Zul Ariffin Akui Cintakan Gayatri Su-Lin Pillai

Hiburan

Zul Ariffin Akui Cintakan Gayatri Su-Lin Pillai

Memang taste Zul Ariffin ini ialah wanita yang lebih tua daripada dirinya. Kalau sebelum ini Zul bercinta dengan Abby Abadi, kali ini dia mengakui sedang bercinta dengan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai. Untuk makluman, Zul Ariffin berumur 26 tahun manakala Gayatri lingkungan usia 30-an.
zul ariffin

Bagi Abang Nara tak salah untuk bercinta dengan wanita yang lebih tua daripada kita. Ramai kawan lelaki Abang Nara yang bercinta dengan wanita lebih berusia dan menyukainya kerana kematangan mereka. Bak kata Zul Ariffin kepada Mstar Online di bawah:-

Advertisement

Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Kami mula rapat sejak penggambaran filem Penanggal sekitar bulan Mei lalu. Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut. Kami lebih rapat apabila masing-masing sangat serasi dalam membincangkan sesuatu perkara. Malah saya sangat selesa apabila berada disisinya

Semoga percintaan Zul Ariffin kali ini tidak kecundang di tengah jalan lagi. Biarlah pintu kebahagiaan yang dicari ditemui di dalam hati Gayatri Su-Lin Pillai. Amboi romantik pulak ayat Abang Nara pepagi ini. Sama-samalah kita doakan agar hubungan mereka berdua akan bersambung ke jinjang pelamin.

P.S: Muzium Coca Cola di Atlanta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...