatnya yang dikatakan “sweet” bukan sahaja dirasai oleh peminat Zul Ariffin, malah Fathia Latiff yang bergandingan dengannya menerusi drama Menanti Februari juga akui, aura Zul memberikan kesan terhadap dirinya sehingga beliau kadang-kadang merasa gementar saat ingin berlakon dengan Zul.

Advertisement

Pertama kali bergandingan dengan Zul memberikan  Fathia pengalaman yang berbeza dan cukup mencabar meskipun pada awal mereka  berdua sukar untuk membina keserasian dalam menghidupkan watak sebagai suami isteri.

Saya dan Zul, kami mempunyai cara lakonan yang berbeza jadi sebab itu pada awalnya kami mengambil masa untuk membina keserasian. Apa yang saya buat, saya bayangkan yang Zul seolah-olah benar-benar suami saya.

Bagi saya, bergandingan dengan Zul dia sangat profesional dan mencabar kerana dia banyak memberikan elemen kejutan dalam lakonannya terutama babak romantik. Kadang-kadang tu dia sweet sangat sampai buat saya rasa gementar dan jadi agak malu-malu.

Kami rasa bukan Fathia seorang yang merasakan kehangatan dengan perwatakan Zul yang romantis dan manis itu. Sememangnya, Zul mempunyai auranya tersendiri.

Sumber Berita : MALAYSIAN DIGEST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...